Monday, September 23, 2013

Nikmat masa lapang


Dengan along di majlis akad nikah kak nor

Bismillah.

Menulis pada jam 23:12 waktu Jepun mungkin masih awal bagi kebanyakan orang, tetapi agak lewat bagi diriku. Aku masih cuba mendisiplinkan diri untuk tidur awal dan bangun awal, kalau tak sebelum subuh pun dapat awal subuh pun ok.

Alhamdulillah aku baru sahaja seminggu pulang dari Malaysia ke negara matahari terbit, dan pada permulaan terasa begitu bezanya Malaysia dan Jepun, walaupun dah 3 tahun berada di sini.

Pesan along, "waktu belajar jelah ada cuti panjang-panjang ni. bila dah kerja nak cuti seminggu pun cukup payah".

Ye, benar dan tepat sekali.

Cuti baru-baru ini aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan bersama keluarga (boleh kata bersama parents sebab adik-beradik takde kat rumah), di samping sibuk dengan preparation kak nor yang baru sahaja bernikah. Memandangkan rumah aku hanya ada dua buah kereta, satu Vios yang dipakai Mak, dan kancil yang dipakai bapak, aku tiada pilihan lain melainkan duduk rumah saja.

Aku akui masa cuti panjang seorang pelajar universiti memang biasanya dihabiskan sama ada untuk berjalan-jalan, bekerja part-time, sibuk beraktiviti dan berprogram ke sana-sini, namun bagiku, masa cuti inilah sahaja yang ada untuk bersama dengan keluarga dengan relaks dan santai.

Bagi seorang yang menuntut di luar negara, bertahun-tahun di luar bersama masyarakat asing dan kawan-kawan, bagiku apa salahnya lapangkan masa sedikit untuk menghiburkan dan menggembirakan hati ibu bapa yang sentiasa menanti untuk bersama kita, dan bagi mereka tiada hiburan yang lebih hebat dari ingatan yang tulus dari anakanda tercinta.

Kita sering tertipu dengan nikmat masa lapang, tak kira masa cuti atau belajar. Masa cuti kita biasa dengan bisikan "takpe, esok ada", "minggu depan boleh pergi". Kalau belajar pulak "takpe, 課題(assignment) hantar minggu depan". "takpe ,exam lambat lagi". Bila dah tinggal 10 jam nak exam baru terkial-kial nak revise nota, buat 演習(latihan).

Dan alhamdulillah, cuti yang lepas walaupun takde keluar mana-mana sangat, masa yang lapang itu diisi dengan baik, rehat yang cukup (terlebih cukup kot, haha) untuk bersama keluarga, membantu apa yang boleh, mengaji di surau etc.

Kini tiba masa untuk all-out balik, insyaAllah. Mohon tembakan doa semua :)


Akhir kalam,
Jangan tertipu dengan nikmat masa lapang, isilah dengan sebaiknya.

;)



0 comments:

Post a Comment