Sunday, February 20, 2011

Satu perjuangan...

Assalamualaikum....

Semalam saya menduduki mock EJU test di Kayabacho, Tokyo. Walaupun sekadar mock test, tetapi format dan bentuk soalannya sama dengan EJU, cuma bezanya jawab soalan pakai komputer, kalau EJU sebenar guna test paper macam exam biasa tu. Lagipun, test Nihongo cuma ada 3 bahagian, Dokkai(comprehension), Chokai(Listening) dan Chodokkai(Listening while reading) sahaja, takde Kijutsumondai(soalan pendapat) yang kena tulis karangan pendek tu. Selepas itu ada test Mathemathics Course 1(untuk Arts students). Masa menjawab itu sama dengan jawab soalan EJU sebenar.

Terus terang saya kata, level Nihongo saya jauh lagi nak capai tahap untuk jawab soalan2 itu. Especially for Dokkai...masa 40 minit untuk jawab semua 17 soalan, dalam 17 soalan tu ada 6 or 7 soalan dgn artikel yang panjang, diikuti 2 soalan. Dengan masa yg singkat, kanji2 yang xtahu + artikel yang panjang gila...40 minit tu macam sekelip mata je. Soalan 1st dah kelip2 mata dah, try jawab dlam 2 minit tapi xtau betul x, bila dah smpai soalan 12 macam tu, masa tinggal 10 minit. Shouganai daa. Terpaksa gak tembak baki2 soalan tu. Nak tembak pun dah xsmgt sbb xsmpat baca pun. Bayangkan, dah buat latihan Dokkai sebelum test pn macam ni, kalau 1st time tgok soalan EJU masa test, apa nak jawab?

Tapi Alhamdulillah, for Chodokkai n Chokai, berkat prnah buat latihan sebelum ni, boleh lah jawab. Tapi betul x xtaula. Terasa gembira seketika lpas jawab part tu. Tapi bila keluar bilik, teringat pasal Dokkai tadi. Murung balik. Then solat asar kat luar bilik dan masuk balik utk jawab Math.

Tak taula nak cakap macam mana, berbekalkan ilmu Math SPM + secebis ilmu masa belajar Math kat Intec yang cukup asai (cetek), banyak soalan yang xleh jawab. Masa pun sama gak, bukan lama pun, tapi xdelah segelabah jawab Dokkai tadi. Soalan Math EJU bukannya macam soalan Math biasa2, direct tanya terus. Sebijak mana pun dalam Math kena fikir gak baru boleh jawab. Lama dah xsentuh math ni, jadi nak jawab tu pn slow. Tu baru Math Course 1, belum Math Course 2 lg, soalan math yang memg xapply dalam dunia realiti pun boleh keluar.

Baru lah saya tahu langit tinggi rendah. Kalau nak rasa terer Nihongo sekarang, kena fikir balik. Sekurang-kurangnya saya tau susahnya EJU itu bagaimana. Lepas itu, boleh plan dengan baik untuk menghadapi EJU sebenar bulan 6 nanti.

Inilah asam garam perjuangan pelajar yang ke Jepun. Sebab tu semalas mana pun student tu masa sekolah, tapi bila dah masuk program ke Jepun, nak xnk terpaksa jadi rajin jugak. Sebab tu dapat beza student yang belajar kat Malaysia n belajar di Jepun, bukan nak memperkecil atau nak bangga2, tapi just nk cakap inilah tekanan yang terpaksa dihadapi, kami kena bekerja keras berganda-ganda sebab bukan masalah bahasa je,lagi2 silibus study Jepun cukup tinggi, setaraf A-level atau mgkin lg tinggi yang perlu di-catchup dlam masa singkat. X hairanlah tgok budak2 Jepun busy memanjang...hehe

Korekara, saya nk ganbaru untuk Placement Test for D-course(preparation ke University) n juga presentation kelas 1 Mac nanti. Harap2 dapat masuk kelas D1 atau D2 bulan 4 nanti, kelas yang memang akan fokus untuk EJU, sekurang-kurangnya waktu luar kelas boleh fokus lebih kepada Math, Chemist n Physics.

Doakan kejayaan saya. Saya juga akan sentiasa mendoakan anda. Amin ya Rabbal Alamin....

Korede Ijou,

Wassalam.....

2 comments:

  1. Insyaallah..kejayaan akan dimiliki oleh orang yang sentiasa berdoa kepadaNya..

    ReplyDelete