Saturday, July 14, 2012

Apabila bersendirian...

Ya, sendiri.



Kita semua pernah mengalami perasaan yang sama, yaitu keseorangan, kesepian. Tidak dinafikan, saat kesepian jiwa terasa begitu kosong, dan macam hilang arah, tapi bagaimana kita menghadapi rasa sepi itu?

"Sebab itu kita kena cari sahabat sejati!"

Istilah sahabat sejati itu secara kiasannya, orang yang pertama hulur tangan apabila kita jatuh. Ertinya, ketika kita kecewa, dia orang pertama yang angkat kita. Ketika kita sedih, dia yang pertama yang pujuk.

Tapi pada hakikatnya, semua orang tak semestinya mempunyai sahabat sejati dalam dunia ini.

Bila disebut sahabat sejati, tak semestinya kawan sekelas atau sebaya atau kenalan kita. Makna yang luas, sahabat sejati boleh jadi ibu bapa, adik-beradik, isteri, kekasih atau seumpamanya. Kalau macam itu, bagaimana dengan insan yang dari kecil yatim piatu, tiada saudara dan kawan?

Saya pernah menerima mesej dari seorang kawan ;

"Many people feel lonely because they think they haven't found their perfect companion yet. But know this : sometimes Allah sends everyone else away so that you can find your realest and deepest companionship in Him, in His words, in His messenger"

Apapun, akhir sekali, berbalik kepada rasa husnudzon (berbaik sangka) pada yang Mengetahui isi hati. Ada orang yang dilimpahi dengan rakan-rakan yang soleh di sekeliling, kerana Dia tahu mungkin orang tersebut lebih kuat dengan kehadiran kawan-kawan yang boleh membimbingnya. Ada yang Allah biarkan dirinya keseorangan, sebab Dia tahu orang itu lebih rapat denganNya bila sendiri. Dengan kata lain, apa yang kita ada sekarang, sekeliling kita, semuanya jadi rezeki Allah yang paling besar dalam hidup, iaitu "berdamping dengan-Nya".

"Aduhai, waktu-waktu macam inilah semua orang dah "berpunya" "

Allahurabbi, itulah cabaran terbesar ketika berumur sebegini. Ketika ramai mula post2 berkaitan "ku menanti imam solatku", "jika dia jodohku, permudahkanlah". Orang yang dah berumur sikit mulalah bagi kritikan macam2, "kena bersedia jadi soleh dulu", "reti kahwin tapi tak reti tanggungjawab dah gatal nak kahwin" dan sebagainya. Melihat masing-masing bertegas dengan pendapat sendiri, kadang-kadang terasa lawak pula. huhu

Tak mengapalah, saya cuba ketepikan dulu urusan itu. Walaupun dahulu pernah jugak "tersangkut" dengan perkara begini, tapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Memberi Petunjuk. InsyaAllah, bila sampai masanya nanti, barulah seluruh jiwa raga akan dkerah untuk mencari, tangan menadah doa, hati bertawakal, dan bibir menutur lamaran, atas jalan yang diredai Allah.

Bagi saya hubungan dengan Allah itu yang perlu dijaga, masyaAllah jika Allah bertakhta di hati, hidup ini bagaikan tak perlu yang lain. Namun nak memupuk hati itu, perlukan istiqamah, sabar, tabah dan ujian Allah yang perit. Moga kita semua termasuk dalam golongan orang yang bertakhta Allah di hati, Amin Ya Rabbala'lamin.


"Aku boleh hidup tanpa kawan, tapi aku tak boleh hidup tanpa Allah"


p/s : Allahumma ballighna Ramadan.......


2 comments:

  1. love this entry tawon..thanx :-))

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, dah matang adikku sorang ni :)
    semoga terus kuat dan tsabat..

    ReplyDelete