Friday, April 29, 2011

"Yakin" itu....



Seperti yang semua tahu, gambar atas adalah Naoto Kan, Perdana Menteri Jepun yang kini dalam keadaan tertekan menghadapi krisis bencana alam di di sini. Ramai yang beri komen yang tidak elok, malah mendesak supaya Kan cepat letak jawatan. Kalau tengok sekitar kawasan saya, kerap juga tengok kereta yang meronda2, siap bawa sepanduk lagi, berkempen untuk parti pembangkang untuk pilihan raya akan datang. Di parlimen sendiri, majoriti 70 peratus memilih untuk undi tidak percaya. Tindakan pihak kerajaan dikatakan lembap, tidak efisien dan mementingkan diri sendiri, rata-rata jadi manifesto parti pembangkang di sini.

Secara peribadi, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Bagi saya, Kan mungkin sudah cuba buat yang terbaik, tapi mungkin cara atau polisi yang diaturnya tidak berkesan. Tapi di sebalik kisah gempa bumi,tsunami dan radiasi yang melanda Jepun, kesannya mungkin jauh lebih teruk. Antara poin yang menarik minat saya adalah, pihak kerajaan sudah menimbang untuk membina semula loji nuklear, tapi di tempat yang lebih selamat, kerana nuklear menjadi antara sumber utama tenaga di Jepun. Tapi semestinya ramai, terutama penduduk2 yang menentang, kata mereka kerajaan sudah tidak peduli nyawa rakyat? Namun, jika sumber tenaga beralih kepada minyak petroleum, sumber alternatif yang ada, sudah semestinya memakan duit berganda-ganda lebih banyak, seterusnya menjatuhkan ekonomi Jepun. Jadi untuk memilih cara jauh lebih sukar dan berisiko.

Sungguh besar dugaan pemimpin, untuk memilih dan menentukan satu tindakan yang begitu banyak risiko, semestinya banyak tentangan dan dugaan. Tetapi, sampai suatu masa keputusan perlu dibuat, tidak kira apa jua hasilnya, pokoknya keputusan perlu dibuat.

Dan untuk membuat keputusan, satu perkataan yang sinonim, "Yakin" dengan keputusan yang dibuat.

Contoh yang diberi di atas mungkin konteksnya besar dan luas, yalah, pemimpin negara, suatu resolusi yang dicadangkan perlu berfikir berkali-kali ganda.

Mari kita pergi ke konteks lebih kecil, iaitu dalam kehidupan kita seharian. Pengalaman saya waktu bersekolah di Semesti dahulu. =)


Minggu Exam. Esoknya subjek susah2. Ada subjek Physics,Chemistry dan Biology, tiga2 paper susah2.

"Aduih, banyak lagi tak baca ni. Mana nak sempat..."

Selepas habis exam hari ini, BM dan PI, boleh katakan biasa2 la, semua terus ambil buku Physics, Chemistry dan Biology, ulang kaji secepat mungkin. Setiap detik, masa amat berharga. Kalau waktu prep selalu tidur, jadi tak tidur. Kalau waktu takde homework, siap sembang2 lagi, usik2 kawan la, tapi bila minggu exam, semua dah tak ingat semua tu.

Prep petang tu sempatlah ulangkaji topik Physics dan Chemistry, Biology tak sempat, padahal Biology la paling banyak benda kena hafal, faham. Exam ini cuma Ujian Penilaian 1,topik2 yang keluar cuma beberapa topik, biasanya chapter 1. Tapi kalau tengok Biology, chapter 1 pun dah berjela panjang, nak study 1 malam memang takkan cukuplah.

"Ish...prep dah habis, sambung malam jela ada..." terfikir sendirian.

Petang tu ramai tak turun riadah, sama sekali la join. Baca biology yang berlambak xcover lagi ni. Kemudian sampailah waktu maghrib. Mandi dan siap2 terus ke surau.

Selesai je solat maghrib, semua berpusu2 keluar surau. Terutama yang upper form. "Masa dah takda. Mana boleh tunggu lagi." Saya duduk, melihat rakan-rakan berpusu-pusu keluar, adik2 junior yang sama exam pun laju je keluar. Tinggal beberapa orang je di surau. Yang lain? Bergegas supaya dapat study secepat mungkin.

Saya berdiri, dan cuba tenangkan diri, walaupun hati ada bisikan, "eh, banyak benda xstudy lagi, mana ada masa ni, habis buang masa je kat surau ni." Bisikan itu saya tolak semahu mungkin, terus saya buat solat hajat, mohon diberkati masa yang singkat ni. Mohon supaya dipermudahkan study, mudah faham bila study, dan dapat keputusan yang cemerlang. Kemudian sambung dengan baca Al-Quran, ayat2 lazim, berdoa moga diterangkan hati untuk study. Dan tidak semena-mena, itu memakan masa 10-15 minit.

Kemudian masuk ke kelas. Tengok rakan2 lain tengah khusyuk study. Ada yang siap buat discussing, latihan dan ajar-mengajar. Saya ketika itu, baru sampai kelas, buku pun tak sentuh lagi, biology baru baca 2, 3 page. 10-15 minit saya rugi masa study. Macam mana ni?

Saya pun ambil buku biology dan mula ulangkaji. Baca setakat mana yang mampu, dan selebihnya berserah kepada-Nya. Alhamdulillah, exam walaupun markah takdalah tinggi sangat, tapi dapat juga A1, A2.

Kalau ada orang minta tips, saya bukanlah seorang yang jenis kuat study, ada schedule, dan tak lekang dari buku. Yang saya boleh beri hanya 1, "Yakinlah kepada Allah..."

Dalam hidup ini, sesiapa yang yakin kepada Allah, akan merasai keajaibannya tersendiri. Kadang2 suatu benda yang kita anggap gagal,rugi, Allah akan beri keajaiban melalui jalan yang tak disangka-sangka.

Misalnya pengalaman saya tadi, saya boleh memilih untuk "baik aku keluar cepat, boleh sempat cover study", tapi alhamdulillah dengan izin Allah, hati terbuka untuk meluang 10-15 minit untuk bermunajat,memohon dan bertawakal kepada Allah, di waktu orang anggap sebagai "rugi masa".

Jadi dalam hidup ini, kadang2 kita berdepan dengan situasi ini, mungkin dalam perkara lebih besar, tidak salah untuk kita menilai secara logik dan realiti, "kalau xbuat rugi ni", "masa xdelah nak buat", "habis duit aku" dan sebagainya, mungkin, tapi jika kita memilih untuk yakin kepada Allah, insyaAllah, jalan akan mudah dengan izin-Nya.

Janganlah kita anggap masa yang kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai masa yang rugi. Sebaliknya, kita telah menggunakan masa sebetulnya kerana matlamat kita adalah Allah, bukan yang lain. Allah juga berkuasa menggantikan "masa yang rugi" itu dengan masa yang jauh lebih berkat, tenang dan sentiasa dalam lindungan dan peliharaan-Nya. Oleh itu, belajarlah dan berusahalah untuk yakin kepada Allah, insyaAllah anda akan tahu kemanisannya. =)

Wallahualam =)







Thursday, April 21, 2011

Minna, ogenki?

Assalamualaikum.....



It is spring now in Japan, and Sakura is going to bloom everywhere. Looking at the flying,waving of the sakura petals, felt like in love movie (ala2 winter sonata tu).

This year spring is not like before, less hanami events (picnicking under tree, watching those beautiful flowers) as a sign of respect to the people who are in middle of this hard, miserable moment here, especially for the victims who lost their belongings, houses, and most precious their beloved families and natives.

And me? hahaha....eventhough my college schedule havent start yet, I still have my extra and supplementary classes for Japanese from 9 to 12pm every weekdays for 3 weeks. And 2 weeks had passed, still have 1 more week to go. If I just go back home and sleep after the classes, at night watching movies or playing games, wasting time with facebook, which I have that option to do so, but gratefully I didn't.

I try my best to maximise this very short, precious time as well as possible. Alhamdulillah, I started already my study for maths, physics and chemistry, although at first my head was spinning looking at hundreds of kanji and terms I havent learn before. InsyaAllah, may He ease my way for the time to come.

Next month will be preparing for EJU and start on university application process, my first target is Waseda university, which I plan to sit for its entrance exam, probably in September or October. And still, have lot things to do. =.=



Yang mana satu idaman kalbu?

Haha....tomorrow will be sitting for TOEFL test. This post is a kindly practice before entering the test room. Now still worrying, especially for speaking part. Haih....=.=

Btw,pray for me, Amin. =)

Today let's learn some japanese sentences :

Minna, ogenki?
(How are you all?)

Ganbatte kudasai!
(Do it all the best!)

Sayounara!
(goodbye!)

Itte rashai!
(I'll be back!)

Yoroshiku onegaishimasu
(Please do it for me) -(used when you ask somebody to do someting for you)

じゃあ、終わり

Friday, April 15, 2011

Sebuah Perkongsian : Interview BNM

Assalamualaikum....

Baru tadi post pasal pengalaman interview Petronas, kali ni pasal BNM pulak. Terasa nak post secepat mungkin, at least dapat share pengalaman bagi sesiapa yang berminat, bolehlah dapat manfaat dari post yang xseberapa nih. Biasanya bila google search pasal interview BNM experience sharing ni, rata2 semuanya dalam english, students yang hebat2 la katakan. Saya ni biasa2 je. Tahun lepas ada apply for BNM scholar, walaupun xdela berminat sangat pun, sebab course yang ditawarkan rata2 non-science fields, kcuali actuary science (xrasa ni bidang science pun =.=)


Jadi sbgai pendahuluan, bagi mereka yang terpilih untuk interview BNM ni, setinggi-tinggi tahniah diucapkan.Bayangkan dalam kalangan ribuan yang apply, yang shortlisted untuk interview hanya lebih kurang 100+. Jadi anda adalah yang terbaik dari yang terbaik. Gunakan peluang ini untuk buat yang terbaik, dan semoga berjaya. Terpilih untuk ke interview itu pun sudah terbaik buat diri anda...=) Setiap tahun, lebih kurang 40-50 orang akan ditaja BNM. Jadi percentage utk dipilih sangat tinggi. Oleh itu all the best!

Pengalaman??



Emel
BNM akan hantar emel notification yang anda terpilih untuk ke interview. Tapi, tarikh dan masa masih belum ditetapkan. Jadi, sentiasa check emel dari semasa ke semasa, tambah2 dah pertengahan April ni. Sekiranya tiada notification, dukacitanya anda tidak terpilih. Andainya dapat emel, contact pihak BNM, minta kepastian dan juga tarikh dan waktu interview tu mungkin diadakan.

Kemudian BNM akan hantar emel untuk makluman tarikh dan masa interview. Waktu saya dulu, emel diterima 2 hari sebelum interview, jadi kebetulan di Perak ketika itu, kena rushing ke kl. Jadi bagi yang duduk jauh2, Terengganu ,Kelantan, Johor tu, kalau dh dapat emel notification, get ready to go to kl anytime.

Dokumen
Rasanya Interview BNM adalah yang paling simple, dari segi dokumen (sahaja!). Anda akan diminta bawa fail sijil dan juga beberapa keping gambar. Dalam fail sijil tu lagi elok lampirkan CV atau RESUME. Kalau nak contoh bagaimana uruskan fail sijil, sila tekan link ini.

Hari Interview??

Perlu diingatkan, interview BNM adalah interview paling memenatkan, kerana sesi akan dijalankan selama sehari. Jadi, mental and physical preparation is very crucial. Ikut pengalaman, sehari sebelum interview BNM, saya hadir untuk interview UEM di KL Sentral pada sebelah petang. Oleh itu, setelah selesai, saya pun pulang dengan abang, ketika itu dah malam. Sebelum tidur sempatlah search maklumat penting, mengenai BNM, bidang IT (saya apply for 1st choice) dan Financial Engineering (apply for 2nd choice). Masa tu dah letih, kemudian tidur dan terpaksa bangun awal kerana dalam emel, interview bermula pukul 7 pagi. (saja tulis 7.15 pagi, padahal start pukul 9). Akibat keletihan, saya xdpat perform sepenuh tenaga sewaktu interview berlangsung =.=

Pagi itu bangun seawal 5.30 pagi, siap2 mandi dan solat, terus bergerak ke bangunan BNM. Sampai lebih kurang pukul 7 di sana, saya pun bersarapan di cafe berdekatan. Nampak lah kelibat beberapa orang, saya rasa interview candidates. Yang saya masih ingat di Cafe saya ternampak Muzaimah Nor, satu group dengan saya. Kemudian selesai bersarapan, saya bergerak ke lobby bangunan tempat interview (actually banyak nama tempat, blok bangunan kat sana saya dh lupa =.=), masa tu nampak kumpulan candidates sedang menunggu.

Kami di-guide dan diberi taklimat oleh Abg Mahadir (kalau xsilap la) dan Abg Suapi. Pada hari tu ada 18 orang candidates, kemudian kami dibahagi kepada 2 group, 1 group bertempat di KMC (Knowledge Management Centre) dan 1 lagi group bertempat di HRC (Human Resource Centre). Sebelum ke tempat interview, kami dijemput bersarapan di kantin. Makanan roti canai dan teh tarik. Memang sedap tapi nervous punya pasal, xlalu makan woo T_T. Yang groupmate lain pun xlalu makan. Nikmat makan itu kena tarik sebentar =.= Sementara tu, berkenalanlah dgn groupmate lain. Dalam group saya, ada 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan . Tahu x betapa sadisnya saya ketika itu, sementara lagi sorang lelaki tu cina, agak pendiam, namanya Kim (xsilap la...banyak btul xsilap la). Sembang2 la dengan dia, dapat tahu dia ni apply for Science Actuary. Agak kesepian la gak sbb xde geng. Sadis sungguh T_T

Selesai sarapan, group kami di-guide oleh Abg Mahadir ke bilik interview. Bilik KMC ni agak luas, boleh dikatakan library BNM jugak la (ke memang ye). Ada tempat rehat2 dan minum2, memang selesa la.

Ok....seterusnya sesi interview.....ada 4 sesi utama, iaitu individual presentation, 3-to-1 interview, essay writing pada sebelah pagi, dan group presentation pada sebelah petang.



1) Individual Presentation

Apa yang kena buat?
Anda akan diberi satu tugasan, berbentuk soalan. Disediakan sehelai kertas mahjung dan pen, anda diberi slama 25 minit untuk mnyiapkan presentation sebelum dipanggil masuk bilik untuk present kepada evaluator. Berapa lama masa anda di dalam bilik itu terpulang kepada selama mana anda berlawan hujah dgn evaluator itu. =)

Pengalaman
Saya diberi tugasan berbunyi, "What do you see yourself in 10 years?", then prepare for the presentation. Masa ini teringat ada silap tulis, dengan muka xmalu pinjam liquid paper dari candidate sebelah, Nadia Ashari namanya...hahaha. Tapi basically,try to be as creative as possible. Bukan maksudnya lukis cantik2 kat kertas tu, tapi dari segi content, nampak kita seorang yang berfikiran jauh. Kemudian sewaktu presentation, mereka akan tanya bertubi-tubi tentang apa yang kita present. Sewaktu itu, saya dah kehabisan idea, dah xtau apa nak cakap, last2 minta izin, "can I explain in Malay?" dan terus explain dalam BM. Melanggar adat sungguh...huhu tapi apa yang saya boleh kongsi, just be yourself and be honest. Walaupun dah xreti explain in English, tapi saya kuatkan semangat cuba untuk explain jugak walaupun dalam BM. Apa yang mereka lihat adalah diri anda, sifat anda, di situ mereka nilai siapakah anda. Walaupun sebelum keluar kena tegur, "u have to improve urself in communication skills..." =.= tapi at least, I be myself.


2)3-to-1 interview

Apa yang kena buat?
Interview ini adalah personal interview bersama 3 panel. Interview ni cuma tanya seperti biasa, personal details, achievements, kemudian ada sedikit tentang vision in BNM dan masa depan.

Pengalaman
Kebetulan masa saya dulu, panel semua lelaki, dan bila masuk bilik, "kamu ni, jangan malukan kaum kita"...hahaha dahlah masa tu hampir semua perempuan, 2 orang je laki. Interview ni just tanya personal details, experienced dan ada sedikit ditanya berkenaan masa depan dan BNM. Alhamdulillah saya rasa saya dapat jawab dengan baik ketika itu (sebenarnya nak lepas tension individual presentation tadi). Saya rasa tips yang sama kot, be confident with urself and try to be honest. Masa interview tu ada ditanya "what;s ur hardest moment in yourself?", kemudian ceritalah waktu zaman sekolah dulu.

3) Essay writing

Apa yang kena buat?
Anda akan disuruh dua esei, 1 in Malay dan 1 in English. Diberi lebih kurang 5 pilihan tajuk untuk setiap bahasa. Masa untuk menyiapkan dua karangan ini adalah 1 jam. 30 minit untuk BM dan 30 minit lagi untuk English. Rasanya yang dapat pergi interview ni semestinya hebat tulis essay2 kan?jadi tiada masalah lah kot. huhu

Pengalaman
Saya tidak tahulah selepas ini bagaimana, waktu saya dahulu, pilihan tajuknya semuanya general, tidaklah berat2 seperti nilai mata wang,currency, pembandingan ekonomi ke. Bagi BM, saya memilih tajuk berkaitan Jiran, sementara English, saya memilih tajuk "Define Success". Elaborate la sesuka hati, ikut masa yang ada. Waktu saya dulu, ada groupmate yang tulis satu esei sampai 3,4 helai. Kalau mampu lah. Tapi basically content dan isi lebih penting, bukan panjang esei.

4)Group Presentation

Apa yang kena buat?
Waktu ini semua ahli group akan dikumpul dalam 1 bilik. Kali ini mereka akan menilai anda dari segi berkumpulan. Mereka akan beri 1 tugasan berbentuk projek, dan sebagai 1 group, anda perlu merangka organisasi, plan, badget dan sebagainya, sebelum present kepada evaluator. Sementara perbincangan ahli group tu, evaluator akan lihat anda bagaimana, contribution to group, coorperation, dan sebagainya. Masa lebih kurang 45 minit untuk prepare, dan lbih kurang 30 minit untuk present.

Pengalaman
Saya rasa ini performance saya paling teruk kot =.= Pada mulanya setelah dibahagi tugas, kebetulan dapat role sebagai treasurer, jadi saya perlu membahagi2kan badget ikut perancangan aktiviti. Dan malangnya sehingga masa tamat, aktiviti xdapat dirancang dengan baik, jadi effect nya turut terkena kepada treasurer yang menguruskan badget. Ketika itu rasa sangat down, dan fikir bilalah boleh keluar bilik ni. Kemudian present role masing2. Dan yang semestinya paling teruk disoal adalah role manager, kemudian treasurer. Oleh itu, janganlah berebut2 nk jadi manager atau post tinggi2, bukan tentu dapat scholar ni. Yang penting, play your role and present smoothly. Xkisahlah AJK makanan ke, penginapan ke, if you can elaborate ur role without any disturbance, then ur task is accomplished. Kemudian sewaktu sesi pertanyaan bertubi-tubi oleh evaluator, try to defend ur group as possible, walaupun dah nampak sangat silap nya. Jangan jadi macam saya, waktu tu saya cuma diam diri (actually da xde idea sbnrnya), sementara groupmate yang lain yang semangat defend group.


Kenangan.....

1)Saya ingat lagi sewaktu selesai prepare individual presentation, saya menunggu giliran untuk masuk bilik evaluator, kemudian Abg Mahadir tanya sama ada boleh proceed buat essay x sebelum masuk bilik. Saya kata ok. Kemudian baru je nak start tulis essay, kemudian Abg Mahadir datang, "macam tension je ni, ok x ni?" Saya kata ok. Tapi disebabkan kesian kat saya, dia bagi saya rehat sebentar sebelum tiba giliran individual presentation. Sebenarnya x tension, tp mungkin sbb letih hari sebelumnya tu masih ada, muka nampak letih sebenarnya.

2)Waktu berjalan selepas makan di kantin menuju ke surau, saya tanya "memang tiap2 tahun ramai perempuan ke?", Abg Mahadir jawab, "macam tu lah tiap2 tahun, tiap2 tahun makin sikit laki kat universiti, sama la scholar BNM ni, perempuan jauh lagi ramai..." yang menariknya soalan Abg Mahadir hujung2 tu "mana perginya laki2 ni?..."

3)Selesai individual presentation, saya keluar bilik dgn muka frust, pastu Abg Mahadir tanya ok ke? Saya cerita la sampai explain dalam BM lagi dalam bilik tu, sah2 xde harapan =.= abg Mahadir jwb, "interviewer dalam bilik tu ok je, asalkan dapat explain dgn baik, baguslah "

Saya pulang ke rumah hari tu dengan riak kecewa. Kecewa xdapat buat yang terbaik, tapi di sebalik hari yang memberi tekanan itu, saya rasa tersentuh dengan tindakan Abg Mahadir, sekurang-kurangnya memberi semangat kepada saya sepanjang hari tu, memandangkan saya seorang je candidate Melayu, Lelaki pada hari tu. Kadang2 bila difikirkan balik, xtau di mana kelebihan ketika itu, shingga terpilih untuk  ditawarkan scholar BNM. Umumnya, semua itu rezeki Allah. Mungkin keberkatan doa yang tidak putus2.

Akhirnya...
Saya ditawarkan biasiswa BNM untuk buat preparation ADFP (American degree program) dalam bidang IT, seterusnya sambung degree ke US. Kebetulan sewaktu emel offer tu sampai, saya sudah pun brdaftar di INTEC untuk program bahasa Jepun selama 3 bulan under Petronas. Dan ketika itu, saya memilih untuk teruskan program ke Jepun dan menolak tawaran BNM. InsyaAllah semoga jalan yang saya pilih ini, juga anda pilih nanti merupakan jalan terbaik yang diberkati Allah =)


Sebuah Perkongsian : Interview Petronas

Assalamualaikum semua....



Difahamkan Educamp (kem khas untuk sesi interview biasiswa petronas) yang bertempat di UTP sudah pun berlangsung minggu ni. Jadi mintak maaf kalau lambat post pengalaman ni, mungkin berguna bagi yang akan interview esok xpun minggu depan, ataupun masa akan datang...=)

Sedikit pengenalan tentang biasiswa petronas, untuk makluman, untuk tajaan petronas, ia tidak lagi dinamakan BIASISWA sebaliknya PINJAMAN PENDIDIKAN PETRONAS. Senang cerita, bagi yang dapat tajaan petronas tidak lagi dapat biasiswa penuh, sebaliknya dapat pinjaman. Tapi xbermaksud ada apa2 perubahan dari segi jumlah wang yang ditaja, cuma nama dia je berubah. Scholar ni terdiri daripada dua yang utama, first Tajaan Program ke Luar Negara dan Kampus Tempatan, second Tajaan UTP untuk belajar di UTP. Bagi ke luar negara, bidang yang ditaja adalah mechanical,chemical dan petroleum bagi engineering, sementara bidang2 lain seperti geophysics,geology,geoscience,economics, dan business admin. Bagi di UTP pulak, sama seperti bidang ke luar negara kecuali economics, geology dan geophysics xde, dan tambah civil dan electric&electronics engineering.

Sebagai scholar Petronas, rasanya perlu jelaskan , janganlah beranggapan negatif dan dengar khabar2 angin yang ntah dari mana2 tentang petronas. Akibat dari itu, banyak kuota pelajar yang ditaja habis begitu sahaja. Seperti contoh, tahun saya lebih kurang 100 lebih yang ditaja ke luar negara, tapi yang terima tawaran hanya dlm lingkungan 70 saja.  Petronas xseperti scholar lain apabila sorang tolak tawaran, akan diganti dgn orang lain. Sebaliknya, jika anda dipilih, anda memang bertuah dipilih Petronas kerana mereka tidak offer kepada orang lain selepas tu. Jadi, tidakkah membazir kuota tu?30 banyak tu...=.=

Ok, mari kita bercerita tentang pengalaman...sebenarnya pengalaman saya tentang interview Petronas ni agak berlainan dengan yang lain.

Selepas Trial SPM, datang surat dari UTP untuk application masuk UTP bulan Januari. Masa tu dh excited, tapi, application tu hanya untuk kemasukan ke UTP awal Januari TANPA scholar. Ketika itu, ada jaminan bagi yang dapat masuk UTP bulan Januari, mereka akan dapat scholarship selepas result SPM keluar bulan Mac, selagi menepati syarat scholar. Masa tu apply la jugak, bersama beberapa rakan yang lain.Mula2 ingat nk gain experience je. Kemudian lepas habis exam SPM, datang emel dapat offer interview, masa tu ada lagi 3 orang kawan dari SEMESTI, semua dah pakat2 pergi nk gain experience je.

Fail Sijil?

Kemudian tiba hari interview, masa tu datang dengan tangan kosong je. Xde pulak bawak sijil tebal2, sebab xdisuruh bawak. Masa register tu, tengok orang lain semua pegang fail sijil, adehhh...xbawak la pulak. Pengajaran di sini, sewaktu dtg interview, xkira la suruh bawak fail sijil atau x, ingat wajib bawak.Lagi 1, sediakan salinan sijil2 seperti yang diminta dengan lengkap, susun dan kemas, beserta cop dan pengesahan pengetua.

Pakaian?

Educamp berlangsung selama dua hari, jadi kena bermalam di UTP. Ingat bawak baju kemeja dua helai, seluar dua helai bagi lelaki, bagi perempuan bawalah pakaian lebih 1 salinan. Tapi pastikan pakaian terbaik anda adalah pada hari ke-2 interview, kerana ketika itu adalah sesi interview yang sebenar. Hari 1st pakai buruk2 pun xpe sebenarnya (seeloknya pakailah kemeja, sekemas mungkin, kena halau kot kalau xpkai).

Hari pertama?

Pada hari pertama, seperti biasa register tempat menginap. Kemudian pergi sesi taklimat di chancellor hall yang cantik tu. Dinasihatkan take note apa maklumat penting yang diberitahu, terutamanya hal2 mengenai scholarship dan sebagainya, mana yang penting untuk masa depan andalah. Kemudian selepas makan tengah hari ada Test Math & Science, lebih kurang pukul 3 gitu. Topik2 adalah basic mod math,add math, physics, dan chemistry SPM. Waktu saya dahulu baru habis SPM, jadi ilmu2 tu masih fresh di minda, tapi bagi anda yang dh lama meninggalkan subjek2 tu, elok study sikit2. Biasanya xdelah susah mana pun. Bagi yang amek course non-engineering, rasanya xde test tu kot. Then, ada test English. Test English ni mostly comprehension questions, jadi baca dengan telilti dan pahamkan elok2. Masa pun rasanya cukup.

Untuk pengetahuan, oleh kerana saya apply guna result trial, jadi sewaktu educamp ada 2 test yang x ambil, iaitu IQ test dan critical reading test. Saya ambil test ni selepas apply sekli lagi untuk scholar petronas selepas result keluar. IQ test ni test pasal susunan gambar, maknanya nak uji tahap kecekapan anda menyusun gambar dengan cepat. Sebenarnya, sewaktu ambil test IQ tu, saya dah pernah buat pun waktu test untuk scholar PNB, sebijik lak tu. Haha, jadi bagi yang 1st time mungkin teruk kot. kebetulan sebelum test tu ada pulak orang bagi tips, memang untung la. Kemudian critical reading test, nak xnak kena baca secepat mungkin, fahamkan dan jawab, sebab masa memang xcukup.

Pada waktu malam, ada ceramah dari alumni UTP. Waktu saya dlu, yang bagi ceramah tu grad dalam bidang IT, dan sedang bekerja dengan syarikat Shell. Dengarlah pengalaman2, kejayaan2, walaupun xde la dengar sangat pun. Kemudian lepas tamat, mereka akan tampal senarai nama dan group untuk interview esoknya. Candidates akan dibahagikan 5 group besar, iatu A,B,C,D, dan E, dan setiap group besar akan dibahagikan dalam 15 group kecil, dalam 5-6 orang 1 group. Jadi, sila pastikan anda group mana dan waktu interview, supaya tidak terlewat. Group A biasanya awal pagi, diikuti group lain. Kalau boleh datang lebih awal lebih bagus.

Hari Kedua?

Waktu saya dulu dapat group B, group kecil xigt dh..=.= jadi masa untuk berkumpul lebih kurang 8.30 pagi. Sebab ingatkan boleh sampai tepat pada masa, rupanya tempat tu agak jauh dari penginapan dan terlewat beberapa minit. Masuk2 tengok semua candidates group B dah berkumpul di meja masing2, ikut group kecil. ketika itu, ada 5 orang ahli group, 3 laki trmasuk saya, dan 2 orang perempuan. Sebab ketika itu 1st time interview, ambillah masa sedikit brkenalan dengan ahli group, speaking2 ke.

Kemudian, setiap group kecil akan diberikan study case. Actually, semua group kecil dapat study case yang sama, cuma setiap orang dalam group dapat role yang berbeza. Misalnya waktu saya, tajuk study case ialah "air pressure" walaupun hakikatnya content lebih kepada masalah global warming. Kemudian setiap ahli group dapat role yang berbeza, misalnya saya dapat role sbagai government, groupmate pulak dapat role businessman, activist dan sbagainya. Kemudian, mereka akan beri masa dalam 20 minit untuk prepare isi2 dan idea, dengan syarat x boleh berbincang dengan ahli group. Kemudian mereka akan panggil 1 group 1 group masuk bilik menunggu.

Bilik menunggu

Duduk atas kerusi ikut susunan yang ditetapkan. Mereka akan panggil masuk ikut giliran. Waktu ni, prepare untuk individual interview. Sebenarnya saya xprepare sgt pun, cuma prepare personal details, pastu achievement dan jawatan gempak2 waktu kat sekolah dlu, dan isi dan idea presentation for study case td. Sebab wktu individual interview nanti ada 2 sesi, sesi pertama pasal diri sendiri,dan sesi kedua present study case.

Individual Interview

Selepas dipanggil, baca bismillah dan masuk dengan tenang. Disebabkan ni pengalaman first time, memang cuak habislah. Tapi cuba untuk tenang. Ketuk2 pintu dan beri salam kemudian masuk. Interviewer saya masa tu dua2 laki, nampak ok je, haha. kemudian salam kedua2 interviewer tu dan mintak izin duduk. Kemudian start mcm biasalah, "Explain about yourself" kemudian soalan2 mcm achievement dan sebgainya. Pastikan anda tidak trtinggal apa yang anda rasa penting untuk smpaikan, tapi janganlah berjela-jela sangat.

Kemudian start bincang pasal study case, dan sesi ini saya anggap antara sesi terpenting. Kalau anda dapat interviewer yang jenis banyak soal, prepare untuk pertahan pendapat anda. Kadang2 penat lelah explain, last2 dia tanya soalan yang buat kita confuse. Kebetulan interviewer saya ketika itu xbanyak soal sangat, mereka cuma nk dgar bgaimana kita explain. Saya pun present isi dan idea, dan *secret tips* dari saya, cuba untuk bagi idea2 baru dan lain dari lain. Maksudnya cuba create 1 idea yang memang orang lain xtrfikir. Kebetulan masa tu study case brkaitan cara2 mgatasi global warming, antara idea2 yang saya bagi adalah melahirkan lebih ramai enviroment engineer, dan paling pelik, "for our world future preparation, how about we gather all brilliant scientists and engineers all over the world, under a project, to create new human-made layer to replace ozone layer, if this crisis cannot be solved anymore"...masa cakap idea ni, interviewer tu siap kata "Wow!" lagi, tapi tu la kan, kita sharusnya brfikir out of box.

Selepas bentang solution tu, ada sesi Q&A. Masa tu tanyalah soalan yang relevan. Seperti bila result keluar, apa peluang kerja dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang bertanya.

Group interview

Selepas selesai individual interview bagi setiap ahli group, interviewer akan panggil semua masuk bilik balik untuk sesi study case presentation. Masa ni mereka akan lihat bagaimana anda brtindak sbgai ahli group, how u contribute to discussion dan ur character. Antara tips :

1)Jangan diam saja - luahkan pendapat supaya dpat contribute to discussion.
2)Beri idea yang bernas - mesti dah prepare idea dan isi bernas2 kan?try to express that.
3)Beri peluang orang lain cakap - jangan conquer discussion, asyik kita je cakap, xbagi peluang orang lain. Interviewer akan deduct marks.
4)Jangan potong orang lain cakap - sewaktu orang lain sedang bercakap, jangan kita mnyampuk sehingga dia selesai beri pendapat.
5)Be a leader - kalau ada groupmate yang jenis pendiam dan xbyk bersuara, cuba cakap, "I think u have good idea, can u share with us?", interviewer akan nampak peranan kita sbgai discussion leader
6)Beri respon kepada pendapat groupmate - contohnya groupmate dh selesai beri pendapat, "I think that is good idea", nmpak kita mghormati pendapat orang lain.
7) Be tolerate - walaupun kita nk pertahan pendapat kita, cuba pertahan dgn cara baik, macam " I think ur opinion is right, but I think is better if..."

Kemudian ada sesi Q&A, tanyalah apa yang patut dan tamat. Boleh balik lepas tu...=)

Akhirnya.....
Selepas interview, saya dapat tawaran ke UTP untuk kemasukan bulan Januari for chemical engineering, tapi saya tolak. Kemudian selepas keluar result SPM, saya apply sekali lagi untuk scholar program ke luar negara, dan xperlu pergi interview sekali lagi, tapi perlu hadir balik ke UTP untuk test IQ dan Critical reading, to complete the application. Pada awalnya lepas tolak tawaran UTP, dh fikir "dah xde la jodoh dengan petronas ni", kemudian sewaktu apply saya pun xmengharap sangat, tapi rezeki Allah, saya ditawarkan program ke Jepun. 3 bulan preparation di Malaysia dan setahun setengah preparation di Jepun, sambung degree 4 tahun, overall 5 tahun setengah di Jepun. Alhamdulillah, kini sedang berjuang di Jepun, doakan kejayaan bersama ye...=)


Thursday, April 14, 2011

At this hard time....

As the result of the big earthquakes occured in Japan 11th March ago, my class, supposed to start on 11th April, was postponed until 9th May. You may think that, "One month holiday!Wow!", the reality is, the way become harder and harder.

Just with SPM science-basic knowledge, I went to INTEC in the end of May last year, doing 3 months so-called-intensive Japanese language preparation. Along with students of Kumpulan Teknikal Jepun (JPA KTJ), we learned beginner level of Japanese language, began with zero knowledge of Japanese, we started learning Hiragana, Katakana and a little bit of Kanji (approx 250 letters). Luckily, my science and maths knowledge was not faded too bad, we were provided some Physics, Chemistry and Math lectures, which I learned quite new things, like surds in Maths and some new knowledges in Chemistry, and revising Physics basic theories.

Then, in October last year, I came to Japan and began my study in Asia Bunka Kaikan (ABK), a school for Japanese language study, open to everyone, no matter what reason you come to Japan, for example going to University, furthering in Master, PHD or just for fun, have deep interest in Manga and Anime and so on. From October till March this year, I took S-Course, provided only Japanese language lectures for 6 months, which I thought improving me a lot in Japanese. From basic knowledge gained in INTEC, I managed (I think so) to reach 2 kyuu (2nd highest level) in Japanese during 6 months time. Alhamdulillah.

During 6 months time, I thought I was not wasting so much time, as I concentrated more in Japanese studies, memorising 1000 + Kanji by myself and learning new Bunpou (grammars) days and nights. With guidance and a lot of help from my senpai, Naza who provided free classes for Japanese, once or twice a week, usually until late night.By means, in the morning we got formal classes in ABK, from 9 to 2.30 pm, at night we got classes with Naza from 7 to 9/10 pm, in other words, days and night. Hardest time came in January, which we got classes from him almost every day, and so-called exam during last January.

Starting after November EJU last year, our two dearest senpai from ABK, Noel and Tai, provided another classes, Noel for Chokai (listening), writing composition, and Math, while Tai for Physics. Eventhough it was not official, I learned a lot during the classes, for Chokai I began to get used in high-speed Japanese conversation, for Physics, I began to understand deeply in some topis in Mechanics. Special credit to them =)

It was really hectic, busy time during 6 months period, which I called "time for been pressured from seniors". But I know there is a lot of thing I don't know, especially in Science subjects. Sometimes, I felt I was so left behind, compare to other friends who are doing their Asasi, Matriks, A-level, IB or others. Especially for students who are preparing to further in same track with me, from AAJ and IBT in Malaysia. Luckily, their preparations are far more organised, in proper syllibus, with guidance and encouragement from experienced lecturers, more important, not affected by what happening now in Japan. Just, they have to work hard, and they can excel.

Unlike us, class postponed, improper syllibus, no official guidance, too-late preparations for Science subjects, when will only start in May, which I think I will be in dying situation that time, as previous senpais.

Being in this situation, I almost feel dishearted and discouraged. I know my level is not that good, my yaruki (motivation) is fading slowly and slowly. I began to give up.

But I saw what happened in Japan right now, 3 disasters at same period, and the number of deaths is continously increasing. But the spirit is still there. Suppose the Hanami (sakura-watching) picnic is everywhere this moment, but for the sake of respecting the victims, they don't do. Artists are drawing everywhere, writing in big words, "Ganbarou Nihon!" means "All the best Japan!". They are very resilient. Their spirit to get up touched me deeply. All did their best to help each other, regardless of ages, profession, whoever are them. I simply touched.

I hope I get that spirit. I will pray all the time.

How hard the challenges it will be, I always remember Allah is always be on myside. I learned a lot from what I experienced until now, and all what I have to do to is continously pray....


and believe......



Minna, Ganbarou!

Friday, April 8, 2011

Sebuah Perkongsian : Interview MARA

Assalamualaikum....


Ok...hari tu dah bercerita tentang interview TNB, hari ni pasal interview MARA pulak.

Sedikit pengenalan, tajaan MARA untuk ke luar negara lebih dikenali sebagai program SPC (skim pelajar cemerlang) untuk pelajar2 bumiputera. MARA ada menaja pelajar dalam beberapa program dan beberapa negara, ada fast-track ke oversea, ada kena buat preparation di Malaysia, dan ada juga ditaja belajar di IPTA dan IPTS tempatan. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari http://www.mara.gov.my/

Ok, sekrang nak cerita mengenai pengalaman. Selepas dapat keputusan SPM, semestinya nak try apply ke oversea. Masa tu ramai yang bising pasal mana satu nak apply, JPA ke MARA? Ada kata JPA, ada kata MARA, masing2 ada pendapat masing. Jadi ketika tu, saya dh memang nak target MARA, cuma masih berbelah bagi sama ada nak ambil Medic ataupun Engineering. Awal2 saya dah tolak JPA, huhu, tapi xbermaksud saya fikir JPA tu xbagus, cuma saya rasa MARA tu lebih baik untuk future plan (cewah).

Sebab saya memilih MARA :
1) Lebih bebas berbanding JPA, tidak terikat dengan kontrak bertahun2.
2) Peluang untuk dapat lebih cerah kerana kurang persaingan berbanding JPA
3)Ada tajaan untuk program yang saya mahu.
4)Kalau rasa nk kerja kat oversea after grad tu xde masalah, sebab xde terikat, cuma perlu bayar duit balik.

Sebab menolak JPA :
1) Terikat dengan kontrak. Xbebas
2) Persaingan yg sengit dengan semua pelajar yang apply program yang sama.

Basically, kalau apply for MARA, jika anda dipanggil untuk interview, insyaAllah 80% anda akan dapat biasiswa pinjaman, meskipun dapat tajaan dalam negara (ok lah, asal dapat). Tapi jika anda apply for JPA, peluang untuk dpat sangat tipis, lagi2 jika kputusan anda cukup2 syarat. Jika dipanggil untuk interview, itu hanya menyumbang 5% dari application, the rest brgantung kepada kputusan spm, koko dan lain2. Tapi x brmaksud nak melemahkan semangat ke apa, cuma jika anda dipanggil untuk interview, try do all the best. Lepas tu banyak2 doa moga2 dapat. Kalau ada rezeki tu x ke mana =)

Kepada yg bakal dapat interview MARA (rasanya belum keluar result lg), harap2 dpat manfaat dari pgalaman yang akan sy share. Fyi, interview MARA akan diconduct secara individual dengan dua atau 3 orang panel.

Persediaan?

Dokumen
Rasanya tiap2 tahun bagi sesiapa yang dapat interview, mereka akan bagi suruh download borang bberapa helai. Macam biasa, download, print dan isi borang tu dengan teliti. Lepas tu, pastikan sedia photostat dokumen2 penting beserta pengesahan dari pengetua. Kalau maklumat diri macam IC, surat beranak, slip SPM then sijil2 koko dan lain2. Kalau ada masa, lebih baik sediakan RESUME atau CV, nampak lebih profesional. Susun dokumen photostat tu dgn kemas, berklip (sebab memang tebal, kalau sijil koko berlambak).

Fail Sijil
Waktu hari interview, mereka akan mintak bawa sijil asal untuk semakan. Jadi, sewaktu dalam bilik interview, anda akan diminta menyerahkan fail yang trkandung sijil2 tu untuk disemak. Jadi, waktu sesi interview sambil bertanya soaln panel akan semaklah sijil2 tu. Biasanya xdelah semak satu2. Belek2 gitu2 je. Tapi skurang-kurangnya susun lah dgn kemas sijil2 tu. At least be prepared.


Muka depan file


Ada contents, kemas dan tersusun sikit

Ada page "divider"

Contoh Resume

Sorry gambar xjelas =.=

Essay
Buat mereka yang dapat g interview, dalam borang tu nanti mereka akan mintak tulis essay dalam 300 perkataan in English. Tajuk essay tu xbrapa ingat tapi mostly content pasal background diri, asal mana, sekolah mana dlu, aktiviti koko dan jawatan. Then, ceritalah pasal bidang yang kita apply, contohnya engineering, napa mintak engineering?nak ambil which engineering (chemical?mechanical?), sebab dan alasan. Pastu mengenai plan masa depan, nk kerja apa, sambung master ke, jd CEO ke, pandai2 lah reka. 300 prkataan tu cuma limit dia. Sebenarnya nak tulis lebih panjang pun xpe. Dah siap essay mintaklah sapa2 check, teacher BI ke...parents ke....essay ni xperlu risaukan sangatlah.

Lain2
Disebabkan interview MARA ni individual, jadi perlu ingat dalam bilik tu tinggal anda sorang dgn dua orang panel, xde yang lain. Jadi, confident tu amat penting. Xkisah speaking xbrapa, asalkan jwapan kita tu confident. Jangan 50-50, lgla senang kena reject. Contohnya bila ditanya, "do you really want to go to oversea?". Janganlah jawab "I;m not sure yet"...tu dah komfem kena reject. Then, of course practise speaking from now. Berlatih dpan cermin ke, dgn adik2 ke. Pastu pastikan dapatkan info tentang bidang yang anda apply, contohnya apply Medic, apa yang anda tau tntg medic?bidang kerjaya?specialist? Lagi prepare la sket2 pasal maklumat pasal MARA, siapa presiden?moto?vision n mision? Biasanya mereka x akan tanya, mereka just nk tau lbih tntg diri kita je.
Hari Interview?

Sebelum
Macam biasa bangun awal, solat, doa n get ready. Kebetulan masa tu ada kawan sekolah nk tumpang kereta, Aidil (nama sebenar)...huhu ambil sma course lak tu, Engineering. Then bertolak ke Ipoh (pusat temuduga). Kalau xtau jalan tu elok bergerak awal, tambah2 kalau tmpat yang jammed mcm KL, punctual is very important. Dalam internet, waktu interview pukul 11 pagi (kalau xsalah la), agk2 dalam pkul 10 dh smpai. Kemudian masuk bangunan, nmpak ada candidate yang baru selesai interview, tanya2 jwab ok je...ok la kot (padahal tgh brdebar2). Then, serah dokumen photostat yg tebal tu di meja urusetia dan beratur untuk interview. Masa tu jumpalah lagi sorang kawan sekolah, tgh tunggu giliran, dan ada bbrpa orang tgh tggu giliran. Masa tu sembanglah sikit2, mostly yang dapat interview ni student MRSM, memanglah dh nama pn MARA, jadi keutamaan lebih dri mreka compare to student SBP or student skolah harian. Tapi rasanya mostly kawan skolah saya yang apply dpat g interview, wlaupun dr SBP.

Tunggu giliran
Masa ni lah tgh takut2. Candidate kluar masuk bilik, ada yang ok ada yang kluar muka frust. Relek je. Sambil2 tu bacalah skrip yang dh tulis. Mostly pasal bidang yang saya nk apply,smbil brmonolog sorang2.

Masuk bilik
Then dipanggil masuk bilik. Baca bismilllah n dgn tenang masuklah bilik. Sebelum duduk serah fail sijil kepda panel tu dan salam (kalau laki la). Tempat duduk bertentangan dgn panel, agak jauh gaklah. Jadi kena jawab dgn suara yang agk kuat (xdelah kuat sangat).

Sesi interview
Mula2 panel akan tanya soalan biasa2 la. "Please explain your personal background" pastu jwablah ikut skrip yang korang dah buat awal2 tuh. Explain lah pasal background diri, kluarga dan sekolah, pastu tntg achievement dlm bidang koko n jawatan etc. Pastikan jgn terlupa beritahu dorg pasal achievement korg yg gempak2 tu. Kemudian masuklah pasal bidang yg apply. Napa nk amik engineering? Napa xambil medic? Rasanya boleh buat skrip sdiri kot. Biasanya panel xkan tanya soalan susah2, cuma kita kena yakin dan dpat convince mereka kenapa kita nk ambil bidang tu. Bagi yang apply Medic, mgkin panel akan selitkan dgn soalan2 bio, macam "Can you explain about Circulatory system?" huhuhu, stdy la sket2, nampak lah korang memg berminat dgn Medic ni. Cuma jwab dgn yakin dan pastikan kita tetap dgn pndrian kita. Soalan2 yg thriller mcm "are you sure you want to go oversea?" "do you know living oversea is really tough?" tu mgkin ditanya, jadi kena brsedialah utk prtahan pendirian kita =)

Then panel akan beri pluang untuk tnya soalan, jgn lepas pluang dgn tanya sbanyak mgkin soalan, tapi yang releven lah. Antara yang boleh ditanya, "When the result is coming out?" kalau nk pnjg lgi, "if I know earlier, I can make some preparation to further my study" etc. Kalau rajin + bodek, tanyalah "How can I contribute back to MARA after completion of my study?" dan byk lagilah. Just make sure do wise preparation and pray a lot. InsyaAllah, it will be easier and smoother.

Akhirnya....
Jadi tu je kot yang dapat dikongsi, kalau ada apa2 soalan just tanya jela. InsyaAllah saya akan tolong apa yang mampu. And Fyi, Alhamdulillah saya dapat tawaran biasiswa MARA ke Kolej MARA Banting untuk buat preparation 2 tahun Diploma IB (International Baccaulaurate) dalam bidang Engineering. Tapi saya memilih untuk menolak tawaran dan terima tawaran Petronas. Jadi InsyaAllah, dalam apa jua bidang, scholar, mahupun di mana saja anda study, local or oversea, jika diiringi dgn usaha dan doa yang berterusan, insyaAllah akan menempa kejayaan. All the best!

Good Luck bagi yang dapat interview MARA and all the best! =)






Sunday, April 3, 2011

Sebuah Perkongsian : Interview TNB

Assalamualaikum....



Memandangkan tibanya musim interview untuk scholarship buat adik2 yang baru dapat result SPM, semestinya ramai yang apply bermacam2 jenis scholarship, antaranya JPA, MARA, Petronas, TNB, TM, Sime Darby dan bermacam2 lagi. Seterusnya mereka yg shortlisted akan dipanggil ke interview, medium yang menjadi penentu sama ada mereka layak atau tidak diterima atau tidak sebagai scholar mereka.

Jadi buat pngetahuan anda semua, setelah shortlisted, misalnya dari 1000 application, yang dipilih untuk ke interview mungkin 300-400 orang. Jadi, semasa interview, semua orang adalah SAMA. Xkiralah pernah jadi Ketua Pelajar, wakil kebangsaan apa2 ke, sijil-sijil setebal kamus ke, peluang untuk diplih menjadi scholar adalah sama. Kecuali scholarship macam JPA (kalau xsilap), interview hanya menyumbang 5% dari kelayakan, selain itu dinilai ikut result SPM, koko, sahsiah dan sebagainya, jadi interview tu xmnyumbang sangatlah. Tetapi untuk syarikat GLC, misalnya Petronas, Sime Darby, TM etc, interview tu mnyumbang sbhagian besar dari kelayakan.

Jadi , disebabkan tempat yang terhad, apa lagi yang akan dinilai mereka? Result semua cemerlang2, koko pn xkurang mantapnya, jawatan pun tinggi2, hanya bagaimana anda menonjolkan diri dari yang lain?


Saya bukanlah pandai sgt bagi tips-tips interview nih. Sebab setiap orang ada kelebihan yang tersendiri. Jadi bagaimana seseorang mempamerkan kebolehan diri waktu interview, itu lagi penting sebenarnya.

Cuma saya berminat untuk cerita pengalaman interview ni, sebab saya menghadiri beberapa interview pada tahun lepas, harap2 dapat bantu mereka2 yang akan hadapi interview ni, at least dapat gambaran.

Dapat Tawaran Interview : MARA, Petronas, TNB, UEM, PNB (test), BNM
Dapat offer scholarship :
MARA- Kolej Mara Banting ( Engineering)
Petronas - INTEC/Asia Bunka Kaikan, Jepun (Mechanical Engineering)
TNB - Biasiswa UNITEN (Mechanical Engineering)
BNM - American Programme, ke US (IT)

Jadi kali ni saya nak berkongsi pengalaman interview Yayasan Tenaga Nasional, yang diadakan di UNITEN. Jika xsilap, ni adalah antara tawarn interview yang terawal saya dapat, iaitu pada 1 april 2010. Masa tu saya apply untuk Mechanical Engineering ke Luar Negara.

Persediaan?

Dokumen
Selepas check nama ada dalam list interview, saya terus prepare dokumen yang diminta, seperti dalam senarai semak yang diberi (boleh download kt wbsite) misalnya fotostat sijil akademik, koko, slip spm beserta pengesahan pengetua. Sepatutnya benda dah selesai slpas ambil result lagi, supaya x kelam kabut nanti. Lebih baik klau sediakan CV atau RESUME, nampak lebih matang dan profesional. Susun sijil ikut senarai semak, kalau boleh lampirkan kertas pemisah antara satu part sijil dgn yang lain, sperti si atas sijil2 koko tu letaklah kertas bercetak "Sijil-sijil Ko-kurikulum". Kemudian klipkan dengan kemas. Nampak remeh kan? tapi itulah penting sebagai "first impression" untuk mereka yang jadi interviewer kita.

Pakaian


Bagi lelaki, pastikan ada baju kemeja lengan panjang dan seluar slack hitam beserta tie. Pastikan warna tie dengan kemeja tu bersesuaian. Kalau boleh elakkan pakai baju hitam atau gelap, pakai baju warna terang atau lembut. Kasut kulit hitam pastikan berkilat. Rambut pendek dan kemas, pakai minyak rambut. Bagi perempuan xtau sgt, tanyalah akak2 yang pernah g interview sebelum ni  =)

Lain2
Cari maklumat sebanyak mungkin untuk interview tu. Baca kat TNB nyer website, sebab nanti ada satu soalan yang ditanya, "What you know about TNB?". Macam biasalah, kena tahun sapa presiden, CEO, vision, mission semua tu. Lagi ok kalau dapat tahu berita terkini tentang TNB, jadi kena rajin2 baca beritalah. Then, practise speaking. Jujur saya cakap saya bukanlah hebat speaking2 ni, setakat boleh je. Apa yang lagi penting, mesej dan confidence, kalau pandai speaking tapi gagap2, xguna jugak. Jadi  selagi masa masih ada, try to practise,because late is better than never.

Hari Interview?

Sebelum
Macam biasalah pagi tu bangun awal, siap2 solat, doa semua n then pakai siap2. Check semua dokumen dah ada kemudian bergerak ke UNITEN. Dari rumah abang ambil masa lebih kurang sejam la. Kemudian sampai di bangunan Pejabat Yayasan Tenaga Nasional, dalam UNITEN. Kebetulan sampai awal, jadi adalah beberapa orang je yang dh sampai. Waktu saya sampai saya orang ke-5 yang berdaftar, jadi secara automatik saya termasuk dalam group pertama yang akan diinterview. Masa tu cuak jugak, yelar first group, interviewer mesti tengah fresh nak tanya soalan2 susah. Tapi diiingatkan jangan datang lewat sangat, even dapat sesi petang, sebab mereka akan interview siapa yang dtg dlu, jadi kalau dtg awl, cepatlah habis, kalau lambat, lambat lah.

Sesi Taklimat
Kemudian sebelum group 1st dipanggil masuk, pegawai2 adalah bagi briefing sikit. Untuk sesi hari tu, semuanya mereka yang apply course mechanical engineering. Kemudian ada mereka beritahu bagi yang terpilih, mereka akan dihantar ke UK, Australia dan Kanada. Masa tu dah kecewa sikit sebab dorg xhantar ke US (sebab memang teringin ke US). Kalau xsilap sesi pagi tu saja dah ada 42 org, maknanya ada 7 group (1 group 6 orang). Lebih kurang 8.30, group 1st dipanggil masuk ke bilik.

Masuk bilik
Baca bismillah, doa dlam hati n bawak file sijil ke dalam bilik. Dalam bilik tu ada meja mesyuarat, dengan 3 panel tengah menunggu kami. Kami pun beri salam dan bersalam dengan panel2 tu (dgn laki jela), kemudian bila disuruh duduk, baru duduk atas kerusi. Ala2 the apparantice, 6 orang diinterview, cuma xde "you're fired!" je. Sesi interview cuma sehala je, maksudnya interviewer tanya dan kita jawab, cuma dia akan tanya secara individual la. Semua orang diberi peluang bercakap.

1st round
"Introduce yourself"
Masing2 introduce diri masing2. Masa ni lah nk ckap dlu ketua pelajar ke, dpat wakil Kebangsaan pape ke, cuma speaking jela. Nasihat saya prepare skrip awal2, mana2 jawatan atau pencapaian gempak2 tu pastikan xda 1 pun yang terlupa ckap. Semasa kita introduce diri ni jugak panel akan check apa yang kita tulis dalam borang wktu apply dlu. Bagi saya Alhamdulillah dpat cakap dgn baik, cuma dia ada skali tanya, "do you involve in any sports?" "Yes, Chess sir", pastu dia kata chess tu bukan sports, hampeh, klau x mcm mana boleh masuk dlam mssd, msspk tuh....=.= cuma nk ingatkan, masa hanya 2 minit, jadi janganlah wat skrip panjang2 ye.

2nd round
"What you know about TNB"
Soalan ni bagi yang prepare (baca info kat wbsite TNB) tu mmg panjang lebar la jawabnya, padahal benda yang sama yang semua orang boleh tahu dgn senang. Waktu tu adalah seorang India ni dia jwab panjang lebar, rasanya dia hafal artikel dalam webstie to kot. Pastu kalau bagi yang xexpect soalan ni memang jawapan sama je, TNB syarikat letrik yang terkenal la, datang check meter letrik tiap2 bulan lah. Ada yang sempat hafal vision, mision tuh ngan maksud logo TNB tu. Yang panel tu senyum je dengar jwapan2 tu, mmg dh expect pn dorang akan bg jwapan yang sama. Sampai giliran saya. Masa tu memg dah ada skrip dh dlm kpala otak, ingt nk crita pasal vision, mission n mksd logo tuh, tiba2 jammed. Ya Allah. Pastu dengan spontan kata "Every year TNB will sponsor students to further their studies", tiba2 dapat idea nk crita pasal seorang student Malaysia yang study di MIT, namanya Hasan, kemudian teringat yang Hasan ni scholar TNB, kmudian dgn smgtnya kata "His success as TNB scholar inspired me to apply this scholarship". Masa tu panel terdiam, kemudian masa saya tgh nk cakap2 lagi tu dia suruh stop n kata "it's enough, I was impressed with you" . Masa tu rasa gembira lak, (bukan senang nk impressed someone). Bukan pe, cuma nasihat saya cuba cari jalan nk impressed interviewer. Mungkin cara saya tu lebih spontan, tapi kalau anda tahu info yang org lain xtahu, bukan ke lagi senang nk bg impressed, in other words, try to be different than others

3rd round
Masa ni panel akan bagi study case, maksudnya dia akan bg satu pernyataan dan dia akn tetapkan sama ada kita kena sokong atau bangkang pernyataan tu, then nyatakan sebab dan alasan, simple je. Contohnya masa saya, dapat pernyataan " Internet bring more good than harm" n saya kena mnyokong kenyataan tu. Dalam masa 2 minit kita kena prepare point2, sebab2 , contoh2 dan sebagainya. Masa tu bagilah point gempak2 sikit, contohnya saya bagi point klau ada internet boleh bina hubungan prdagangan antarabangsa la, boleh join MITCourseware la, tu rasanya masing2 boleh je fikirkan.

Keluar bilik
Lepas habis tanya 3 soalan tu dia ada tanya, ada yang apply untuk biasiswa UNITEN ke? xda sorang pun angkat tangan, semua apply oversea la tuh. Then, dia tnya klau dapat course selain mechanical, boleh ke? Masa tu saya jawab, asal engineering ok je. Haha. Pastu salam dengan panel and then minta izin keluar. Habislah sesi.

Akhirnya.....
Result keluar awal bulan 5, kmudian terkejut dapat biasiswa UNITEN, padahal x mintak pon. Try call TNB n diorang kata keputusan tu muktamad. Agklah kecewa. Maybe mereka lebih banyak sponsor electrical engin, n kmungkinan xde yang dapat sponsor ke oversea for mechanical engin =.=. Tapi syukur, sebab ni lah 1st biasiswa yang saya dapat, dan saya tolak selepas dapat offer Petronas. Jadi bagi yang apply biasiswa UNITEN, anda juga mungkin kena compete jugak dgn yg apply oversea, macam kes saya tahun lepas. Tapi apa2 pun, jangan putus2 berdoa. Kalau dapat tahniah diucapkan, bagi yang x mungkin ada hikmah atau ada benda lagi hebat menanti. Jangan putus asa dan teruskan usaha. Semoga berjaya kelak!

Good Luck bagi siapa2 yang Interview TNB akan datang! Ganbatte kudasai!