Wednesday, August 6, 2014

Lepas...

Bismillah.....



Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah....

Dengan berakhirnya exam Mechanical Dynamics 30 Julai lepas, maka berakhirlah semester pertama tahun ketigaku.

Ya, semester penuh dugaan, lebih daripada sangkaan.

Tak pernah aku terperap dalam rumah seminggu semata-mata menyiapkan CAD design.

Tak pernah aku menghadapi situasi di mana semua benda terkumpul dalam seminggu ; report experiment (20 pages tulis tangan), nota system design (30-40 pages tulis tangan), exam 3 paper, & presentation. Serius kebetulan kena pada 10 hari terakhir ramadhan. Tidur biasa dari pukul 11 mlm sampai 2 pagi untuk bangun sahur, lepas subuh buat kerja sampai pukul 11 malam balik.

Tak pernah aku start study satu-satu subjek pada pagi exam. Semalas-malas manusia dia akan study malam sebelum exam, tapi aku start study pagi sebelum start exam. Haha, dahsyat bukan?

Bila kenangkan, Allahu Allah. Tak sangka dah berlalu semua itu. Bila dah habis semua macam tak percaya.

Malam Ahad 27 Julai lepas, malam terakhir Ramadhan, aku solat syukur sambil sebak bila kenangkan betapa besarnya nikmat lepas daripada "sengsara" kesibukan dan kesempitan masa. Tatkala saudara seakidah di Gaza dan merata dunia sedang bertarung nyawa dengan musuh Islam, aku berperang dengan ujian "kesempitan masa" dengan assignment yang bertimbun dan exam.

Perang sama perang. Jihad sama jihad. Menuntut ilmu itu juga satu jihad.

Teringatkan kakakku yang bercerita pengalaman housemanship tahun lepas. Solat terawih pun tak tentu. Ibadah sunat yang mungkin kita yang sibuk biasa-biasa ni mampu buat pun tak terlaksana. Perang dengan kesempitan masa juga.

****

Daripada ceritera di atas, mari kita sama-sama mentadabbur ayat Allah di bawah ;

"Wahai orang-orang beriman, Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui ;

Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

(As-Saff 61 : 10-12)

Ayat 11 menjelaskan suatu "perdagangan" yang ditawarkan Allah kepada hamba-hambaNya iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.

Kemudian ayat 12 menerangkan ganjaran atau tawaran terhebat daripada Allah hasil "perdagangan" tersebut berupa pengampunan dosa-dosa dan syurga yang tersergam indah.

Namun, ada ganjaran yang lebih besar daripada itu. Sebelum dijelaskan apa itu "perdagangan", Allah telah terlebih dahulu menawarkannya. Itulah dia "pelepasan daripada azab yang pedih" seperti yang diterangkan dalam ayat 11.

Saudaraku,

Cuba kenang kembali kesusahan yang pernah kita hadapi. Cuba kenang ujian yang paling sukar pernah dihadapi. Ketika itu, dada kita mungkin sesak, air mata berjujuran, mulut tak habis-habis ungkapkan "Ya Allah, tolonglah aku".

Kemudian masa berlalu dan perasaan itu hilang begitu saja tanpa disedari. Tak sedarkah kita Allah dah lepaskan kita daripada satu ujian kesusahan yang kita pun tak sangka kita mampu melepasinya. Sehinggakan kita pun terlupa doa yang kita pernah ucapkan pada Allah apabila tersempit dalam situasi tersebut.

Itulah nikmat "selamat" daripada sengsara. Berbalik kepada ayat 11 di atas, apa lagi nikmat yang lebih besar daripada pelepasan daripada sengsara api neraka Allah? Bagaimana perasaannya bila kita menghela nafas lega setelah lepas satu-satu ujian? Pada ketika itu, mulut kita tidak putus-putus mengucapkan syukur, sedangkan hati terkenangkan nikmat yang selama ini dipandang kecil dan remeh. Seperti nikmat masa lapang yang selalu dibazirkan begitu saja. Seperti seorang yang kehilangan kakinya setelah berpuluh tahun merasai nikmat berkaki.

Kerana itu Allah mendahulukan ganjaran "selamat dari azab yang pedih", kerana mengetahui betapa besarnya nikmat itu pada sisi manusia berbanding syurgaNya yang indah. Manusia apabila berterusan menerima nikmat biasanya tidak merasa apa-apa, tetapi sekali ditarik nikmat baru terlolong menjerit memintanya kembali.

*****

Saudaraku,

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, hatta sekecil-kecil perkara sekalipun, pasti ada benda yang kita dapat pelajari. Apa yang kita lalui dalam sehari-hari pasti ada mesej tersirat yang Allah cuba sampaikan, tetapi hanya untuk orang-orang yang berfikir.

Oleh yang demikian, jangan biarkan hari-hari kita berlalu tanpa kita memikirkan sedikitpun tentang apa yang terjadi pada diri kita. Kita diberi mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan akal untuk berfikir, manfaatkan sebaik mungkin. Jangan sampai kita tergolong daripada manusia yang lebih teruk daripada haiwan ternak. Yang hanya fikir untuk makan, tidur dan membiak, sampaikan diasah pisau di hadapannya pun tak terfikir untuk lari dari disembelih.

Wallahu'alam.

#prayforgaza,syria
#peacenowar





 

Tuesday, April 8, 2014

Mencari jalan pulang



Bismillah.....

Aku menghitung hari untuk memulakan kembali perjuangan jihad seorang pelajar.

Ya, jihad.

Sering kita dengar kata-kata dari murabbi, ustaz mahupun naqib/naqibah bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Tapi sejauh mana kita berjaya mengimplimentasikan dalam sehari-hari kita dalam kelas?

Bila ada assignment,

"Ahh, stressnya banyak keje, esok nak hantar!" . Si polan pun bersengkang mata menyiapkan assignment yang datang tak putus-putus. Niat yang mulanya mahu menggarap ilmu sudah terhakis sedikit demi sedikit, malah bertukar kepada "asal siap sudah". Buat kerja just for the sake of work.

Bila ada exam,

"Ahh, yabai! Esok exam satu apah tak study lagi!". Si polanah pun stay up sehingga subuh untuk menyelak helaian buku dengan laju sekali. Biasanya last minute study ni hafal jalan kerja 演習(latihan) yang dibuat. Konsep tak perlu tau pun takpe.

Kita sudah dididik begitu,
Belajar untuk dapat grade bagus,
Belajar dengan buat assignment.

Jadi,agak susah untuk kita merasai nikmat menuntut ilmu. Kadang-kadang niat tu dah betul, tapi bila datang anasir "pressure" berbentuk assignments dan exams, niat asal itu terkadang lari.

*************

Begitu juga iman kita.

Kita selalu mendengar ceramah dan tazkirah berkaitan ujian. Ya, semua kita sedang ditimpa ujian. Cuma bila sebut pasal ujian mesti semua akan terbayang "miskin", "sakit","kehilangan" dan sewaktu dengannya.

Jarang kita fikir, "senang" itu juga ujian.
"Masa lapang" itu ujian.
"Duit scholar" itu ujian.
"Games dan hiburan" itu ujian.
"Selesa" itu ujian.

Bezanya, selesa atau tak selesa. Kita selalu kesiankan saudara-saudara kita yang seksa di Syria,Mesir,Palestin,Rohingya, tapi kita jarang "kesian" kepada diri kita yang selalu tewas dengan ujian "selesa" yang kita hadapi.

Kalau kita tanyakan saudara-saudara kita di Palestin, rata-rata mereka semua merindui syahid, kerana peluang itu ada depan mata.

Beza dengan kita, terus hanyut dan tewas. Baru kena tegur sikit dah merajuk. Baru orang terlupa atau tak ambil endah pasal kita mula nak kecil hati, berprasangka macam-macam.

Manjanya kita. Nauzubillah. Moga Allah ampunkan dosa kita. :(

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut, ayat 2)

Mari sama-sama berdoa agar terus kuat di jalan ini. Supaya niat baik kita untuk berada di jalan lurus yang Allah sediakan tidak mudah goyah dengan anasir "ujian" tadi.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan kami dalam jalan agamaMu dan ketaatan padaMu"

Moga dipermudahkan mencari jalan pulang, Amin insyaAllah.

Wednesday, October 23, 2013

ひとりじゃない

セブンデイズ
胸騒ぐ衝動で、
気分が壊れてしまう前に、
君の隣に立って、
僕らは一つになって、
ハロー、ハロー、飛ぼう!

夢みる世界で、
踊り続ける、
光と影の中、

風が吹くように、
変わり続ける、
不確かな未来でも、

僕らはひとりじゃない、

ひとりじゃない


Seven days,
With the sound of heartbeat,
Before the emotion is going to despair,
Stand beside of you,
We become one,
Hello, hello, let's fly!

In the dream world,
Continue to dance,
Under the light and shadow,

Like flowing wind,
Continue to change,
Even the future is uncertain.

We are not alone.

Not alone.


Monday, September 23, 2013

Nikmat masa lapang


Dengan along di majlis akad nikah kak nor

Bismillah.

Menulis pada jam 23:12 waktu Jepun mungkin masih awal bagi kebanyakan orang, tetapi agak lewat bagi diriku. Aku masih cuba mendisiplinkan diri untuk tidur awal dan bangun awal, kalau tak sebelum subuh pun dapat awal subuh pun ok.

Alhamdulillah aku baru sahaja seminggu pulang dari Malaysia ke negara matahari terbit, dan pada permulaan terasa begitu bezanya Malaysia dan Jepun, walaupun dah 3 tahun berada di sini.

Pesan along, "waktu belajar jelah ada cuti panjang-panjang ni. bila dah kerja nak cuti seminggu pun cukup payah".

Ye, benar dan tepat sekali.

Cuti baru-baru ini aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan bersama keluarga (boleh kata bersama parents sebab adik-beradik takde kat rumah), di samping sibuk dengan preparation kak nor yang baru sahaja bernikah. Memandangkan rumah aku hanya ada dua buah kereta, satu Vios yang dipakai Mak, dan kancil yang dipakai bapak, aku tiada pilihan lain melainkan duduk rumah saja.

Aku akui masa cuti panjang seorang pelajar universiti memang biasanya dihabiskan sama ada untuk berjalan-jalan, bekerja part-time, sibuk beraktiviti dan berprogram ke sana-sini, namun bagiku, masa cuti inilah sahaja yang ada untuk bersama dengan keluarga dengan relaks dan santai.

Bagi seorang yang menuntut di luar negara, bertahun-tahun di luar bersama masyarakat asing dan kawan-kawan, bagiku apa salahnya lapangkan masa sedikit untuk menghiburkan dan menggembirakan hati ibu bapa yang sentiasa menanti untuk bersama kita, dan bagi mereka tiada hiburan yang lebih hebat dari ingatan yang tulus dari anakanda tercinta.

Kita sering tertipu dengan nikmat masa lapang, tak kira masa cuti atau belajar. Masa cuti kita biasa dengan bisikan "takpe, esok ada", "minggu depan boleh pergi". Kalau belajar pulak "takpe, 課題(assignment) hantar minggu depan". "takpe ,exam lambat lagi". Bila dah tinggal 10 jam nak exam baru terkial-kial nak revise nota, buat 演習(latihan).

Dan alhamdulillah, cuti yang lepas walaupun takde keluar mana-mana sangat, masa yang lapang itu diisi dengan baik, rehat yang cukup (terlebih cukup kot, haha) untuk bersama keluarga, membantu apa yang boleh, mengaji di surau etc.

Kini tiba masa untuk all-out balik, insyaAllah. Mohon tembakan doa semua :)


Akhir kalam,
Jangan tertipu dengan nikmat masa lapang, isilah dengan sebaiknya.

;)



Sunday, September 15, 2013

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Alhamdulillah 'ala kulli hal....
Blog sudahpun berwajah baru.
Setelah membersihkan segala benda yang tak perlu, tak berkembang dll.
Jika ada komen mahupun cadangan pembaikan adalah sangat dialu-alukan, sila komen di ruangan bawah tq.

Oh ye, jangan lupa selawat pada junjungan mulia ;)
Allahumma solli 'ala muhammad 


Wednesday, August 28, 2013

Change

Salam wrm,

InsyaAllah, blog ini akan berubah wajah tak lama lagi.

Ubah,
Memang susah,
Tapi kalau tak mulakan langkah,
Sampai bila-bila akan "kalah".

;)

Friday, May 24, 2013

Perihal blog

Bismillah....

Untuk pengetahuan semua, saya jenis yang suka baca blog kenalan yang rapat, tak kira kawan sekolah, senior, junior mahupun sesiapa pun. Takde niat nak stalk pun, cuma suka baca kisah perjalanan hidup mereka yang berbeza dengan diri sendiri. Susah senang, gembira sedih yang mencorakkan kehidupan ini sememangnya menjadi warna kehidupan kita yang serba singkat ini.

Tadi saya check balik list blog yg saya follow (tak semestinya follow dengan menjadi follower, ada blog yg saya baca walaupun tak jadi follower), ramai yang dah privatise blog dan hanya mengehadkan pembaca kepada yang diinvite sahaja. Mungkin ada secret story, love story n apa2 story lagilah. Maafkan saya kalau saya tak diundang untuk membaca blog kalian, mungkin saya dituduh stalk dan mengorek rahsia yang tak sepatutnya diketahui (heheh), maa tapi i know u guys have ur own right.

Saya ada fikir beberapa kali nak delete blog ni, sebab sangat jarang update n bukan ada apa2 yang menarik pun. Tapi bila tengok overview yang agak ramai terutama pada post-post berkaitan interview scholarship yang mungkin ada manfaat pada pembaca, saya batalkan hasrat saya itu. Moga ada saham pahala untuk mereka yang amalkan tips interview yang saya share tu..hee insyaAllah.

Pada saya blog adalah salah satu medium untuk meluahkan perasaan, idea dan juga sharing. Kadang-kadang kagum dengan sahabat-sahabat yang rajin mengupdate blog dengan pengisian berfaedah, kadang-kadang post yang simple tapi sgt mendalam maksudnya. Dan blog juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah, atau mengajak orang buat baik, seperti ramai ustaz-ustaz buat.

Bagi saya selagi blog itu ada manfaat, walaupun dalam bentuk pengalaman diri sendiri, tak salah untuk kita share untuk kebaikan orang lain. Contoh untuk saya di Jepun, pengalaman hidup sebagai seorang muslim di Jepun yang saya kongsikan kat sini mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran bagi mereka yang tak pernah datang ke sini.

Namun, lastly bergantung pada tuan punya blog. "Aku punya blog, aku punya suka lah". Konsep ini boleh diamalkan tapi biarlah tak melebihi batas. Kalau guna blog untuk caci maki, mengutuk, mencarut, menghina, hanya tambah dosa. Tak dinafikan ada perkara yang seeloknya dirahsiakan daripada orang-orang lain. Masing-masing punya pandanganlah.

Lastly, saya sentiasa mengalu-alukan idea dan cadangan untuk pembaikan blog ini. (hmmm, tak pasti boleh ke tak, hehe :p)

Peace no war~

p/s : actually saya nak post pasal pengalaman kat Australia, tapi terlajak tulis benda ni pulak =.=
またいつか書こう~



teaser post ^^

Tuesday, May 7, 2013

Sebak


Dalam banyak-banyak peristiwa sempena PRU-13, perletakan jawatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan merupakan peristiwa paling meruntun jiwa. Perjuangan selama 23 tahun membangunkan baladah Islamiyyah Kelantan, walaupun dipenuhi onak dan ranjau, digalas sebaik mungkin.

Tok Guru telah membina asas yang terkukuh dalam jiwa rakyat Kelantan iaitu nilai Islam. Suatu yang tiada pada negeri-negeri lain.

Terjadi satu kisah ketika Tok Guru melawat beberapa pemuda, beliau menangis sambil berkata "saya malu dengan Rasulullah. Rasulullah berjuang sehingga akhir hayat, sedangkan saya tak"

Semoga Allah merahmati perjuangan suci Tok Guru, semoga Allah panjangkan usia Tok Guru sehingga Islam kembali tertegak, Amin.

Kami Sayang Tok Guru!

Tuesday, April 9, 2013

Travelog

Dah rindu dengan Kaabah :(

Bismilllah...

Alhamdulillah `ala kulli hal. Kembara hampir 3 minggu merentas 2 benua telah pun berakhir. InsyaAllah akan kembali menyambung perjuangan menuntut ilmu fardhu kifayah di negara matahari terbit. Semoga Allah permudahkan.

Bermula 19 Mac lepas, segala puji bagi-Nya, saya diizinkan Allah untuk menjejaki dua tanah suci Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukaramah untuk menjalankan ibadah umrah. Benar sekali, lain sekali rasanya bila memijak bumi suci Allah ini, dan saya berdoa moga-moga kita semua diberi peluang untuk merasai peluang menjadi tetamu Allah, insyaAllah.

Balik ke Malaysia 1 April, alhamdulillah saya berpeluang untuk ke bumi Kangaroo selama lebih kurang seminggu bersama keluarga untuk menghadiri majlis konvokesyen kakak. Di Australia pula lain pulak rasanya, berbeza dengan Jepun.

Perjalanan ke 2 buah negara ini penuh dengan cerita,pengalaman yang saya ingin kongsikan pada post yg akan datang,insyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca.

Benarlah kata pepatah melayu, "banyak berjalan luas pemandangan".


Monday, March 18, 2013

Terimalah aku.....

Bismillah.....



Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamu-Mu.

Ya Allah, moga-moga dengan amalan hamba-Mu yang sedikit ini, dengan izin-Mu aku dapat menjadi tetamu-Mu.

Ya Allah, ampuni dosa-dosaku sekiranya ada dosa-dosa yang tidak melayakkan aku menjadi tetamu-Mu.

Bersaksikan engkau Ya Allah.

19 Mac-1 April
InsyaAllah.

Thursday, February 28, 2013

Syair Imam Syafie

Bismillah....

Kita mungkin dah biasa dengar syair Imam Syafie seperti di bawah ini :


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu,
Namun ku tak sanggup ke neraka-Mu,
Terimalah taubatku dan ampuni dosaku,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar,
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Terimalah taubatku waha Tuhan yang Maha Tinggi.



Namun, jarang sekali kita dengar sambungan dari syair di atas, yang saya rasa sangat tersentuh dan menusuk kalbu bila mendengar kalam ini ketika bersendirian mengenang dosa-dosa lampau.


Dan usiaku berkurang setiap hari,

Dan Dosaku pula bertambah setiap masa,

Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan maksiat telah datang kepada-Mu,

Senantiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada-Mu,

Jika Kau ampunkan, maka itu hakMu,



Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan seperti-Mu

Monday, January 7, 2013

2013

Bismillah....

Bismillah untuk permulaan tahun 2013.

Bismillah untuk permulaan tahun paling mencabar.

Bismillah untuk melakukan anjakan paradigma.


Mechanical Design : Subjek utama 2nd year mechanical engineering

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, insyaAllah ^^

Dalam sehari-hari menjalani kehidupan, saya sering mendengar lagu, ceramah atau apa2 tazkirah, post yang berkaitan "tiada dunia dalam hati". Supaya hati ini tidak terasa berat ketika menghadapi musibah, kehilangan, ataupun cabaran dunia yang bertali arus.

Dengarlah lagu "Satu Amanah" oleh Hijjaz.

Dengarlah lagu "Mana milik kita" dendangan Rabbani.

Hayati maksudnya dan kaitkan dengan diri. Tanamkan azam anda untuk jadi orang yang "tiada dunia dalam hati". InsyaAllah, anda akan menjadi seorang yang tenang jiwa walau apa musibah yang melanda.

"Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"

Al-Baqarah :153

Akhir kalam, renungilah dalam-dalam kata-kata di bawah,

"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar"

Wallahua`lam.

よいお年を




Tuesday, October 30, 2012

To myself

In previous post I wrote this quote for my best friend, and know I'm writing it for myself.

"Why do we fall?"
"So we can learn to pick ourselves up."

Monday, September 3, 2012

Rise!

Post ringkas untuk sahabat baik saya(xtau dia baca ke tak),


Hidup ini penuh dengan dugaan, dan kadang-kadang dugaan itu sangat berat untuk diterima, mungkin kerana ia melibatkan perkara besar dalam hidup. Dan dalam menghadapi situasi itu, bibir yang takkan mungkin tersenyum pun dipaksa untuk bersenyum, hanya nak menyenangkan hati mereka-mereka yang menyaksikan.

Di pihak yang menyaksikan, kebanyakannya pasti terdetik di hati, "Oh kesiannya dia, dah bukan rezeki", "Mesti dia sedihkan" dan kata-kata simpati yang pelbagai.

Ada yang memberikan harapan, " InsyaAllah ada hikmah semua ini", "InsyaAllah, Allah akan beri lebih baik lagi" dan bermacam lagi kata-kata hikmah yang kalau tak banyak pun, dapat manjadi penawar bagi luka yang cukup dalam.

Sahabatku,

Berpeganglah pada kalimah ini ;



Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil
"Cukuplah bagi kami Allah, Dia-lah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"


Di sebalik dugaan yang menimpa, terkandung 1 mesej yang berbunyi "Baliklah kepada-Ku". Serahkan pada Allah segala urusan,keresahan,rasa sedih yang masih terbuku di hati, InsyaAllah akhirnya bakal bertemu ketenangan :)

Dan seterusnya, usaha semampu mungkin untuk bangkit.

"Why do we fall, Bruce? So we can learn to pick ourselves."
-The Dark Knight Rises-

You can do it, insyaAllah!




Saturday, July 14, 2012

Apabila bersendirian...

Ya, sendiri.



Kita semua pernah mengalami perasaan yang sama, yaitu keseorangan, kesepian. Tidak dinafikan, saat kesepian jiwa terasa begitu kosong, dan macam hilang arah, tapi bagaimana kita menghadapi rasa sepi itu?

"Sebab itu kita kena cari sahabat sejati!"

Istilah sahabat sejati itu secara kiasannya, orang yang pertama hulur tangan apabila kita jatuh. Ertinya, ketika kita kecewa, dia orang pertama yang angkat kita. Ketika kita sedih, dia yang pertama yang pujuk.

Tapi pada hakikatnya, semua orang tak semestinya mempunyai sahabat sejati dalam dunia ini.

Bila disebut sahabat sejati, tak semestinya kawan sekelas atau sebaya atau kenalan kita. Makna yang luas, sahabat sejati boleh jadi ibu bapa, adik-beradik, isteri, kekasih atau seumpamanya. Kalau macam itu, bagaimana dengan insan yang dari kecil yatim piatu, tiada saudara dan kawan?

Saya pernah menerima mesej dari seorang kawan ;

"Many people feel lonely because they think they haven't found their perfect companion yet. But know this : sometimes Allah sends everyone else away so that you can find your realest and deepest companionship in Him, in His words, in His messenger"

Apapun, akhir sekali, berbalik kepada rasa husnudzon (berbaik sangka) pada yang Mengetahui isi hati. Ada orang yang dilimpahi dengan rakan-rakan yang soleh di sekeliling, kerana Dia tahu mungkin orang tersebut lebih kuat dengan kehadiran kawan-kawan yang boleh membimbingnya. Ada yang Allah biarkan dirinya keseorangan, sebab Dia tahu orang itu lebih rapat denganNya bila sendiri. Dengan kata lain, apa yang kita ada sekarang, sekeliling kita, semuanya jadi rezeki Allah yang paling besar dalam hidup, iaitu "berdamping dengan-Nya".

"Aduhai, waktu-waktu macam inilah semua orang dah "berpunya" "

Allahurabbi, itulah cabaran terbesar ketika berumur sebegini. Ketika ramai mula post2 berkaitan "ku menanti imam solatku", "jika dia jodohku, permudahkanlah". Orang yang dah berumur sikit mulalah bagi kritikan macam2, "kena bersedia jadi soleh dulu", "reti kahwin tapi tak reti tanggungjawab dah gatal nak kahwin" dan sebagainya. Melihat masing-masing bertegas dengan pendapat sendiri, kadang-kadang terasa lawak pula. huhu

Tak mengapalah, saya cuba ketepikan dulu urusan itu. Walaupun dahulu pernah jugak "tersangkut" dengan perkara begini, tapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Memberi Petunjuk. InsyaAllah, bila sampai masanya nanti, barulah seluruh jiwa raga akan dkerah untuk mencari, tangan menadah doa, hati bertawakal, dan bibir menutur lamaran, atas jalan yang diredai Allah.

Bagi saya hubungan dengan Allah itu yang perlu dijaga, masyaAllah jika Allah bertakhta di hati, hidup ini bagaikan tak perlu yang lain. Namun nak memupuk hati itu, perlukan istiqamah, sabar, tabah dan ujian Allah yang perit. Moga kita semua termasuk dalam golongan orang yang bertakhta Allah di hati, Amin Ya Rabbala'lamin.


"Aku boleh hidup tanpa kawan, tapi aku tak boleh hidup tanpa Allah"


p/s : Allahumma ballighna Ramadan.......


Monday, June 18, 2012

Mari bersama mereka :)

Dipetik dari ceramah Ustaz Azhar Idrus :)


"
Dalam segenap perkara kita perlu ingat 1 sahaja, iaitu kita perlu bersama Rasulullah S.A.W. Rasulullah tinggalkan kita para ulamak untuk pimpin kita.


Sebab di padang mahsyar nanti, tiada siapa yang dapat tolong kita nanti, melainkan Rasulullah.


Kita rebah di padang mahsyar, mak takkan tolong angkat. Isteri kita kena pijak orang di padang mahsyar, kita takkan tolong. Ayah kita kena sepak orang di padang mahsyar, kita takkan tolong.
Pada hari kiamat nanti, saudara akan lari daripada saudaranya sendiri.


Yang akan tolong kita cuma seorang, dialah yang sebut "Ummati, Ummati, Ummati".


Jadi,pastikan hidup kita yang baki ini, tolong Rasulullah,tolong agama Allah, tolong para ulamak. 


Golongan yang sesat dan zalim, jangan kita bersama mereka, tapi jangan tinggalkan mereka. Terus beri teguran dan nasihat, mudah-mudahan Allah buka hati mereka, pemimpin dan rakyat yang masih dalam kejahilan, untuk kenal apa tujuan Allah ciptakan kita di muka bumi ini.


"

Tuesday, February 28, 2012

Semuanya baik-baik belaka....

Assalamualaikum.....

Pos pertama untuk tahun ini. :)

Just utk update berita terbaru setakat ini :

1)Sudah mengharungi beberapa jyuken (entrance exam) ini, n alhamdulillah setakat ini lepas semua, atau dalam istilah jepun "goukaku" (合格). Cuma sedang menunggu result utk Yokohama National University yg akan kluar 7 Mac ini.

Apa yang menarik jyuken ni ialah, setiap universiti di jepun ada exam mereka tersendiri, di mana kita perlu pass exam tersebut kalau nk masuk universiti berkenaan. Jadi, semakin tinggi ranking universiti yang anda ambil, makin susah dan tinggi level exam trsebut, dan lagi susah nk masuk. Biasanya for foreigner students, ada exam khas perlu diambil + interview, dan biasanya exam tersebut senang sikit dari exam utk students jepun.

2)Sudah menamatkan pengajian di Asia Bunka Kaikan (ABK). Setahun setengah, banyak yang saya belajar di sini, sejujurnya walaupun xbanyak dr segi amount of knowledge,especially for my study lpas msuk uni nti, tapi di sini saya belajar makna tabah,sabar, berdikari, inisiatif utk belajar sendiri tanpa guru dan banyak lagi. Saya tidak menyesal saya memilih jalan ini, sy berharap sy dapat kekal utk terus usaha yang terbaik utk masa datang, insyaAllah

3)Pass N1 JLPT (Japanese language profiency test)
Exam yg jd penentu level bahasa jepun kita, lagi2 bg saya yg ambil level tertinggi, N1. Pada mulanya, terasa sukar nk lepas exam ni, lagi2 dengar cerita rmai senior yg x lepas sebelum ni. Alhamdulilllah, berkat usaha sedikit lepas EJU tahun lepas, lepas jgk markah lulus, walaupun xtinggi mana pun. Dengan qualification ni, bolehlah kalau nk apply for arubaito (part-time job) or nanti bila terasa nk kerja kat jepun ke boleh masuk dalam CV.

4) Berita baik dari kawan2, keluarga
Dengar kawan-kawan dari KTJ (kumpulan teknikal Jepun), belajar sekali di Intec dulu semua lepas utk fly ke Jepun, Alhamdulillah. Dan juga kawan2 yg berjaya ke uni gempak2, sama ada petronas,jpa atau lain2, they worked hard for it, and they deserved it. :) Juga kelahiran anak buah perempuan yang baru, Hanis Khadijah juga mewarnikan suasana.

Alhamdulillah.

"Trials will come, and surely they will fade away"

Saya melihat post2 saya tahun lepas, banyak yg sedih,kecewa,bimbang,takut. Ketika itu, baru saya menyedari bahawa perjalanan yang sukar ini akan berakhir jua akhirnya, dengan syarat kita terus yakin,yakin dan yakin dengan Allah. InsyaAllah ditunjukkan jalan keluar.

"Ajaib sungguh orang yang beriman. Apabila menerima nikmat dia bersyukur, apabila ditimpa musibah dia bersabar. Baginya semua baik, baik-baik belaka"


Saya mahu jadi orang yang senyum ketika menerima nikmat, dan senyum ketika menerima musibah.


Percayalah, semuanya baik-baik belaka......

Friday, December 30, 2011

2011 - Di manakah aku? ; 2012 - Ke manakah aku?

Assalamualaikum....


2011 bakal berlabuh tirai, dan semestinya ramai orang mempersiapkan diri untuk masuk ke pintu 2012, yang terkandung 1001 rahsia, baik atau buruk, yang bakal terbuka beberapa jam lagi. Dalam masa yang singkat ini ramai juga yang mengambil kesempatan bermuhasabah diri tahun ini, dan berazam dengan beraneka azam untuk tahun depan. Bagus, jika anda salah seorang daripadanya. Kerana amalan muhasabah penting untuk menilai sejauh mana diri kita, "di mana diri kita?" sehingga 31 Disember 2011 ini.

Oh ya, pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada bapak saya =D istimewa tarikh 31 Disember ini.



Ok, berbalik pada tahun baru. Seperti anda semua, saya juga mempunyai azam untuk tahun depan, dan saya rasa azam ini praktikal dan tidak terlalu tinggi untuk dicapai. Tetapi andai tercapai, saya cukup berpuas hati dan bersyukur.

1) Kurangkan lagha, tambah ilmu

Mungkin tabiat saya yang suka online lama2, scroll facebook sampai bosan ataupun 'idle' dan tak tau nak buat apa. Ataupun buat perkara2 lagha lain seperti menonton video Youtube ataupun tidur. Kerana terasa sangat membazir masa, lebih baik masa itu diisi dengan benda lain, misal baca artikel iluvislam, baca buku, buat latihan math ataupun sekurang-kurangnya dengar radio IKIM (kat jepun pun boleh dengar pe). Bagi saya masa yang diisi tanpa ada sebarang manfaat ini sangat merugikan, benarlah pepatah "masa itu emas". Hilang masa, terasa kerugian amat.

2) Jadikan membaca sebagai hobi

Saya amat respect mereka yang menjadikan membaca sebagai hobi. Kerana amalan membaca menambah ilmu dan mematangkan fikiran. Mungkin ter'motivated' melihat orang2 jepun kat sini yang sanggup baca buku sambil berdiri dalam train mahupun di mana2. Tapi yela, saya rasa perlu jadikan membaca sebagai amalan diri, supaya sentiasa berfikir dan mematangkan diri.

3) Senyum

Part yang paling susah untuk saya yang susah senyum ni. Rupanya lebih mudah senyum berbanding bermasam muka. Xpercaya cuba senyum dan berkerut,mana lagi susah? Sebab ketika senyum, urat yang digunakan lebih sedikit berbanding ketika bermasam muka. Tu yang jadi senyum sebagai awet muda, tambah2 jadi sedekah. Jadi jom senyum ramai2 ! =D (senyum sorang2 pun xpe, asal senyum =p)


Jadi itu 3 azam ringkas saya tahun depan. Memang kalau ikut banyak yang saya ingin capai, tapi biarlah 3 azam ini lebih saya tumpukan kerana nampak mudah, tetapi susah nk buat. InsyaAllah.

Tahun 2011? Biarlah buku ditutup untuk kenangan dan pengajaran diri sendiri. InsyaAllah saya menerima segala yang saya hadapi tahun ini adalah terbaik buat diri saya.


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Surah Al-Baqarah 2: 216)"


よいお年お

Wednesday, December 21, 2011

I forgot

Salam....

Today I got EJU's results. Before taking the slip also, I thought the worst thing about it. Try to be mental-prepared for any outcomes. And setting my mind up for whatever appear as in the slip.


After opening the slip,




As it, not as expected. Not as been hoped. Not as a thing to be proud of.

I was disappointed.

1st, my japanese marks only a few marks from my aim. And it was effected by my low listening part marks. Since I starting japanese study, I was no good in listening and it was been my biggest fear in learning japanese. Half of EJU's marks was listening and it was really scary. And that's it,at last it was the enemy.

2nd, I was not surprised for my physics and math marks, but for chemistry, oh. I was really aiming to get high marks for this subject and again, it disappointed me. Total marks for science and math were not high, and fading my hope to apply for national university here. (imagine how hard to enter national university here). I don't know whether should I continue my plan to apply that uni, this marks really sickening.

3rd, of course, environment. You might know how it feels looking your friends smiling around, screaming for good results and made cool faces and just said, "I've done, how yours?" Or someone else are keep complaining their marks, "Why this, I should get higher!". Glancing at their slip, I felt want to punch them together with dumbells I just bought. (dapat markah tinggi tu nk complain pe lg?)


But, (please forget what I told above)

I forgot,

I complained about my unsatisfied results, but there were somebody who got worse.

I am not satisfied with this, but it was better than previous.

I'm talking about my bad listening, but there are somebody who cannot listen and hear at all.

I'm just passed the average marks, but there are someone who didn't pass even one.

I'm just not get good results, but there were someone who struggled more than me just to pass it.

I'm hoping for better ones, but I forgot what I got is the best from Allah.

I felt want to disappoint, but I forgot I should be grateful as there are somebody who more unfortunate out there.


So, it was the best from Allah. Alhamdulillah.


Ya Allah, please forgive me. Let me be one of your grateful slave. Amin.



p/s : thanks for who supported me throughout the times and made du'a. I'm sorry I cannot be the good example. May Allah bless all of you. Amin.

Friday, November 25, 2011

Hijrah

Assalamualaikum, salam maal hijrah buat semua.

InsyaAllah, saya sedang memikirkan untuk berhijrah blog, untuk post yang lebih Islamik, bercoretkan pengalaman dan ilmu seadanya sepanjang hidup ini, (mungkin lebih matang, terserah pada anda untuk menilai bagaimana =)). Terima kasih bagi sesiapa yang baca blog ini, baik follower mahupun tidak, dan harap post2 sebelum ini ada yang memberi manfaat (walaupun ada yang lebih berbaur emosi). Saya masih belajar, dan akan sentiasa belajar, dan apabila belajar dari kesilapan, kita akan lebih matang. Dan itu adalah sunnah.

Doakan kita semua. Amin Ya Rabbala'lamin.