Sunday, February 20, 2011

Satu perjuangan...

Assalamualaikum....

Semalam saya menduduki mock EJU test di Kayabacho, Tokyo. Walaupun sekadar mock test, tetapi format dan bentuk soalannya sama dengan EJU, cuma bezanya jawab soalan pakai komputer, kalau EJU sebenar guna test paper macam exam biasa tu. Lagipun, test Nihongo cuma ada 3 bahagian, Dokkai(comprehension), Chokai(Listening) dan Chodokkai(Listening while reading) sahaja, takde Kijutsumondai(soalan pendapat) yang kena tulis karangan pendek tu. Selepas itu ada test Mathemathics Course 1(untuk Arts students). Masa menjawab itu sama dengan jawab soalan EJU sebenar.

Terus terang saya kata, level Nihongo saya jauh lagi nak capai tahap untuk jawab soalan2 itu. Especially for Dokkai...masa 40 minit untuk jawab semua 17 soalan, dalam 17 soalan tu ada 6 or 7 soalan dgn artikel yang panjang, diikuti 2 soalan. Dengan masa yg singkat, kanji2 yang xtahu + artikel yang panjang gila...40 minit tu macam sekelip mata je. Soalan 1st dah kelip2 mata dah, try jawab dlam 2 minit tapi xtau betul x, bila dah smpai soalan 12 macam tu, masa tinggal 10 minit. Shouganai daa. Terpaksa gak tembak baki2 soalan tu. Nak tembak pun dah xsmgt sbb xsmpat baca pun. Bayangkan, dah buat latihan Dokkai sebelum test pn macam ni, kalau 1st time tgok soalan EJU masa test, apa nak jawab?

Tapi Alhamdulillah, for Chodokkai n Chokai, berkat prnah buat latihan sebelum ni, boleh lah jawab. Tapi betul x xtaula. Terasa gembira seketika lpas jawab part tu. Tapi bila keluar bilik, teringat pasal Dokkai tadi. Murung balik. Then solat asar kat luar bilik dan masuk balik utk jawab Math.

Tak taula nak cakap macam mana, berbekalkan ilmu Math SPM + secebis ilmu masa belajar Math kat Intec yang cukup asai (cetek), banyak soalan yang xleh jawab. Masa pun sama gak, bukan lama pun, tapi xdelah segelabah jawab Dokkai tadi. Soalan Math EJU bukannya macam soalan Math biasa2, direct tanya terus. Sebijak mana pun dalam Math kena fikir gak baru boleh jawab. Lama dah xsentuh math ni, jadi nak jawab tu pn slow. Tu baru Math Course 1, belum Math Course 2 lg, soalan math yang memg xapply dalam dunia realiti pun boleh keluar.

Baru lah saya tahu langit tinggi rendah. Kalau nak rasa terer Nihongo sekarang, kena fikir balik. Sekurang-kurangnya saya tau susahnya EJU itu bagaimana. Lepas itu, boleh plan dengan baik untuk menghadapi EJU sebenar bulan 6 nanti.

Inilah asam garam perjuangan pelajar yang ke Jepun. Sebab tu semalas mana pun student tu masa sekolah, tapi bila dah masuk program ke Jepun, nak xnk terpaksa jadi rajin jugak. Sebab tu dapat beza student yang belajar kat Malaysia n belajar di Jepun, bukan nak memperkecil atau nak bangga2, tapi just nk cakap inilah tekanan yang terpaksa dihadapi, kami kena bekerja keras berganda-ganda sebab bukan masalah bahasa je,lagi2 silibus study Jepun cukup tinggi, setaraf A-level atau mgkin lg tinggi yang perlu di-catchup dlam masa singkat. X hairanlah tgok budak2 Jepun busy memanjang...hehe

Korekara, saya nk ganbaru untuk Placement Test for D-course(preparation ke University) n juga presentation kelas 1 Mac nanti. Harap2 dapat masuk kelas D1 atau D2 bulan 4 nanti, kelas yang memang akan fokus untuk EJU, sekurang-kurangnya waktu luar kelas boleh fokus lebih kepada Math, Chemist n Physics.

Doakan kejayaan saya. Saya juga akan sentiasa mendoakan anda. Amin ya Rabbal Alamin....

Korede Ijou,

Wassalam.....

Friday, February 11, 2011

330

Assalamualaikum....

Baru sebentar tadi saya bersembang dengan senior saya sewaktu di SEMESTI dulu. Faiszul Azrin namanya, a.k.a. Jamal. Abang kepada Fitri Azmeer, rakan baik saya. Secara jujurnya, saya nampak banyak perubahan berbanding waktu sekolah dulu. Tak sangka dia lebih berminat dengan jemaah Islam, dengan kata lain berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti agama. Tambah-tambah dia akan berangkat ke Jepun bulan depan, InsyaAllah.

Masa bersembang itu, banyak juga perkara dibincangkan, seperti kehidupan di sini, bagaimana belajar dan yang paling penting, berkaitan EJU.

Mula-mula, bincang pasal format baru EJU tahun lepas, kemudian pasal teknik menjawab, dan yang tak tahan, dia cabar kouhai2 (junior) untuk mengatasi markah Nihongo dia dalam EJU, cabaran yang menjadi motivasi untuk saya dan para pelajar persediaan ke Jepun untuk lebih berusaha kuat untuk EJU ini. Jepun terkenal dengan prinsip 本人の努力次第 bermaksud "bergantung kepada usaha seseorang".

Namun, mengatasi markah? Ya, melebihi 330/400. Untuk pengetahuan, sistem pemarkahan untuk EJU (Bahasa Jepun) dinilai melalui 3 kertas ujian, 読解(Pemahaman, 25 soalan, 40 minit), 聴解/聴読解(Pendengaran,Pendengaran sambil membaca), 記述問題(Karangan pendek, 30 minit). Keseluruhannya 400 markah. Nampak mudah? Belum cuba belum tahu. Untuk mencapai markah 300 lebih bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan mustahil. Bagi saya jika berusaha diiringi dengan doa, InsyaAllah akan berjaya jua.

Walaupun sukar, namun saya anggap ini suatu motivasi untuk saya terus berusaha. Setelah berusaha, doa dan tawakal penting kerana kejayaan itu datang dari Allah. Dengan tawakal jua, rasa kecewa jika gagal akan hilang kerana segala pergantungan diletakkan kepada Allah.

Selagi masa masih ada, saya akan terus berusaha. Bersyukur kerana ditakdirkan belajar di negara yang masyarakatnya terdidik dengan sifat disiplin dan rajin. Secara tidak langsung, kita turut terlatih untuk bersifat sedemikian.

Doakan kejayaan kami. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Kepada Maba, この挑戦を受け取って、一生懸命頑張ろう!


"Alhamdulillah, aku harap kouhai2 aku bley dapat markah lagi bgs dalam eju"

Sunday, February 6, 2011

Engkau Calon Isteriku...

Assalamualaikum....

Sebelum meneruskan bicara ini, saya nak beritahu bahawa anak saudara saya yang ke-3, selamat dilahirkan pada hari rabu, 2 Februari lepas. Alhamdulillah =) walaupun tak berkesempatan melihat di hadapan mata sendiri, cukuplah dengan gambar2 yang dipostkan melalui facebook....

comelkan?

Melihatkan tajuk post kali ini yang agak 'panas' dan 'privacy' untuk dibaca, sengaja saya tulis untuk meluahkan perasaan dan pendapat saya tentang 'calon isteriku' yang rata-ratanya perihal yang tidak sewajarnya dikongsi, lebih-lebih lagi insan bergelar lelaki ini, yang terkenal dengan karekter egoistik dan pemendam perasaan, berbanding golongan hawa yang lebih cenderung untuk meluahkan perasaan mereka semahunya...

Bagi pembaca2 yang bergelar wanita, semestinya kata-kata ini ibarat suatu suntingan dari lelaki yang melamar untuk dijadikan isteri, dan alangkah indahnya kata-kata ini jika ia ditutur oleh insan yang dicintai dan disayanginya. Mereka akan terdiam, menunjukkan reaksi 'malu tapi mahu', sesuai dengan sifat mereka yang pemalu. Namun jika dituturkan oleh insan yang mereka benci, ataupun ringkasnya 'tidak berkenan', bagaimana hendak membalas kata-kata ini yang menjadi suatu bebanan bagi mereka. Ada yang straightforward reject, ada yang menggunakan kiasan(dengan harapan si penyunting faham), dan ada yang mendiamkan diri.

Bagi kaum Adam, seumur hidup tidak mengenal erti malu sekalipun, perkataan inilah yang paling segan untuk diucapkan. Lebih senang mengucapkan "I love u" or "saya sayang awak" berbanding "Sudikah engkau menjadi isteriku?". Kerana ucapan itu bukan sekadar kata-kata, tetapi hadir dengan kesudian si lelaki untuk memikul tanggungjawab berat sebagai pemimpin 4 golongan ; bakal isteri, anak, saudara perempuan dan ibu.

Mungkin bukan masanya untuk membicarakan hal ini, tetapi jika difikirkan, apa perkara2 besar yang akan anda alami dalam hidup? tentu jawapannya graduate dari universiti, karier pekerjaan dan perkahwinan. Oleh itu, isu pasangan hidup bukan suatu isu yang kecil, tambah ia melibatkan perasaan dan cabaran yang akan dihadapi seseorang sepanjang hidupnya.

Bagi mereka yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, isu ini mungkin diketepikan untuk memberikan tumpuan fokus kepada pelajaran dan kerjaya. Saya ingat lagi kata-kata bapak, "Belajar tinggi-tinggi nanti lagi senang dapat pilih calon isteri". Ada kebenarannya itu. Saya sering diperingatkan jangan bercinta sewaktu belajar. Dan saya akui kebaikannya itu. Mungkin dari segi budaya kita masyarakat Melayu, sering hanyut akibat bercinta. Tidak seperti pasangan cina yang bercinta, semakin bagus pula pencapaian akademik (menurut kata-kata Sensei Kamiliah)

Namun sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Itu lumrah alam. Kadang-kadang ada terfikir juga perihal pasangan hidup ini. Cuma bagaimana kita mengawal perasaan itu, terpulanglah kepada kita. Ada yang memilih untuk bercinta, berpasangan dan sebagainya, ada yang menanti masa, dan ada yang memilih untuk hidup seorang. Bergantung kepada individulah, kerana masing-masing sudah dewasa, sudah boleh berfikir sendiri mana baik dan buruk dan membuat keputusan sendiri.

Bila disebutkan calon-calon pasangan, secara tidak langsung sudah terbayang mereka yang disukai dan diidamkan, ataupun bagi yang sedang bercinta, sudah semestinya pasangannya itu. Tetapi bagaimana ciri-ciri calon itu? Perkara ini ada disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. :


“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Bila ditanya apakah ciri-ciri pasangan idaman? Jawapan yang biasa didengar ; Beriman, soleh, solehah, kaya, cun, cantik, handsome, bekerjaya tinggi, romantik, penyayang dan sebagainya....tapi adakah pernahkah kita terbayang pasangan kita bukanlah seperti yang diidam-idamkan? Di situlah ujian yang kita perlu terima. Jodoh ditentukan Allah. Suka atau tidak itu sudah ditakdirkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah mengapa kita dijodohkan dengan pasangan.
 
Bila kita melihat sepasang couple sedang bercinta, ramai yang bertepuk tangan. Janji-janji, akan ku renang lautan api dan ku tawan puncak cintamu (zaman retro punya skrip) cukup indah tatkala diucapkan. Ayat-ayat cinta menghanyutkan mereka di dunia ciptaan mereka sendiri. Namun tidakkan ia lebih indah jika diucapkan setelah bergelar suami isteri melalui ikatan yang sah? Di saat mereka terikat dengan ikatan tanggungjawab yang diselubungi kasih sayang, bukankah ia lebih bermakna?
 
Di situlah kita dapat lihat, saya bukan tujukan kepada sesiapa, tetapi untuk renungan kita semua. Sepasang kekasih tanpa ikatan, tidakkah mereka cenderung untuk berpura-pura, menyembunyikan segala keburukan yang mereka ada, semuanya indah belaka. Tetapi selepas melangkah alam perkahwinan, semuanya pudar. Mana lelaki idaman aku dahulu? Hubungan suami isteri makin pudar, dek tidak mampu menerima kekurangan pasangan.
 
Bagi saya, saya tertarik dengan cara menikah secara taa'ruf, di mana pasangan berkenalan dalam sesuatu sesi perjumpaan antara dua keluarga seterusnya menikah, meskipun masing-masing tidak mengenali satu sama lain. Kerana setelah menikah, suami isteri baru mahu mengenali pasangan masing-masing dan secara tidak langsung, hubungan mereka semakin erat diiringi tanggungjawab yang dipikul. Oleh sebab itu, kita dapat lihat bagaimana nenek moyang kita berkahwin dengan cara itu dahulu, sedangkan mereka tidak kenal langsung siapa yang meminang mereka itu. Namun, hubungan mereka erat sehingga mencecah usia tua.
 
Namun, ada yang mengatakan cara itu tidak realistik untuk zaman moden. Kata mereka takkan orang yang tak kenal langsung kita hendak kahwin. Tetapi mana satu cara yang lebih baik? Fikirkan....
 
Saya percaya bercinta selepas berkahwin lebih indah dan bermakna. Kerana di saat diijabkabul, tiada lagi halangan untuk berdamping dengan pasangan. Si dia itu sudah menjadi millikku, semua sudah tahu. Tambah dengan berkat mengikut sunnah Rasulullah, pahala yang besar bagi mereka yang menikah. Disatukan mengikut syariat, sudah semestinya keberkatan mengiringi ikatan pernikahan.
 
Tetapi, adakah cukup dengan lafaz nikah? Tidak. Tujuan bernikah itu lebih utama. Mencari keredaan Allah. Alangkah bahagianya jika masing-masing bersatu atas tujuan yang satu, mencari keredaan Allah. Tatkala pagi, masing-masing saling ingat mengingati untuk menunaikan tanggungjawab solat subuh, kemudian bekerja mencari nafkah, menyara kehidupan keluarga, semuanya untuk mencari keredaan Allah. Masing-masing tahu kelemahan diri dan sentiasa menerima seadanya, bukannya itu kunci kebahagiaan?
 
 
Happy family...
 
Bagi saya, cukuplah bagi pasangan itu seorang yang beragama. Mampu memelihara maruah diri dan keluarga, serta rela setia bersama waktu senang atau susah. Sedia menerima kekurangan diri ini walaupun sukar untuk diterima. Diri ini bukannya sempurna, tetapi hamba yang sepenuhnya dimiliki Allah yang maha penyayang.
 
 
Ku berdoa hidup ini akan lebih bermakna denganmu, wahai si dia....(masih tidak diketahui)
 
Amin Ya Rabbal A'lamin.......
 

Sunday, January 30, 2011

A Quote



Don't Be Afraid of Being Compared,
Being Proud of where you are,
And Improve from where you are....
Positive Thinking. Don't give up.....

If you afraid to face today, how could you live for tomorrow?

Wednesday, December 29, 2010

WG 2010....

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama, barulah ni post yg berkaitan dgn pengalaman...sbelum ni banyak yang xde kaitan pasal experience kat Nihon....hehe

Bermula cuti 23 haribulan, malam 23 disember event Malaysian Night anjuran MSAJ (Malaysians' Student Association in Japan) diadakan di Tokyo. Ada macam2 persembahan kebudayaan melayu, cina n india oleh student Malaysia di Jepun n bbrapa aktivti trmasuk jamuan. Apa lagi, makanlah sbanyak mungkin....hehe

Tp post ni bukanlh Malaysian Night jd mainpoint, tp program WG 2010...Winter Gathering IPIJ 2010 yg diadakan di Fukushima-Ken yg trletak jauh juga dr Tokyo

Memang mula2 rasa macam berat nak pergi...sbab program 4 hari 3 malam....jauh pulak tuh...transport mahal lak...tp bila fikirkan...inilah masa yang ada untuk rehatkan minda...lg2 program agama macam ni susah nk cari di Jepun...jd apa salahnya berkorban sedikit wang dan masa untuk mghadiri program ni....

25/12/2010

Hari ini Nihonjin kebanyakannya sambut Hari Krismas. Ada yang g makan, ada yg g jalan2 dan sbagainya. My batchmates Ruiz,Han Yuan n Thaneer g trip organised by ABK's volunteers ke Kamakura (lbih kurang sejam naik densha). Saya pulak tersengguk2 packing barang utk ke Fukushima (tidur lambat smlmnya)....dh siap packing barang...check smuanya....kmudian dpat message dr Muzakir, wakil IPIJ dr Nagoya beritahu dh smpai Shin-Okubo...saya pun bergerak naik densha pergi ke Shin-Okubo...

Smpai di gerai makan Thai di Shin-Okubo...jumpa group dr Nagoya...Muzakir, Ariff n Abg Lan...dgn akhawat 4 org (xknal nama)...makan tghari pastu solat kat masjid atas gerai makan tuh...n then lbih kurang pkul 2 naik densha prgi ke eki Ikebukuro...kmudian norikae (change train) ke Omiya lbih kurang 45-sejam prjalanan...lpas tuh beli tiket shinkansen (bullet train)....kecewa sikit sbb xdapat potongan harga tiket utk pelajar...trpaksa bayar 14,000 yen...kalau potong jimat 20%...byak tuh....

Pastu tggu shinkansen lbih kurang setengah jam...kagum gk dgan shinkansen nih....tren yang guna trek pling laju di dunia....walaupun mggunakan roda rim tapi teknologi canggih jepun tren ni boleh brgrak slaju 300-400 km/h....klau shinkansen lalu sblah kita dgn klajuan maksimum....bygkan kuatnya bunyi yg dpt didengar...tp bila dlam tren xrasa ape2....kalau duk tepi tingkap dapat lah rasa lajunya tren nih...=D

Shinkansen

Smpai di Fukushima stgah jam kemudian....dr luar dh nampak salji...rasa excited skali sbb 1st time dlm hidup tgok salji live...tp control2...haha tgkap2 gmbar salji....

trek densha yg dipenuhi salji

rasa excited tu tiba2 brtukar lak....densha trsangkut sbb salji yg tbal sgt...jd trpaksa tggu lbih sejam densha dtg...mkin lama tggu makin ramai org dtg...dtg je densha trkejut gk....hbis densha penuh dgn salji...mmbeku bhagian dpan...mana x sgkutnye...pstu masuk densha brhimpit2 smpai xbleh nafas...sbijik mcm sardin dlm densha...brdri lama2 sejam lbih bru smpai eki...tgok2 eki penuh dgn salji akibat ribut....


keadaan eki n densha

pstu tggu teksi lak utk ke destinasi program...tgok luar ribut mmg dhsyat la....dpat naik teksi last kali...tgok skliling salji dh tebal2 brtimbun kt rumah2, kdai2 n jalan2...kmudian lbih kurang 200 meter dr destinasi teksi dh xdpat nk gerak...sbb salji tebal sgt..so trpaksa drop kt situ n brjalan ke bgunan...wah, 1st time mredah ribut salji....mula2 mmg la rasa best...pstu bile salji tu dh cair hbis basah smua...haha

ribut salji

pastu lepas masuk bangunan, jumpa dgan pengarah program...bawak pergi makan malam...banyak la makannya...haha...yg sdihnya rmai yg dtg sni dgn kereta sangkut tgh jalan...mmg menduga imanlah sapa yg naik kereta tuh....sbb ribut yg kuat....yg dr Gifu, Shizuoka n Toyama smuannya sngkut tgh jalan....

kmudian ada briefing dr pengarah program n penjaga bangunan tuh....then masuk bilik n rehat...wah, mmg japanese style la bilik nih...tidur bkn atas katil, tapi atas bbrpa lapisan kain n tilam yg brnama "Futon" (tmpat doraemon n Nobita tidur tuh)....n sistem kt tmpat ni canggih gk....klau lampu tu pkai sensor je...jd xpyh sush payah cari suis nk bukak tutup lampu...lalu je trus trbukak lampu...hehe

My futon!

26/12/2010

Bangun n solat jemaah macam biasa...program hari ni berjalan dgn lancarlah...pagi2 bkumpul di Hall..(macam sekolah je kumpul pagi2)...then pasang lagu kebangsaan Jepun smbil naik bendera (cm zaman penjajah lak)....kebetulan selain group kami, ada group pelajar sekolah dtg nk main ski....jd slpas lagu...ada jikoshoukai dantai no daihyou (introduction speech dr wakil group) trangkan dr mana dtg n apa tujuan dtg...

group student sekolah

kemudian sarapan pagi....then pkul 9.00 brmula ceramah dr Ustaz Zaharudin Muhamad yg djmput khas dr Malaysia brtajuk Ghazwatul Fikr (serangan pemikiran)...banyak gak point brguna tntg isu serangan pemikiran trhadap umat Islam masa kini tp xdpat dikongsi skarang....insyaAllah saya akan post pada masa akan dtg =D

Kemudian makan tengahari n smbung balik ceramah....habis ceramah ada aktiviti riadah pkul 3.30 ptg...igt ada match baling2 salji tp xjd disbabkan salji trlalu dalam...last2..."berenang" lah kmi dalam salji smpai hujung tiang...dh xde keje lain,..hehe

mari mnggali!

peserta2 dgn ustaz

baring2!

one of best moment here!

Kemudian balik n makan malam...solat jamak kmudian ada aktiviti LDK...bincang tntg bbrapa isu yg utama dlm masyarakat islam...yg mnarik prhatian saya dlm sesi ni adalah istilah hikikomori (xtau eja btul x)...satu gejala satu golongan yg mmisahkan khidupannya dr dunia luar...kbanyakannya adalah anti-sosial, ada yg kecewa sbb hilang kerja, putus cinta n then ambil kputusan utk mmutuskan khidupannya dgn dunia luar...gejala ni mkin serius di Jepun n tkut2 boleh merebak kpd masyakart Islam

slpas tmat LDK...pertama kali mandi ofuro (tmpat mandi khas air panas)....bg yg xtau...ofuro adalah sprti kolam air panas yg airnya dipanaskn shingga satu suhu yg ssuai utk badan...bila masuk je...wah..best gila...xtau ckp cmne...haha cuma kteorg pkailah pakaian sopan masa msuk ofuro tu...kbiasaan org Jepun just bogel je dlm ofuro...

27/12/2010

Pagi ni macam biasa aktiviti, smbung ceramah mmbincangkan bgaimana nak tangani isu serangan pemikiran tuh...n langkah2 yg perlu diambil...trmasuk mmbtulkan mindset, cara brfikir supaya selari dengan tuntutan Al-Quran n Hadis...x trikut2 dgn fahaman yg sesat n mgelirukan...

kmudian petang wktu riadah ada match prsahabatn volleyball...main just for fun...lama xmain bnda ni...haha



malam ada  LDK tntg bahaya media massa dlm mmbntuk pemikiran penonton....n skali lg...mandi ofuro slpas tmat LDK...hehe

28/12/2010

Hari trakhir di tempat ni...mula2 cm biasa brkumpul di Hall...kmudian kmas bilk utk pulang...brkumpul di bilik utk sesi muhasabah diri...beri komen tntg program kali ni...last sesi bergambar....bertolak ke eki lbih kurang pkul 1.30...naik densha ke eki inawashiro sblm menaiki shinkansen pulang ke tokyo brsama Abang Lan, Ariff n akhwat dari Nagoya....smpai ke rumah lbih kurang pkul 5 ptg...


Pendek cerita mmg amat bermkna program ni...sbb bkan shja dpat mrasa brmcam2 benda tp yg pling penting ilmu agama yg cukup brharga dpat diperolehi utk bekalan hidup...bila difikirkan kembali, apabila kita meletakkan agama di tempat tertinggi, scara tidak langsung nikmat dunia lain akn dtg sdri...dgn syarat niat prlu ikhlas kerana Allah....bersyukur dgn pengalaman yg Allah kurniakan...dunia ini luas, jd berjalanlah untuk lebih mgetahui hebatnya kuasa Allah Taala....bab kata pepatah, banyak berjalan luas pemandaingan.....


bersama ustaz Zaharudin

Di samping itu, dapat jugak jumpa sepupu yg lama dh xjumpa...Abg Bai stlah skian lama....=D

Korede...Ijou

Wassalam~~


p/s : Tahniah Malaysia menang Suzuki Cup!




Tuesday, December 21, 2010

Indahnya hidup ini....

Assalamualaikum.....

Konbanwa~~~

Tgok balik post2 yg ditulis sbelum ni....smua pasal akademik....pasal kena blajar tu la ni la...pastu academic achievement lg...xabs2 belajar (ayat org yg malas belajar)....hari ni nk ubah sket topik...sebab dunia dikuasai bukan sbb dapat 4 flat, duduk berjam-jam study mahupun dpat straigt A mhupun score tggi2....

"I failed some of subjects but my friend passed them all. Now he is an engineer in Microsoft and I'm the owner of Microsoft"
-Bill Gates

Kalau kita tgok bgaimana org hebat2 kat dunia, mahupun saintis terkenal di dunia, kbanyakannya tidaklah jd best student kat U, score tggi2 stiap exam n dapat dekan spnjang masa, malah ada yg gagal exam, xpass, n ada yg kene dibuang kolej n dicop plajar brmasalah...

Contoh macam Bill Gates, dia smpai failed exam n kluar u sbb x performed....saintis genius, Albert Einstein gagal entrance university n slalu dicop student brmasalah sbb xsiapkan homework etc (adake saintis cmtu nk pkir pasal hw?) dan bnyk la lg contoh2...tp....lihat....skrg Bill Gates ialah antara org trkaya di dunia...dan Albert Einstein tokoh saintis trkemuka....jd adakah dgn mnjadi org2 hebat sebegini wajib dapat 4 flat or dekan semata2?semestinya tidak.....

itulah hidup....

jgn trkejut klau masa kecik2 kita ada kawan yg slalu kne buli, kurang cemerlang n sbgainye...skrg dia lg kaya n lg brjaya dr kita...

jgn trkejut kalau tgok org2 yg mmg klau tgok xde harapan nk brjaya jd jauh lg hebat pd masa akan dtg...

tau x raja pidato zaman greek (x igt nme), mrupakan seorng yg gagap pd asalnye....smpai klau nk bpidato dia sggup sumbat ssuatu dlm mulut supaya x nmpk gagap...tp akhirnye dia jd lg hebat dr org yg mmg ada bakat brpidato asalnye...

sy tringat kawan2 sy kat semesti dlu.....yg prnah sy ajar add math, jd mentee , ajar mcm2 dgn sush payahnye....sy trfikir betapa mereka akn brjaya lbih dr sy...wlaupun dlu mereka lah yg sy truk2 ajar...

itulah hidup...sangat kompleks....

sy nk brkongsi sbuah crta yg brtajuk "3 idiots" (promote nih) n maybe ada yg dh tgok...crita tu mgisahkan 3 org kawan baik brnama Farhan, Raju, n Rancho (xtau ni btul x nmenye...dh lupa,,,hehe)....dorg blajar di kolej engineering yg sme n kbtulan tinggal satu bilik. Rancho ialah seorang genius n mpunyai minat mndalam dlm engineering smntara Farhan n Raju slalu failed n dpat tmpat trcorot...di kolej tu smmgnye praturan sgt strict...n kbanyakan student trpaksa repeat sbb pointer yg trlalu tggi... tmbah pengetua kolej yg dikenali nme Virus yg xde prasaan belas ksihan...n disebabkan tu, ada student yg smpai bunuh diri.....

Apabila Rancho lihat dgn matanye sdri org yg bunuh dri tu...akibat tekanan prasaan yg brlebihan...dia mrasakan tu bukan kes bunuh diri, tp kes bunuh oleh Virus yg xde belas kasihan...."belajar bukan utk dipressure...klau belajar dgn pressure, tu bukan mnambah ilmu, tp mnambah pressure"....

dipendekkan crita...Farhan n raju pulak slalu tension dgn rslt yg truk...n brtanya kpada Virus dlm satu sesi...kalau dpat no last confirm xkn xdpat krja ke?kmudian Virus dgn sinisnya mgutuk dua org tuh...n jamin dorg xkn dpat kerja....tp Rancho dgn yakinnya jamin rakan baiknye tu akan dpat kerja gk....

Dan mmg padanlah dgn nme 3 idiots, dorg lah yg slalu wat hal dgn pengetua tuh...tp di situ jelas mesejnye...sistem brasaskan kejayaan akademik smata2 prlu diubah....student prlu diberi ruang oleh ibu bapa n lecturer utk mprbaiki diri...meneruskan karier yg mereka minat...bukan mmaksa mereka mgikut apa yg ibu bapa mahukan....

nk ending2 tu agk touchingla gk (tp xde smpai mnangis)...Farhan yg minat bidang photography brterus terang dgn parents yg dy xnk jd engineer...wlaupun tu hasrat mereka dr dlu lg....Raju pulak wktu interview kerja bercerita sepenuh hatinya bgaimana dia slalu dpat reslt truk...n brkata dia xkisah kalau xdpat krja pun...jnji dia berani brdepan situasi tu...wktu tgok trasa sgtlah mndalam mesej cerita tuh....

sng kata...indahnya hidup klau kita fikirkan ia indah...dlam cerita itu apa yg nk cuba disampaikan, buatlah ssuatu yg mggmbirakan dlm hidup kita....dgn sndrinya kejayaan akn dtg....engineer yg hebat bknlah disebabkan dia tahu sgala-galanya, tapi sbb dia mmpunyai minat n komitmen dlm krja dia...smalah dgn karier lain....minat mndahului sglanye....

tp sbgai seorang muslim, semestinya agama itu mgatasi segala-galanya...Allah itu adil,n bagi-Nya semua manusia, stggi2 n serendah2nya, adalah sama....n Allah sgt mnyayangi hamba-Nya yg sabar. Kadangkala apa yg kita nak bukan semua yg dpat....kadang2 failed exam...kdg2 khilangan satu brharga...kdg2 sgt kecewa....tp di sebalik musibah tu trsirat mesej, "Allah mahu mnguji hamba-Nya...Allah uji sebegini sbb mahu kita trus brusaha dlam hidup...jgn brputus asa dengan rahmat-Nya"

dan apabila mengadu kepada-Nya sebarang masalah, datang ketenangan. n dtg penyelesaian...mgkin bukan shari dua...mgkin brtahun lamanya....jd smakin sabar seorang hamba tu, apakah Allah tidak akan mmbantunya?

itulah hidup....hidup itu indah jika brlandaskan Islam, mndahulukan Allah mlbihi sgala-galanya...krana ktika menerima musibah mahupun nikmat, sedar bhawa smua tu bukan milik kita....hanya pinjaman semata...dr situ hilanglah sifat tamak,dengki, dan sifat2 buruk2 yg lain....krana itu wajiblah meletakkan agama di atas segala-galanya...dan insyaAllah kejayaan akn mgiringi, selagi mana kita terus yakin dan berusaha.....Amin~

Friday, December 17, 2010

Kawan2....おめでとうございます!(Tahniah!)

Assalamualaikum.....

Tahniah!
Congratulations!
おめでとうございます!

Rakan2 yg brjaya......

4 flat kat matrik, pasum....you're the best!

Rasa bangga sbagai rakan batch....alangkah bestnya kalau aku ada kt situ n mgucapkan tahniah directly....

Rakanmu disini masih berjuang.....alangkah indahnya dapat berjaya sama-sama....

Bukan rakan batch je....smua rakan2 yg ku sayangi...semoga terus berjaya dalam pelajaran, n seterusnya dalam karier masing2....

一緒に自信を持っていて、一緒に頑張るぞ!

"Bersama-sama dengan keyakinan, berjuang habis-habisan"


Doakan kejayaan kita sama-sama.....Amin InsyaAllah



Bestnya dapat 合格 macam ni.....