Wednesday, October 23, 2013

ひとりじゃない

セブンデイズ
胸騒ぐ衝動で、
気分が壊れてしまう前に、
君の隣に立って、
僕らは一つになって、
ハロー、ハロー、飛ぼう!

夢みる世界で、
踊り続ける、
光と影の中、

風が吹くように、
変わり続ける、
不確かな未来でも、

僕らはひとりじゃない、

ひとりじゃない


Seven days,
With the sound of heartbeat,
Before the emotion is going to despair,
Stand beside of you,
We become one,
Hello, hello, let's fly!

In the dream world,
Continue to dance,
Under the light and shadow,

Like flowing wind,
Continue to change,
Even the future is uncertain.

We are not alone.

Not alone.


Monday, September 23, 2013

Nikmat masa lapang


Dengan along di majlis akad nikah kak nor

Bismillah.

Menulis pada jam 23:12 waktu Jepun mungkin masih awal bagi kebanyakan orang, tetapi agak lewat bagi diriku. Aku masih cuba mendisiplinkan diri untuk tidur awal dan bangun awal, kalau tak sebelum subuh pun dapat awal subuh pun ok.

Alhamdulillah aku baru sahaja seminggu pulang dari Malaysia ke negara matahari terbit, dan pada permulaan terasa begitu bezanya Malaysia dan Jepun, walaupun dah 3 tahun berada di sini.

Pesan along, "waktu belajar jelah ada cuti panjang-panjang ni. bila dah kerja nak cuti seminggu pun cukup payah".

Ye, benar dan tepat sekali.

Cuti baru-baru ini aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan bersama keluarga (boleh kata bersama parents sebab adik-beradik takde kat rumah), di samping sibuk dengan preparation kak nor yang baru sahaja bernikah. Memandangkan rumah aku hanya ada dua buah kereta, satu Vios yang dipakai Mak, dan kancil yang dipakai bapak, aku tiada pilihan lain melainkan duduk rumah saja.

Aku akui masa cuti panjang seorang pelajar universiti memang biasanya dihabiskan sama ada untuk berjalan-jalan, bekerja part-time, sibuk beraktiviti dan berprogram ke sana-sini, namun bagiku, masa cuti inilah sahaja yang ada untuk bersama dengan keluarga dengan relaks dan santai.

Bagi seorang yang menuntut di luar negara, bertahun-tahun di luar bersama masyarakat asing dan kawan-kawan, bagiku apa salahnya lapangkan masa sedikit untuk menghiburkan dan menggembirakan hati ibu bapa yang sentiasa menanti untuk bersama kita, dan bagi mereka tiada hiburan yang lebih hebat dari ingatan yang tulus dari anakanda tercinta.

Kita sering tertipu dengan nikmat masa lapang, tak kira masa cuti atau belajar. Masa cuti kita biasa dengan bisikan "takpe, esok ada", "minggu depan boleh pergi". Kalau belajar pulak "takpe, 課題(assignment) hantar minggu depan". "takpe ,exam lambat lagi". Bila dah tinggal 10 jam nak exam baru terkial-kial nak revise nota, buat 演習(latihan).

Dan alhamdulillah, cuti yang lepas walaupun takde keluar mana-mana sangat, masa yang lapang itu diisi dengan baik, rehat yang cukup (terlebih cukup kot, haha) untuk bersama keluarga, membantu apa yang boleh, mengaji di surau etc.

Kini tiba masa untuk all-out balik, insyaAllah. Mohon tembakan doa semua :)


Akhir kalam,
Jangan tertipu dengan nikmat masa lapang, isilah dengan sebaiknya.

;)



Sunday, September 15, 2013

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Alhamdulillah 'ala kulli hal....
Blog sudahpun berwajah baru.
Setelah membersihkan segala benda yang tak perlu, tak berkembang dll.
Jika ada komen mahupun cadangan pembaikan adalah sangat dialu-alukan, sila komen di ruangan bawah tq.

Oh ye, jangan lupa selawat pada junjungan mulia ;)
Allahumma solli 'ala muhammad 


Wednesday, August 28, 2013

Change

Salam wrm,

InsyaAllah, blog ini akan berubah wajah tak lama lagi.

Ubah,
Memang susah,
Tapi kalau tak mulakan langkah,
Sampai bila-bila akan "kalah".

;)

Friday, May 24, 2013

Perihal blog

Bismillah....

Untuk pengetahuan semua, saya jenis yang suka baca blog kenalan yang rapat, tak kira kawan sekolah, senior, junior mahupun sesiapa pun. Takde niat nak stalk pun, cuma suka baca kisah perjalanan hidup mereka yang berbeza dengan diri sendiri. Susah senang, gembira sedih yang mencorakkan kehidupan ini sememangnya menjadi warna kehidupan kita yang serba singkat ini.

Tadi saya check balik list blog yg saya follow (tak semestinya follow dengan menjadi follower, ada blog yg saya baca walaupun tak jadi follower), ramai yang dah privatise blog dan hanya mengehadkan pembaca kepada yang diinvite sahaja. Mungkin ada secret story, love story n apa2 story lagilah. Maafkan saya kalau saya tak diundang untuk membaca blog kalian, mungkin saya dituduh stalk dan mengorek rahsia yang tak sepatutnya diketahui (heheh), maa tapi i know u guys have ur own right.

Saya ada fikir beberapa kali nak delete blog ni, sebab sangat jarang update n bukan ada apa2 yang menarik pun. Tapi bila tengok overview yang agak ramai terutama pada post-post berkaitan interview scholarship yang mungkin ada manfaat pada pembaca, saya batalkan hasrat saya itu. Moga ada saham pahala untuk mereka yang amalkan tips interview yang saya share tu..hee insyaAllah.

Pada saya blog adalah salah satu medium untuk meluahkan perasaan, idea dan juga sharing. Kadang-kadang kagum dengan sahabat-sahabat yang rajin mengupdate blog dengan pengisian berfaedah, kadang-kadang post yang simple tapi sgt mendalam maksudnya. Dan blog juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah, atau mengajak orang buat baik, seperti ramai ustaz-ustaz buat.

Bagi saya selagi blog itu ada manfaat, walaupun dalam bentuk pengalaman diri sendiri, tak salah untuk kita share untuk kebaikan orang lain. Contoh untuk saya di Jepun, pengalaman hidup sebagai seorang muslim di Jepun yang saya kongsikan kat sini mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran bagi mereka yang tak pernah datang ke sini.

Namun, lastly bergantung pada tuan punya blog. "Aku punya blog, aku punya suka lah". Konsep ini boleh diamalkan tapi biarlah tak melebihi batas. Kalau guna blog untuk caci maki, mengutuk, mencarut, menghina, hanya tambah dosa. Tak dinafikan ada perkara yang seeloknya dirahsiakan daripada orang-orang lain. Masing-masing punya pandanganlah.

Lastly, saya sentiasa mengalu-alukan idea dan cadangan untuk pembaikan blog ini. (hmmm, tak pasti boleh ke tak, hehe :p)

Peace no war~

p/s : actually saya nak post pasal pengalaman kat Australia, tapi terlajak tulis benda ni pulak =.=
またいつか書こう~



teaser post ^^

Tuesday, May 7, 2013

Sebak


Dalam banyak-banyak peristiwa sempena PRU-13, perletakan jawatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan merupakan peristiwa paling meruntun jiwa. Perjuangan selama 23 tahun membangunkan baladah Islamiyyah Kelantan, walaupun dipenuhi onak dan ranjau, digalas sebaik mungkin.

Tok Guru telah membina asas yang terkukuh dalam jiwa rakyat Kelantan iaitu nilai Islam. Suatu yang tiada pada negeri-negeri lain.

Terjadi satu kisah ketika Tok Guru melawat beberapa pemuda, beliau menangis sambil berkata "saya malu dengan Rasulullah. Rasulullah berjuang sehingga akhir hayat, sedangkan saya tak"

Semoga Allah merahmati perjuangan suci Tok Guru, semoga Allah panjangkan usia Tok Guru sehingga Islam kembali tertegak, Amin.

Kami Sayang Tok Guru!

Tuesday, April 9, 2013

Travelog

Dah rindu dengan Kaabah :(

Bismilllah...

Alhamdulillah `ala kulli hal. Kembara hampir 3 minggu merentas 2 benua telah pun berakhir. InsyaAllah akan kembali menyambung perjuangan menuntut ilmu fardhu kifayah di negara matahari terbit. Semoga Allah permudahkan.

Bermula 19 Mac lepas, segala puji bagi-Nya, saya diizinkan Allah untuk menjejaki dua tanah suci Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukaramah untuk menjalankan ibadah umrah. Benar sekali, lain sekali rasanya bila memijak bumi suci Allah ini, dan saya berdoa moga-moga kita semua diberi peluang untuk merasai peluang menjadi tetamu Allah, insyaAllah.

Balik ke Malaysia 1 April, alhamdulillah saya berpeluang untuk ke bumi Kangaroo selama lebih kurang seminggu bersama keluarga untuk menghadiri majlis konvokesyen kakak. Di Australia pula lain pulak rasanya, berbeza dengan Jepun.

Perjalanan ke 2 buah negara ini penuh dengan cerita,pengalaman yang saya ingin kongsikan pada post yg akan datang,insyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca.

Benarlah kata pepatah melayu, "banyak berjalan luas pemandangan".


Monday, March 18, 2013

Terimalah aku.....

Bismillah.....



Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamu-Mu.

Ya Allah, moga-moga dengan amalan hamba-Mu yang sedikit ini, dengan izin-Mu aku dapat menjadi tetamu-Mu.

Ya Allah, ampuni dosa-dosaku sekiranya ada dosa-dosa yang tidak melayakkan aku menjadi tetamu-Mu.

Bersaksikan engkau Ya Allah.

19 Mac-1 April
InsyaAllah.

Thursday, February 28, 2013

Syair Imam Syafie

Bismillah....

Kita mungkin dah biasa dengar syair Imam Syafie seperti di bawah ini :


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu,
Namun ku tak sanggup ke neraka-Mu,
Terimalah taubatku dan ampuni dosaku,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar,
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Terimalah taubatku waha Tuhan yang Maha Tinggi.



Namun, jarang sekali kita dengar sambungan dari syair di atas, yang saya rasa sangat tersentuh dan menusuk kalbu bila mendengar kalam ini ketika bersendirian mengenang dosa-dosa lampau.


Dan usiaku berkurang setiap hari,

Dan Dosaku pula bertambah setiap masa,

Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan maksiat telah datang kepada-Mu,

Senantiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada-Mu,

Jika Kau ampunkan, maka itu hakMu,



Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan seperti-Mu

Monday, January 7, 2013

2013

Bismillah....

Bismillah untuk permulaan tahun 2013.

Bismillah untuk permulaan tahun paling mencabar.

Bismillah untuk melakukan anjakan paradigma.


Mechanical Design : Subjek utama 2nd year mechanical engineering

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, insyaAllah ^^

Dalam sehari-hari menjalani kehidupan, saya sering mendengar lagu, ceramah atau apa2 tazkirah, post yang berkaitan "tiada dunia dalam hati". Supaya hati ini tidak terasa berat ketika menghadapi musibah, kehilangan, ataupun cabaran dunia yang bertali arus.

Dengarlah lagu "Satu Amanah" oleh Hijjaz.

Dengarlah lagu "Mana milik kita" dendangan Rabbani.

Hayati maksudnya dan kaitkan dengan diri. Tanamkan azam anda untuk jadi orang yang "tiada dunia dalam hati". InsyaAllah, anda akan menjadi seorang yang tenang jiwa walau apa musibah yang melanda.

"Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"

Al-Baqarah :153

Akhir kalam, renungilah dalam-dalam kata-kata di bawah,

"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar"

Wallahua`lam.

よいお年を