Saturday, August 20, 2011

Rendah diri


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Sehebat mana pun aku di dunia ini, tetap kecil lagi disisi Allah SWT

Selamat Mencari Lailatulqadar =)

Wednesday, August 17, 2011

Mencari Hikmah

Alhamdulillah, ketika menaip post ni, baru sahaja selesai solat subuh berjemaah dan register untuk exam TOEFL.

Dan baru tadi saya belajar 1 perkara :

Seperti ayat 5-6 surah Al-Insyirah ;

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Dan kadang2 kemudahan yang Allah berikan pada akhirnya, jauh lebih indah dari yang kita harapkan pada awalnya.

Seperti kisah yang baru saya alami ini.........


Pada hari Isnin lepas, ketika saya buat keputusan untuk resit exam TOEFL walaupun saya sudahpun ambil ujian tersebut, atas sebab2 tertentu. Sewaktu buka website tersebut, saya melihat pilihan2 masa dan tempat, sebaik-baiknya biarlah seawal mungkin dan dekat dgn tempat tinggal saya. Pada ketika itu,

Tarikh 21 Ogos (Ahad), tempat Shinjuku

Itu adalah pilihan yang terbaik ketika itu antara 3 pilihan yang ada. Dan ketika register, saya meminjam kad kredit rakan saya, Ruiz untuk proses payment. Tapi,

"Kad kredit ni dah locked. Ambil masa sehari nak unlock. "

Sedikit kecewa pada ketika itu. Sebab kalau tidak register secepat mungkin, kemungkinan peluang masa dan tempat yang kita nk ambil exam tu hilang begitu sahaja.

Xpe, try esok.

Hari selasa. Ketika selesai solat tarawih, saya cuba sekali lagi buka website. Alhamdulillah,peluang untuk ambil exam pada tarikh sama (21 Ogos) masa ada, cuma di tempat yang agak jauh, iaitu di Yokohama (ambil masa sejam dari rumah).

Sebab merasakan yang peluang untuk ambil exam pada tarikh tersebut makin tipis, jadi saya usaha sebaik mungkin mencari kad kredit malam tu. Bermacam2 orang saya contact, malangnya tiada sorang pun yang dapat tolong. Walaupun ada yang mempunyai kad kredit, tapi

"Alamak, yang ni kena renew balik ni, sorry2"

Masalah tu masih tidak selesai. Ketika itu, hati saya terdetik,

"MasyaAllah, agaknya apalah Allah nak beri sebenarnya? Apalah hikmah semua ini? "

Dalam hati saya, walaupun sedikit kecewa, saya cuba untuk memahami keadaan itu. Mengapa Allah sengaja menyusahkan ketika kita cuba berusaha sesuatu?

Syukur kerana pada ketika itu, dalam hati saya ada keyakinan yang Allah akan beri juga kesenangan pada akhirnya. Itu hanya ujian Iman, dan orang yang berbaik sangka terhadap Allah akan dapat tahu hikmah pada akhirnya.

Sehingga malam tadi, saya cuba buka website balik, dan masyaAllah, lebih banyak pilihan tempat pada tarikh sama (21 Ogos) berbanding semalam. Pada ketika tu,

Tarikh 21 Ogos (Ahad), tempat Shinjuku

Pilihan terbaik. Tapi, still tiada kad kredit. Jadi tak boleh buat apa2. Xpelah, esok hari last nak register (sebab nk ambil exam TOEFL mesti register sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari exam).

Jadi, setelah bangun sahur sebentar tadi, saya dapat mesej dari Ruiz.

"Kad kredit dah unlock. Kalau nk register for now, i'll wait until 4 o'clock"

Memandangkan subuh pada pukul 3.30 pagi, ketika itu saya dapat rasakan tu peluang terbaik untuk...

"Ok, after solat subuh boleh register kot. Boleh jugak solat subuh jemaah sama2 sebelum tu..."

MasyaAllah, sebentar tadi dapat juga solat subuh berjemaah, setelah sekian lama xdapat peluang tu. Tambah di bulan Ramadan yang barakah ini. Walaupun solat subuh berjemaah tiada banyak untungnya di sisi manusia, tapi di sisi Allah tidak ternilai harganya. Dalam hati ini rasa bersyukur sangat.

Dapat register TOEFL pada waktu terdekat, tempat yang paling dekat dan pada sama dapat solat subuh berjemaah. MasyaAllah, hebatnya aturan Allah.

Kerana itu, moga2 pengalaman kecil ini dapat jadi pengajaran kepada semua, untuk kita terus bersangka baik terhadap Allah dalam apa jua keadaan, dan mencari hikmah dalam kesusahan yang kita alami, kerana di sebaliknya ada tersembunyi kemanisan yang tidak ternilai harganya.

Wallahualam =)


Wednesday, August 10, 2011

Kepada siapa?

Sugul. Sedih. Tersangat sedih.

Hati nabi tersangat sedih apabila dakwah nabi tidak diterima di oleh puak Quraisy. Puak yang berpusat di Mekah itu menolak mentah-mentah ajaran yg mentauhidkan Allah Taala. Dirasakan satu kelompok manusia tidak mahu menerima ajaran Islam yg dibawa junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam.

Lalu nabi tergerak hati untuk mula mencari tempat lain untuk menyampaikan dakwah mulia ini. Mungkin mereka di tempat lain menerima ajaran Islam yang benar dan suci ini.

Dengan harapan menggunung, Nabi berhijrah ke Taif.

Dalam hati, mungkin penduduk Taif akan menerima ajaran mulia ini. Kaki melangkah dan melangkah menuju ke Taif bersama salah seorang sahabat bernama Zaid bin Harithah.

Tiba di Taif, dengan seribu harapan Nabi menyampaikan dakwah, tetapi.............


Sama sahaja.


Penduduk Taif juga tidak menerima Nabi. Nabi terlalu sedih kerana tidak langsung diberikan ruang selain terpaksa melangkah pulang dengan tangan kosong.


Bukan itu sahaja,

Sewaktu perjalanan pulang, puak2 lemah kaum bani Taif berdiri di tepi jalan, membaling batu, mencederakan Nabi. Sehinggakan Zaid terpaksa menjadi benteng manusia mempertahankan Nabi. Sehingga satu riwayat mengatakan ada sahabat bertanya, "Berapa kali batu yg terkena di kepala engkau wahai Zaid?"

"Aku pun tak tahu berapa kali batu yang kena kepala aku."jawab Zaid.

Mereka melangkah pulang. Hati yang sedih menjadi lagi sedih.

Menyampaikan seruan Allah bukan satu kerja yang mudah.

Dalam keadaan terluka hatinya, Nabi pulang dan singgah sebentar di kebun Utbah bin Syaibah, anak kepada Rabiah.

Di bawah pohon anggur, dalam keadaan berdarah, Nabi memohon doa yang cukup masyhur. Nabi berdoa kepada Allah memohon terus kepada Allah.

"Ya Allah, aku mengadu kepada Engkau Ya Allah, kelemahan diriku"

Nabi dah tak terdaya nak berhadapan dengan manusia yang pelbagai karenah. Macam-macam karenah. Mereka tidak sekali-kali mahu menerima ajaran Nabi.

"Ya Allah, Engkau Tuhan kepada kaum yang lemah, kepada siapa akan Engkau serah diri ini? Kepada golongan yang datang bermasam muka kepadaku, ataupun golongan yang memiliki urusan hidupku? Sekiranya perkara ini tidak mendatangkan kemurkaan dari-Mu, aku tidak kisah apa yang berlaku"

.......................................................................................................

Nabi berhubung secara langsung kepada Allah. Akidahnya amat jelas, teguh dan langsung kepada Allah. Dia tidak mengadu kesusahannya kepada manusia.

"Apa guna kita mengadu kesusahan kepada manusia yang tidak mampu buat apa-apa kepada kita"

Kita tidak memerlukan manusia yang tidak boleh buat apa-apa kepada kita.

Andai kita memerlukan bantuan manusia, dahuluilah dengan memohon kepada Allah, supaya Allah aturkan kita untuk berjumpa mereka yang sesuai untuk membantu kita. Bukan kepada manusia yang pertama kita memohon pertolongan.

Kita tidak memerlukan kabel atau orang tengah apa-apa pun.

Kita tidak memerlukan bantuan orang sekeliling kita yang hebat-hebat untuk bantu menyelesaikan masalah kita.

Kita hanya perlu meminta kepada Allah, kerana Dia akan membuka jalan kepada kita, dan kita tidak  akan sekali-kali menyesal jika sesuatu masalah berlaku setelah kita memohon kepada Allah. Walaupun Allah aturkan masalah yang lagi teruk dari masalah yang kita hadapi, kita tidak akan menyesal.

Kerana kita yakin,

"Ini adalah aturan Allah, aku dah serah diri kepada Allah, Allah yang uruskan segala urusanku"