Wednesday, August 10, 2011

Kepada siapa?

Sugul. Sedih. Tersangat sedih.

Hati nabi tersangat sedih apabila dakwah nabi tidak diterima di oleh puak Quraisy. Puak yang berpusat di Mekah itu menolak mentah-mentah ajaran yg mentauhidkan Allah Taala. Dirasakan satu kelompok manusia tidak mahu menerima ajaran Islam yg dibawa junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam.

Lalu nabi tergerak hati untuk mula mencari tempat lain untuk menyampaikan dakwah mulia ini. Mungkin mereka di tempat lain menerima ajaran Islam yang benar dan suci ini.

Dengan harapan menggunung, Nabi berhijrah ke Taif.

Dalam hati, mungkin penduduk Taif akan menerima ajaran mulia ini. Kaki melangkah dan melangkah menuju ke Taif bersama salah seorang sahabat bernama Zaid bin Harithah.

Tiba di Taif, dengan seribu harapan Nabi menyampaikan dakwah, tetapi.............


Sama sahaja.


Penduduk Taif juga tidak menerima Nabi. Nabi terlalu sedih kerana tidak langsung diberikan ruang selain terpaksa melangkah pulang dengan tangan kosong.


Bukan itu sahaja,

Sewaktu perjalanan pulang, puak2 lemah kaum bani Taif berdiri di tepi jalan, membaling batu, mencederakan Nabi. Sehinggakan Zaid terpaksa menjadi benteng manusia mempertahankan Nabi. Sehingga satu riwayat mengatakan ada sahabat bertanya, "Berapa kali batu yg terkena di kepala engkau wahai Zaid?"

"Aku pun tak tahu berapa kali batu yang kena kepala aku."jawab Zaid.

Mereka melangkah pulang. Hati yang sedih menjadi lagi sedih.

Menyampaikan seruan Allah bukan satu kerja yang mudah.

Dalam keadaan terluka hatinya, Nabi pulang dan singgah sebentar di kebun Utbah bin Syaibah, anak kepada Rabiah.

Di bawah pohon anggur, dalam keadaan berdarah, Nabi memohon doa yang cukup masyhur. Nabi berdoa kepada Allah memohon terus kepada Allah.

"Ya Allah, aku mengadu kepada Engkau Ya Allah, kelemahan diriku"

Nabi dah tak terdaya nak berhadapan dengan manusia yang pelbagai karenah. Macam-macam karenah. Mereka tidak sekali-kali mahu menerima ajaran Nabi.

"Ya Allah, Engkau Tuhan kepada kaum yang lemah, kepada siapa akan Engkau serah diri ini? Kepada golongan yang datang bermasam muka kepadaku, ataupun golongan yang memiliki urusan hidupku? Sekiranya perkara ini tidak mendatangkan kemurkaan dari-Mu, aku tidak kisah apa yang berlaku"

.......................................................................................................

Nabi berhubung secara langsung kepada Allah. Akidahnya amat jelas, teguh dan langsung kepada Allah. Dia tidak mengadu kesusahannya kepada manusia.

"Apa guna kita mengadu kesusahan kepada manusia yang tidak mampu buat apa-apa kepada kita"

Kita tidak memerlukan manusia yang tidak boleh buat apa-apa kepada kita.

Andai kita memerlukan bantuan manusia, dahuluilah dengan memohon kepada Allah, supaya Allah aturkan kita untuk berjumpa mereka yang sesuai untuk membantu kita. Bukan kepada manusia yang pertama kita memohon pertolongan.

Kita tidak memerlukan kabel atau orang tengah apa-apa pun.

Kita tidak memerlukan bantuan orang sekeliling kita yang hebat-hebat untuk bantu menyelesaikan masalah kita.

Kita hanya perlu meminta kepada Allah, kerana Dia akan membuka jalan kepada kita, dan kita tidak  akan sekali-kali menyesal jika sesuatu masalah berlaku setelah kita memohon kepada Allah. Walaupun Allah aturkan masalah yang lagi teruk dari masalah yang kita hadapi, kita tidak akan menyesal.

Kerana kita yakin,

"Ini adalah aturan Allah, aku dah serah diri kepada Allah, Allah yang uruskan segala urusanku"



0 comments:

Post a Comment