Saturday, May 21, 2011

Masa

Assalamualaikum.....



  Hari ni nak mulakan dengan suatu quote yang menarik,

一秒の遅刻と一時間の遅刻は同じ

"Lewat 1 saat dengan lewat 1 jam adalah sama"

Bagi anda semua kenyataan atas betul? Misalnya anda lewat 1 saat datang kelas, adakah attendance anda tidak akan diambil? Lewat 1 jam sudah pasti. "Ai, lambat beberapa minit je..." "Kire on time la sampai".. kalau kat mana2 pun semua akan anggap begitu.

Dah 2 minggu kelas saya bermula. Alhamdulillah dapat masuk kelas D1, kelas tertinggi bahasa jepun untuk D-course (preparation ke university). Jadi dah masuk kelas ni, pastinya semua hebat2. Ya, sememangnya. Yang mengecewakan, dalam kelas ada 21 orang, 5 orang je yang ambil rikei (aliran sains), yang lain semua bunkei (aliran sastera). Jadi xda suasana utk belajar sains.

    Bercerita tentang kelas, hari pertama masuk. Guru kelas kami bernama Kokubu sensei. Untuk waktu pertama semua orang diterangkan tentang peraturan kelas. Dalam banyak2 tu, yang paling menarik adalah berkaitan masa.

"Tolong jangan lewat ke kelas. 1 saat lewat pun dikira lewat. Tepat jam 9.10 (waktu start kelas) terus mula kelas."

Masa tu terasa ketegasannya. Sebab ada quote "1 saat pun dikira lewat". Nampaknya bukan boleh main2 sensei ni.

Bermulalah kelas. Setiap kelas ada gap 10 minit rehat, jadi setiap kali mula 1 period atau habis 1 period loceng akan berbunyi (memang mcm sekolah). Tepat je loceng berbunyi, terus dia stop mengajar, "jaa, chotto yasunde kudasai (ok2, sila berehat sebentar)". Memang punctual betul.

Kemudian, loceng bermula kelas berbunyi, "Hai, hajimemas (ok, mula balik kelas)" tanpa menunggu 1 saat pun. Memang punctual.

Yang lawaknya, bila habis kelas untuk hari itu, misalnya pukul 2.25 ptg. "Hai, korede owarimasu (Ok, cukup untuk hari ni)" tepat pukul 2.25 petang. Kami pun kemas2 barang nak balik, lebih kurang 1 minit, tengok depan dah hilang dah sensei. Memang punctual.

Lagi 1, masa tu period terakhir. Belajar grammar bahasa jepun. Masa tu sensei ada tulis di whiteboard soalan grammar untuk student jawab. Masa tu ada tinggal lagi 3 soalan x jawab. Pukul 2.25. "Hai, mata raishuu yaru ne (ok, minggu depan sambung balik ye). Ya Allah, lagi 3 soalan lagi pun. =.=

Begitulah cara orang jepun menjaga masa. Sehinggakan kami diajar kalau datang lewat apa perlu buat.

"Bagi yang datang lewat, saya (sensei) akan tenung dia tanpa suara. Kemudian tanpa bersuara tunduk kat ahli kelas semua. Kemudian dengan senyap pergi ke meja sendiri."

Apa maksudnya? Tiada ada alasan sekiranya terlewat. Apabila kita terlewat, kita kena akui yang kita "bersalah" sebab lewat. Mereka memang xkan terima apa2 alasan. Lagi banyak kita bagi alasan lagi benci dorang kat kita. Jadi dengan itu, berani lagi nak datang lewat?

Kalaulah kat Malaysia macam ni, ???














2 comments:

  1. Tawon, ko x penah lewat ke kelas lagi ke?? hehe

    ReplyDelete
  2. wow!!no wonder laa japanese berdisiplin,,!

    ReplyDelete