Friday, November 25, 2011

Hijrah

Assalamualaikum, salam maal hijrah buat semua.

InsyaAllah, saya sedang memikirkan untuk berhijrah blog, untuk post yang lebih Islamik, bercoretkan pengalaman dan ilmu seadanya sepanjang hidup ini, (mungkin lebih matang, terserah pada anda untuk menilai bagaimana =)). Terima kasih bagi sesiapa yang baca blog ini, baik follower mahupun tidak, dan harap post2 sebelum ini ada yang memberi manfaat (walaupun ada yang lebih berbaur emosi). Saya masih belajar, dan akan sentiasa belajar, dan apabila belajar dari kesilapan, kita akan lebih matang. Dan itu adalah sunnah.

Doakan kita semua. Amin Ya Rabbala'lamin.

Saturday, November 5, 2011

Eid Adha



Pertama kali beraya bukan dalam kelas, kebetulan hari raya jatuh hari ahad. Sebelum ni, dua kali solat raya di kolej, berjemaah dalam beberapa orang dan bertakbir, kemudian masuk kelas dan belajar macam biasa.

Hari Raya Korban di sisi Islam umumnya lebih besar daripada Hari Raya Idulfitri. Masakan takbir raya puasa hanya terhad sehingga pagi solat raya, sedangkan waktu raya korban kita dituntut bertakbir sehingga hari akhir Tasyrik (13 Zulhijjah). Tapi budaya masyarakat Melayu yang lebih membesarkan raya puasa, sedangkan kita sepatutnya lebih meraikan sebulan puasa Ramadan yang jauh lebih berkat sebelum hari raya tersebut.

Bercerita tentang Hari raya korban, suka saya kaitkan dengan nilai yang diajar dalam Islam, dalam Al-Quran mahupun Hadis, iaitu pengorbanan.

Disebutkan kisah dalam sesuatu peperangan antara Muslim and Kafirin (maaf, saya tidak ingat nama watak sebenar), ketika seorang sahabat A tercedera parah dan memerlukan air, lantas seorang sahabat lain membawa sebuah bekas air dan memberikan kepada A. Belum pun minum air itu, terdengar sahabat B menjerit meminta air.

"Tolong berikan aku air!"

Kerana sifat belas kasihannya pada sahabat B, lantas berkata kepada sahabat yang membawa bekas tersebut.

"Berikan padanya air"

Lalu sahabat tersebut membawa air kepada B. Belum pun sempat minum, terdengar seorang sahabat C menjerit meminta air.

Lalu, B berkata, "Berikan padanya air, dia lebih memerlukan"

Dengan segeranya sahabat tadi membawa air kepada C. Tapi malangnya, ketika sampai pada C, C telah pun syahid.

Kemudian berpatah balik kepada B, pun telah syahid. Seterusnya ke A, juga gugur syahid.


Gugur syahid berkorban demi sahabat.


Jadi, dalam hidup ini, untuk mengejar dunia juga perlu pengorbanan, mengejar akhirat pun perlukannya, mengejar kedua-duanya pun memerlukannya. Namun, kata seorang wali Allah, Rabiatul Adawiyah ;

"Mengejar dunia, dunia akan berlari lebih laju. Mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita."


Sama-sama ambil manfaat, Wallahua'lam.


Selamat Hari Raya Idiladha