Saturday, October 2, 2010

Langkah ini...

Kadang-kala...hati ini sedikit gusar
Kadang-kala...keyakinan mula pudar
Kadang-kala...perasaan bimbang mencengkam jiwa
Soalan yg sering membuku dalam pemikiran...
"mampukah aku ini?"
"layakkah aku ini?"
"bersediakah aku ini?"
Saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari, kini tibalah masanya
untuk pandang ke belakang?
tidak sekali...
namun kadang-kadang peristiwa pahit menjengah ke dalam ingatan...
dalam usaha mencapai impian, seringkali jatuh, jatuh lagi, dan jatuh sekali lagi
sehingga rasa putus asa
"aku dah xde harapan dh"
dunia dirasakan begitu kelam..
tetapi di saat itulah....
ku merapatkan diri dengan si Dia...
mengadu, merintih pada si Dia....
membaca surat-surat cinta si Dia...
Alhamdulillah, ketenangan datang beransur...
sehingga hilang beban di bahu...
"selesai masalah"
Solusi telah kutemui....
Apa jua rintangan dan musibah melanda diri, kembalilah pada si Dia
Sesungguhnya segala nikmat dan musibah itu datang daripada Dia
Dan penyelesaian itu juga daripada Dia
Kini aku tidak perlu takut....
Kerana Dia sentiasa di sisi
Setiap detik setiap ketika
Cuma terkadang, kita leka dan alpa
Makin menjauhkan diri daripada Dia
Namun Dia Maha Penyayang
Diberikan musibah, sebagai "jalan" kita berpatah kembali
Memohon ampun kesalahan yang tidak terhingga
Langkah ini bakal bermula
Mudah-mudah dipermudahkan Dia
Menggapai impian yg dianggap mustahil
Namun itu urusan Dia
Segala yg mustahil boleh menjadi realiti
Ya Allah, permudahkanlah urusan diriku,
tabahkan jiwa hambamu,
istiqamahkan lah perjuangan hambamu,
tanamkanlah dalam diri ini semangat jihad yang menbara
dalam perjuangan mencari keredaan Mu
semoga berakhirnya perjuangan yg singkat ini,
dengan kemenangan menegakkan syariat Mu,
mahupun mati syahid,
yg menjadi impian setiap mukminin,
Amin ya Rabbal Alamin.....


0 comments:

Post a Comment