Wednesday, March 24, 2010

MIT

artikel ni aku ambik dr webstite iluvislam.com....
very interesting experience...from an "only" malay student who study in one of top university in the world...da grad dh pon thun 2008...skrg sdang wat master kt timur tgah....

Nama : Hassan Mohamed
Bidang : Kejuruteraan Mekanikal
Tajaan : TNB
Bekas Pelajar : Maahad Hamidiah dan KISAS

ikutilah pengalamannya....

"Assalamu’alaikum kepada para pembaca. Kali ini saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang tempat pengajian saya iaitu Massachusetts Institute of Technology atau lebih dikenali sebagai MIT.


Penulis berbangsa Melayu. Cuba teka penulis yang mana satu?

Geografi

MIT, terletak di Bandar Cambridge(bukan Cambridge di United Kingdom), Amerika Syarikat. Universiti ini amat berhampiran sekali dengan Bandar Boston, yang hanya dipisahkan dengan sebatang sungai yang dinamakan Charles River. MIT ditubuhkan pada tahun 1861. Salah satu univeristi lain yang berhampiran ialah Universiti Harvard yang terletak sebaris jalan (Massachusetts Avenue) dengan MIT. Perjalanan dari MIT ke Harvard, hanya mengambil masa yang amat singkat iaitu 40 minit berjalan kaki atau 5-6 minit menaiki kenderaan. Untuk pengetahuan pembaca semua, di kawasan Boston dan sekitarnya, terdapat banyak pusat pengajian tinggi yang lain seperti Uni of Massachusetts, Harvard, MIT, Cambridge College, Boston University dan lain-lain lagi.




Cuaca

Seperti biasa terdapat empat musim. Musim luruh di awal September, musim sejuk di persekitaran Disember dan kemudiannya musim Bunga di sekitar bulan April dan yang terakhir musim panas di akhir bulan Mei atau pertengahan Jun.


Boston yang boleh dilihat daripada Killian Court. Bangunan tertinggi itu adalah bangunan Prudential.

Tempat-tempat menarik

1. Bandar Boston sendiri sudah cukup menarik. Bandar ini meriah di waktu pagi mahupun malam , hari minggu mahupun hari-hari biasa. Kemudahan awam yang selalu digunakan ialah tren bawah tanah (Subway, atau lebih dikenali sebagai 'T’ ).

2. Boston Common; satu taman yang besar dan indah. Menjadi tumpuan pelancong dan penduduk sekitar berjalan-jalan mahupun berlari-lari anak di waktu petang .

3. Quincy Market , tempat yang menjual barang-barang cenderamata Boston. Pasar ini adalah salah satu tempat tarikan di Boston dan merupakan pasar terlama di Boston.

4. Boston Harbor, di sini terletaknya pawagam 3D-IMAX dan Aquarium. Bagi sesiapa yang berminat melihat ikan dan hidupan liar laut, bolehlah berkunjung ke tempat ini. Malah, pada musim panas, luruh dan bunga, para pengunjung boleh menyaksikan Ikan Paus dengan mengikuti program Whale Watch yang diadakan di Aquarium .

5. Science Museum. Muzium Sains yang terbesar di Massachusetts. Mengandungi banyak sumber ilimiah yang amat menarik dan berinteraktif.

6. Fine Art Museum. Muzium Seni yang menjadi kunjungan orang ramai di waktu hujung minggu. Walaupun bayaran masuk sangat mahal, tempat ini tidak pernah lekang dengan pengunjung.

7. Fenway Park. Tempat ini merupakan stadium baseball yang tertua di US. Ia menjadi tuan rumah kepada pasukan Baseball Boston atau lebih mashyur dengan nama Red Sox. Anda boleh membeli pelbagai jenis jersey, cenderamata dan bermacam-macam lagi berjenama Red Sox di sini.



*Sedikit nota mengenai Boston , melawati tempat-tempat yang disebutkan di atas sangatlah mudah dengan adanya perkhidmatan 'T’ . Bayaran untuk satu kali perjalanan ialah sebanyak USD 2 , tanpa mengira destinasi terakhir anda. Murah kan?


Kampus

Kebanyakkan bangunan di MIT adalah bangunan baru. Hanya satu di bahagian tengah sahaja atau ’main building’ bercirikan bangunan klasik dengan tiang-tiang besar Greek.

Jikalau dilihat pada peta, susun atur kampus seolah-olah berbentuk segitiga. Di sebelah sayap kiri kampus MIT, adalah kebanyakannya tempat penginapan para pelajar. Di bahagian tengah dan kanan pula ialah tempat pentadbiran dan kelas dan dewan kuliah.


Subjek, Pembelajaran

Di MIT, kos yang paling menjadi kegemaran ramai ialah Kejuruteraan mekanikal ( Course 2) dan juga Kejuruturan Elektrikal & Sains Komputer (Course 6). Kelas-kelas pengajiannya amat berinteraktif dan praktikal. Ia lain daripada yang lain, contohnya berbentuk pertandingan dan kolabarasi.

Untuk ‘graduate’ purata kelas yang perlu diambil bagi setiap semester ialah 4 kelas yang mempunyai 12 unit bagi setiap satu. Jadi, jumlah purata unit bagi satu semester ialah 48 unit.. Untuk ijazah dalam apa-apa bidang sekalipun di MIT, masa yang diperlukan ialah 4 tahun ( 8 semester) .

Walau bagaimanapun, disebabkan sistem pembelajaran di sini yang fleksibel, anda boleh bijak menyusun kelas anda dan habiskan ijazah dalam masa tiga tahun atau kurang. Best tak?


Kelas-kelas wajib ambil bagi semua pelajar di MIT, tidak mengira bidang, ialah Fizik Klasik (mekanikal, 8.01) , Electro magnetic (8.02), Biologi (7.013 atau 7.012 atau 7.014) , Kimia (5.111) dan 8 kelas Social dan Humanities.

Untuk pengetahuan semua, nombor di sebelah nama mata pelajaran yang saya tulis di atas, ialah kod subjek tersebut. Di MIT, secara jujurnya, para pelajar dan pensyarah lebih suka menyebut kod dan nombor untuk menerangkan nama subjek mahupun nama kos/bidang. Sebagai contoh, saya mengambil bidang KejuruteraaMekanikal. Dan apabila salah seorang kawan saya tanya tentang kos saya, saya akan jawab , “ Saya kos 2 ". Kos 2 adalah kos untuk kejuruteraan mekanikal. Jadi sepanjang pembelajaran saya di MIT, saya akan mengambil semua kelas yang bernombor 2 di hadapanya. Contohnya , kelas Thermodynamics 1 (2..005) , Control and Dynamics 1 (2.003) dan lain-lain lagi. Sekarang anda boleh tahukan , apa kod untuk kos Fizik, Kimia dan Biologi. J (Hint : Lihat nama subjek di atas)


Bangunan Mari Stata Center. Salah satu bangunan unik yang terdapat di MIT.

Wajib Berenang



Untuk mendapat ijazah anda perlu lepas ujian berenang, Kalau tidak lepas, anda tidak boleh ‘graduate’ dan wajib mengambil kelas renang. Selain itu, anda diwajibkan mendapat 8 mata penuh untuk kelas fizikal (Physical Education , PE class).

Satu kelas mengumpul sebanyak 2 mata. Secara ringkasnya, anda ambil 4 kelas, anda lepas. Kelas PE banyak menawarkan pelbagai jenis sukan seperti memanah, menembak, aikido, karate, berkayak dan banyak lagi. Semua kelasnya adalah percuma. Secara jujurnya, terdapat banyak jenis sukan dan aktiviti lasak ditawarkan untuk kelas PE ini yang susah diperolehi di tempat lain.




Assignment


Oh ya, kerja assignment yang diberikan di sini, terkenal dengan nama Problem Set atau lebih mashur lagi dengan panggilan Pset ( Cara pronouncenya ialah, Pee Set ). Setiap minggu, anda akan wajib mendapat Pset dari setiap kelas yang anda ambli. Tarikh ‘dateline’ adalah selama satu minggu. Masa inilah anda akan merasakan , betapa pentingnya masa dalam kehidupan dan betapa berharganya masa daripada emas mahupun berlian.




Muslim di MIT

MIT Muslim Student Association, atau lebih dikenali sebagai MITMSA adalah salah satu persatuan yang aktif di MIT. Ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar dari pelbagai negara seperti Amerika sendiri, Pakistan, Iran, Iraq, Somalia, Malaysia, Palestin dan lain-lain lagi. Malahan kebanyakan Ajk tertinggi MITMSA ialah Muslim Amerika.

Setiap bulan Ramadahan, MITMSA akan menganjurkan ‘IFTAR Ramadhan’ di mana setiap hari dalam bulan Ramadhan, MITMSA menyediakan makanan percuma untuk semua Muslim yang hadir berbuka puasa di surau MIT. Selain daripada itu, aktiviti lain yang diadakan MITMSA ialah Halaqah (Lebih dikenali sebagai Usrah dikalangan pelajar Malaysia) pada setiap hari Jumaat atau Sabtu.

Pada bulan-bulan tertentu pula, MITMSA mengajurkan Minggu Kesedaran Palestin (Palestin Awareness week) dan juga Minggu Kesedaran Islam (Islam Awareness week).

Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan untuk merapatkan ukhuwwah sesama Muslim ialah beramai-ramai berjalan menunaikan Solat Raya di dewan besar, bermain bola sepak setiap minggu, BBQ, study break, jamuan musim luruh, bunga dan jamuan akhir semester.



Tempat Ibadah di MIT dan Boston
Jangan gusar dengan di mana tempat anda perlu menunaikan solat Jumaat sewaktu kelas. Di MIT, terdapat surau yang disediakan khas untuk pelajar dan umat Islam di Mit dan juga Boston untuk solat lima waktu dan juga Solat Jumaat. Surau ini terletak betul-betul di tengah MIT, antara kelas dan juga tempat penginapan pelajar.

Selain itu, jikalau sesiapa yang hendak solat di masjid, mereka boleh mengunjungi Islamic Society Boston (ISB) yang terletak tidak jauh dari MIT. Hanya lima ke lapan minit perjalanan dengan basikal. Di ISB, sewaktu bulan Ramadhan , akan diadakan iftar dan juga sahur. Pada setiap hari Selasa dan Jumaat pula selalu diadakan Kuliah selepas maghrib.

Komuniti Muslim di sini tidak lagi ‘invisible’. Anda boleh jumpa di mana-mana sahaja umat Islam di sekitar Boston, Cambridge dan juga MIT.


Malaysian di MIT dan Boston

Di MIT , setakat ini terdapat 8 ‘undergraduate students’ (2 Senior – Kaum Cina, 1 Junior- Melayu, 1 Sophomore - India dan 4 bakal Freshmen – 3 Cina dan 1 India, ) dan lebih kurang 5 ke 10 ‘graduated students’.

Persatuan Malaysia di MIT dikenali sebagai MIT Malaysian Student Association atau MITMASA. Antara aktiviti yang dijalankan ialah BBQ awal semester, Jamuan Akhir Tahun, berniaga sewaktu International Fair (iFair) dan Perjumpaan bersama dengan pegawai Malaysian Student Department.


Secara jujurnya, kami jarang membuat jamuan Hari Raya ataupun Hari Raya Haji, atau Chinese New Year kerana tidak ramai Malaysian di MIT dan sebab paling utama ialah ketiadaan masa dan kesibukan yang amat sangat. (Benar, anda akan menjadi sibuk sangat ketika di sini ketika semester berjalan. Lebih sibuk dan mencabar daripada waktu di sekolah menengah) Huisyh.. ^_^

Walaubagaimanapun, jikalau rindu masakan rendang, ketupat, dan kuah kacang, anda boleh sahaja menghadiri Jamuan Raya yang diadakan oleh Komuniti Malaysian Boston. Terdapat ramai juga keluarga Malaysian di Boston ini sebenarnya. Mereka semua sudah berkeluarga dan telah lama bekerja di sini selama beberapa tahun sebagai pegawai kerajaan, pensyarah dan ada yang sedang mengambil phD. Bila jamuan raya atau jamuan ‘gathering’, jangan lupa membawa beg supaya anda boleh membawa bekal makananan pulang ke kampus. Haha. Jadi, janganlah risau sekiranya terpilih belajar ke Boston, anda tidak akan sunyi kerana komuniti Malaysian sini amat kuat dan aktif. Kadangkala, setiap bulan, mereka akan adakan ‘gathering’ makan-makan. Sangat menarik!


Makanan Halal dan Cita rasa Malaysia

Secara serius, anda tidak perlu risau tentang makanan langsung. Di kampus sahaja, terdapat 3 tempat makanan halal bercita rasa ‘Middle East’ (nasi, kebab, dan lain-lain lagi). Semuanya sedap-sedap belaka dan harga berpatutan. Malah di tempat penginapan , dewan makannya juga ada menyediakan berbagai jenis pasta, atau nasi yang berencahkan daging lembu dan ayam halal. Selain itu, mereka juga turut sediakan burger ayam dan daging yang halal.

Di luar kampus dan tempat penginapan, terdapat lebih dari 5 restoran halal yang boleh anda kunjugi. Dari cita rasa Pakistan, India, Bangali, Timur tengah hinggalah ke Turki. Yummi..


Jikalau rindu dengan masakan Malaysia, jangan risau dan khuatir. Di Boston, terdapat tiga restoran Malaysia yang diusahakan oleh orang Malaysia juga. Restoran Rendang, Aneka Rasa dan Restoran Penang ada menyediakan juadah seperti mee goreng mamak, nasi lemak, nasi goreng ikan masin, kampung, Pulut Hitam, ABC dan lain-lain lagi. Jikalau anda malas pergi ke restorannya, anda boleh sahaja memesan makanan secara online (Cuba lihat www.campusfood.com, berbagai-bagai jenis restoran menawarkan perkhidmatan secara online). Dalam masa satu jam, makanan anda akan sampai di depan pintu anda.

Hendak membeli bahan mentah seperti ayam dan daging halal, sosej, daging burger, anda boleh pergi ke Kedai Al-Huda, yang sangat dekat dengan ISB ataupun anda boleh pergi kedai daging Al-Medina.

Hendak membeli bahan mentah dan masakan? Pergi sahaja ke kedai Super 88. Sebuah pasaraya besar yang terletak berdekatan dengan kampus, hanya 15 minit perjalanan dengan basikal, atau lebih singkat dengan menggunakan perkhidmatan ‘T’. Pasaraya ini terdapat pelbagai jenis bahan masakan Asia. Di sini anda boleh peroleh kicap Manis ABD, sos cili Thai, sweet cili, bawang goreng, rempah ratus, roti prata(ala-ala roti canai gitu), Indo mee, bihun dan lain-lain lagi. Berhampiran dengan kampus juga terdapat sebuah pasaraya besar yang menjual barang dengan harga yang murah. Hanya 5 minit perjalanan dari kampus hanya dengan berjalan kaki. Pasaraya itu dikenali dengan Shaw Market.

Pelajar MIT terkenal dengan aktiviti ‘berjaga –malam-membuat –pset’ . Oleh yang demikian, kedai-kedai ‘grocery’ di Pusat Pelajar (Bangunan W20) akan dibuka 24 jam. Manakala kedai di tempat penginapan akan di buka sehingga lewat malam (sehingga awal pagi lebih kurang pukul 3 pagi ) supaya pelajar-pelajar dapat mengisi perut mereka dengan makanan dan dapat membeli kopi.


in MIT library.U-N-I-Q-U-E.

Penutup dan Pesanan

Saya amat berharap kepada anda semua yang membaca dapat menambah pengetahuan dan minat tentang universiti ini dan juga persekitarannya. Setiap tahun saya berdoa dan berharap agar lebih ramai pelajar Malaysia, terutamanya Muslim untuk dapat bersama-sama belajar di sini dan menikmati pelbagai peluang pembelajaran, pengalaman baru, yang ada di sini. InsyaAllah sesiapa sahaja yang ada iman dan kesungguhan, anda mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke sini. Jadi, jom ke MIT ramai-ramai!! ^_^

Wednesday, March 17, 2010

Alhamdulillah....

teringat wktu kanak-kanak dlu...

"Alhamdulillah syukur nikmat...kepada Tuhan yg memberi rahmat...ooooooo"

lme tol xupdate blog ni...igt nk update after kuar rslt...tp brmacm2 bnde brlaku...so...trpaksa ditangguhkn la..huhu

RESULT : wlaupon xcapai target 10a+...at least aku brsyukur krana rslt ok...alhamdulillah...let's review...

1)Bahasa Melayu - A+
2)Bahasa Inggeris - A
3)Mathematics -A+
4)Sejarah -A+
5)Pendidikan Islam -A+
6)Additional Mathematics -A+
7)Physics -A+
8)Chemistry -A+
9)Biology -A
10)Tasawwur Islam -A+

tambahan....GCE-O 2A...overall...it's ok...alhamdulillah

8A+ 2A...mnjadi sjarah dlm hidupku...wlaupun rslt sbgini,aku msih mrendah diri..sbb msih rmai lg hebat....255 rkan2 sperjuangan dpt straight A+...2 blom lg yg juz 1 A je....jd tidak spatutnya aku brbangga dgan rslt sperti ini...hnya perlu brsyukur n redha...inilah yg terbaik buat aku...=)

TRIBUTE...(follow mcm azmi gk r...sory ye azmi)

1st n foremost...for my beloved teachers...

BM : En. Hairulnizam,En. Kamaruddin Johor,
BI : Teacher Gunavathy,Sir Wan Zul,Teacher Feizatul,Teacher Rozyrah
Math : Teacher Fauzana(guru kelas 4ST),Teacher Fathiah
PI : Ustaz Jamatollail,Ustazah Noreha(guru kelas 5IK)
Sej : En. Azahar,En. Ahmad Yasin
Physics : En. Yusman
Chemistry : Teacher Suriani,Teacher Syikin
Biology : Teacher Rosmawati,Teacher Ranti
Add Math : Cikgu Rohaya...=)

n smua cikgu2 yg xsmpat sya tulis di sni...thanks a lot...=)

Fit,aizul dan shiqin...rakan2 mentor add math...
budak2 klas add math....thanks bg kerjasama...u made me proud!
geng2 4ST n 5IK......rakan sperjuangan....
batch 22 of semesti....kita terbaik!

my family...my parents...my siblings...thanks a lot..=)
n smua yg pernah memberi nshat,tnjuk ajar mhupun semangat utk aku...=)


DILEMA.......

the biggest challenge after receiving result is....where you want to go???

itu antara dilema yg aku alami....bg mereka yg da stick dgn impian dan cita2 mereka..umpamanya nk amek medic ataupn sbgainya...mungkin tidak mghadapi sbarang mslah dri segi pemilihan bidang yg ingin diceburi...tp mgkin dri segi penajaan...smada JPA ataupun MARA...mereka mghadapi sdikit mslah...

MEDIC or ENGINEERING???

dua bidang yg jauh berbeza.....

aku mggaru2 kepala yg xgatal pon...mslh ni dah 2 tahun ku pikirkan...mne mahu ku pilih?kali ni bru hendak buat keputusan...it's very difficult situation...it's about your future life.....

setelah puas memikirkan....dgan meminta nasihat drpd org rmai...srta berdoa agar keputusan yg dibuat ini tepat...akhirnya aku memutuskan untuk mengambil bidang...........

persoalan.....

mampu ke?

betol ke ko ni??

da pikir masak2???

ish...xmenyesal nanti???

plik la ko ni....

Aku nekad....aku perlu berfikiran positif...aku yakin Allah akan membantu aku...insyaAllah jika niat ikhlas dan usaha yg sungguh2....aku akan berjaya....

Aku akan berjaya....insyaAllah...

Aku akan buktikan...insyaAllah...

Aku nekad....insyaAllah...

Allah sentiasa bersama kita...Allah is always with us....innallaha maa'l mukminun....

Alhamdulillah....terlerailah sudah kekusutan ini...

Thursday, March 4, 2010

tarikh keramat??

tanggal 5/2/2010

buletin utama mengumumkan tarikh keputusan spm dikeluarkan....

11/3/2010

tarikh ini akan mjadi igauan semua insan bergelar lepasan spm 2009...cuma segelintr yg dah pun berputus asa x begitu risau akan apa yg bakal keluar nanti...mcm2 perasaan...berdebar2...tkut...glisah...xtenteram...malah ada yg makin kuat tdo sbb rslt nk kuar...berbagai2 reaksi pelik dilakukan mereka...smunya sbb RSLT NAK KUAR!!!

dan sya mgtahui post pasl RESULT NK KUAR ni akan jadi tjuk popular bg smue blog,facebook,friendster n etc....dan masing2 akan gtau betapa risaunya mereka akan apa yg akan kluar nti...istilah 'nervous' n 'cuak' akan mnduduki ranking teratas perkataan pling byak disebut..

tidak dinafikan perasaan takut dan gementar utk mnerima kputusan ini smmagnye mghantui semua pelajar...apatah lagi jika persoalan berbaloi ke usaha yg dicurahkan selama ni...smpai stay up,stay down tgh mlm...abs sepeket nescafe mahupon radix smata-mata nk stay up study tgh malam.....itu antara pgorbanan kita utk mcapai kecemerlangan dlm spm....

cuma di sini saya ingin menasihatkan beberapa perkara...
1)sementara hendak mnunggu ni...banyakkan doa...mintak2 apa yg kita dapat nti merupakan yg terbaik untuk kita
2)sepatutnya kita lebih mgambil brat tntg hala tuju kita lpas amek rslt...nk mntk course pe...matrik ke...diploma ke
3)bg yg cemerlang...thniah...seeloknya buat sujud syukur...solat syukur...dan berdoa agar kejayaan yg diterima mnjadi asbab utk kejayaan di dunia dan akhirat
4)bg yg kurg brjaya...anda masih brpluang utk brjaya dlm hidup...igt..spm bukan segala-galanya...seorang yg brjaya dlam spm blom tntu brjaya dalam hidup...

sekadar renungan....buat diriku dan rakan-rakanku

INGAT!!SPM BUKAN SEGALA-GALANYA!!!

Tuesday, March 2, 2010

hari bersejarah......

24/12/2009

kali pertama aku mgenali sbuah tmpat brnama institut memandu growth plus yg terletak di manjung...wktu 2 aku mghadiri cramah kpp slama 5 jam...crmah yg agk membosankan...tp ajaibnye...AKU X TDO!!!

26/12/2009

pagi2 lg dah bgun...(xtdo blik lpas subuh)...semata-mata nk amek test komputer...aku brtolak pada jam 7.45...brsama agenku...en. jaganathan yg cukup baik..=)..smpai di lokasi test aderla dlm 4 org tgah mnunggu...(kdai xbkk lg pon!)...dlam pkul 8 tokeh kedai pon smpai...alhamdulillah aku dpat giliran no 2..(awal tu beb!)...xdela trpaksa mnunggu brjam-jam mcm tggu ayam jantan brtelor...(pe ni??)...dpat 47/50...ntah tang mne salah...aku pon mls nk taw...jnji lpas!

2/1/2010

stlah mghadiri kursus 6 jam keta n moto...akhrnya dpt gk lesen L...at least dpt naik moto sorg2...hehe(nk bwak spe pon!)...brmulanya training motor n keta...trima kasih yg xterhingga buat en.jaganathan,pkcik isa n ader sorg lg nh..(xigt nme) yg mgajarku dr xtaw pape dlm bawak keta smpai da boleh mmandu dgn cemerlang,gemilang,terbilang....

9/2/2010

hari yg mndukacitakan...tiadalah yg lbih memahami melainkan Allah...Tuhan tmpat mgadu...

18/2/2010

test jpj kereta...dpat giliran ke 21 sesi pertama cukup mdbarkan....ahhh...mlang xberbau busuk...aku gagal semasa di 3 penjuru...(hampeh!mse traing ok lak)...FRUST!..rse mcm xnk amek test lg je...tp kne lak brdpan tester jpj utk jalan raya...dgn muka sposen aku msuk kereta...dhle jpj pompuan...aku buatlah cm biase...aik..ok plak...LULUS!...bgaikan sinar cahaya nur msuk ke dalam hati...aku pulang dgn hati brcampur baur...gmbira sbb lulus jalanraya(pling ditakuti smue org) n kcewa sbb fail kt tmpat yg xspatutnye...namun...aku redha dan pasrah...

23/2/2010

hari yg mggembirakan....aku test moto lak...haha...mndapat giliran 12 sesi kdua ckup wat hati gua lega ooooo......aku pon bwakla moto dgn tnang dan yakin...lihat krtas test...alhamdulillah..LULUS...tiada ungkapan..mlainkan lafaz syukur...alhamdulillah yg mmpu kuucapkan...

2/3/2010

hari bersejarah....aku repeat blik bhgian 2 yg fail ari 2....dgan doa srta tawakal aku pn mnjalani test...bukit lpas....3 pnjuru lpas....side parking...lpas...skali lg kututurkan ucapan alhamdulillah tnda ksyukuran x trhingga....brakhirnya sudah sgsara aku slama nh....

inilah knangan amek lesen yg sukar dilupakan...tyelah spe2...smua akan beri jwpan yg same...cme pglaman aku mgkn lbih brmakna kerana melaluinya aku blajar eri SABAR dan BELAJAR DARI KESILAPAN dalam khidupanku....=)

thanks to my honourable agent...mr.jaganathan...

and all those give vital supports to me!may Allah bless you always....

smoga yg nk amek test lpas ni buatlah yg trbaik...jgn jd mcm aku...=)


syukur....