Tuesday, April 8, 2014

Mencari jalan pulang



Bismillah.....

Aku menghitung hari untuk memulakan kembali perjuangan jihad seorang pelajar.

Ya, jihad.

Sering kita dengar kata-kata dari murabbi, ustaz mahupun naqib/naqibah bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Tapi sejauh mana kita berjaya mengimplimentasikan dalam sehari-hari kita dalam kelas?

Bila ada assignment,

"Ahh, stressnya banyak keje, esok nak hantar!" . Si polan pun bersengkang mata menyiapkan assignment yang datang tak putus-putus. Niat yang mulanya mahu menggarap ilmu sudah terhakis sedikit demi sedikit, malah bertukar kepada "asal siap sudah". Buat kerja just for the sake of work.

Bila ada exam,

"Ahh, yabai! Esok exam satu apah tak study lagi!". Si polanah pun stay up sehingga subuh untuk menyelak helaian buku dengan laju sekali. Biasanya last minute study ni hafal jalan kerja 演習(latihan) yang dibuat. Konsep tak perlu tau pun takpe.

Kita sudah dididik begitu,
Belajar untuk dapat grade bagus,
Belajar dengan buat assignment.

Jadi,agak susah untuk kita merasai nikmat menuntut ilmu. Kadang-kadang niat tu dah betul, tapi bila datang anasir "pressure" berbentuk assignments dan exams, niat asal itu terkadang lari.

*************

Begitu juga iman kita.

Kita selalu mendengar ceramah dan tazkirah berkaitan ujian. Ya, semua kita sedang ditimpa ujian. Cuma bila sebut pasal ujian mesti semua akan terbayang "miskin", "sakit","kehilangan" dan sewaktu dengannya.

Jarang kita fikir, "senang" itu juga ujian.
"Masa lapang" itu ujian.
"Duit scholar" itu ujian.
"Games dan hiburan" itu ujian.
"Selesa" itu ujian.

Bezanya, selesa atau tak selesa. Kita selalu kesiankan saudara-saudara kita yang seksa di Syria,Mesir,Palestin,Rohingya, tapi kita jarang "kesian" kepada diri kita yang selalu tewas dengan ujian "selesa" yang kita hadapi.

Kalau kita tanyakan saudara-saudara kita di Palestin, rata-rata mereka semua merindui syahid, kerana peluang itu ada depan mata.

Beza dengan kita, terus hanyut dan tewas. Baru kena tegur sikit dah merajuk. Baru orang terlupa atau tak ambil endah pasal kita mula nak kecil hati, berprasangka macam-macam.

Manjanya kita. Nauzubillah. Moga Allah ampunkan dosa kita. :(

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut, ayat 2)

Mari sama-sama berdoa agar terus kuat di jalan ini. Supaya niat baik kita untuk berada di jalan lurus yang Allah sediakan tidak mudah goyah dengan anasir "ujian" tadi.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan kami dalam jalan agamaMu dan ketaatan padaMu"

Moga dipermudahkan mencari jalan pulang, Amin insyaAllah.