Friday, February 11, 2011

330

Assalamualaikum....

Baru sebentar tadi saya bersembang dengan senior saya sewaktu di SEMESTI dulu. Faiszul Azrin namanya, a.k.a. Jamal. Abang kepada Fitri Azmeer, rakan baik saya. Secara jujurnya, saya nampak banyak perubahan berbanding waktu sekolah dulu. Tak sangka dia lebih berminat dengan jemaah Islam, dengan kata lain berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti agama. Tambah-tambah dia akan berangkat ke Jepun bulan depan, InsyaAllah.

Masa bersembang itu, banyak juga perkara dibincangkan, seperti kehidupan di sini, bagaimana belajar dan yang paling penting, berkaitan EJU.

Mula-mula, bincang pasal format baru EJU tahun lepas, kemudian pasal teknik menjawab, dan yang tak tahan, dia cabar kouhai2 (junior) untuk mengatasi markah Nihongo dia dalam EJU, cabaran yang menjadi motivasi untuk saya dan para pelajar persediaan ke Jepun untuk lebih berusaha kuat untuk EJU ini. Jepun terkenal dengan prinsip 本人の努力次第 bermaksud "bergantung kepada usaha seseorang".

Namun, mengatasi markah? Ya, melebihi 330/400. Untuk pengetahuan, sistem pemarkahan untuk EJU (Bahasa Jepun) dinilai melalui 3 kertas ujian, 読解(Pemahaman, 25 soalan, 40 minit), 聴解/聴読解(Pendengaran,Pendengaran sambil membaca), 記述問題(Karangan pendek, 30 minit). Keseluruhannya 400 markah. Nampak mudah? Belum cuba belum tahu. Untuk mencapai markah 300 lebih bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan mustahil. Bagi saya jika berusaha diiringi dengan doa, InsyaAllah akan berjaya jua.

Walaupun sukar, namun saya anggap ini suatu motivasi untuk saya terus berusaha. Setelah berusaha, doa dan tawakal penting kerana kejayaan itu datang dari Allah. Dengan tawakal jua, rasa kecewa jika gagal akan hilang kerana segala pergantungan diletakkan kepada Allah.

Selagi masa masih ada, saya akan terus berusaha. Bersyukur kerana ditakdirkan belajar di negara yang masyarakatnya terdidik dengan sifat disiplin dan rajin. Secara tidak langsung, kita turut terlatih untuk bersifat sedemikian.

Doakan kejayaan kami. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Kepada Maba, この挑戦を受け取って、一生懸命頑張ろう!


"Alhamdulillah, aku harap kouhai2 aku bley dapat markah lagi bgs dalam eju"

0 comments:

Post a Comment