Monday, March 28, 2011

Masyarakat Jepun dan Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum.....

Dah lebih kurang 2 minggu balik dari Jepun. Walaupun kejap tapi saya sempat jugalah berjalan beberapa tempat di Malaysia, mostly around area KL dan Selangor. Untuk selesaikan beberapa hal, trmasuklah translation sijil SPM di LPM dan perjumpaan antara ESU dan petronas scholars in Japan di KLCC minggu lepas. Jadi sempatlah berpeluang melihat "geligat" masyarakat Malaysia, umumnya masyarakat KL sebagai tempat paling membangun dan maju di Malaysia. Bukan nak memperkecil atau mngutuk, tapi untuk kesedaran kita sendri sbgai rakyat Malaysia apakah kita sudah layak untuk digelar "masyarakat maju" di mata dunia?

1)Tandas

Jepun
Saja mula dengan tempat paling kotor. Kalau di Jepun meskipun xda paip air mahupun getah, pakai tisu je, tapi kebersihan tandas nya terserlah habis. Di lantai tandas tiada air limpah, kotoran lumpur, pasir, macam baru dicuci. Kalau prgi tempat canggih2 sikit, jamban jadi macam mesin lak, siap ada punat2 nk control air, flush n suhu. Kalau waktu musim sejuk duduk rasa selesa, sebab jamban tu dah siap setting suhu ikut keselesaan pengguna. Canggih x canggih tu. Tapi tula, mngkin bagi kita yang dh biasa guna tandas yang berpaip air kurang selesa nak guna tandas tu.


Mula2 xreti guna


Malaysia 
Bergantung kepada tempat, kalau kat bangunan yang canggih sikit agak terjagalah kebersihan tandas. Tapi bila pergi kat stesen bas, keretapi atau tempat yang ramai orang, rasa bayar 30 sen x berbaloi pulak. Lantai kotor, jamban tersumbat, kat pintu dan dinding adalah tertulis no hp ntah sapa2, lukisan lucah merata2.

2)Pengangkutan

Jepun
Di Tokyo, sistem tren merupakan antara sistem pengangkutan paling kompleks. Terdapat lebih kurang 20 rangkaian tren yang beroperasi, ke seluruh tempat di Tokyo. Kemudian ada tren ke negeri lain, termasuk shinkansen (bullet train). Sebab itu mudah dan senang klau nk bergerak ke mana2 tempat, xperlu nak naik teksi mahal2. Bas express pun ada. Ada juga prkhidmatan "midnight bus", di mana kalau rasa nak pergi tempat jauh pada waktu malam, boleh naik bas ni dan tdur, esok pagi insyaAllah sampai. Bagi masyrakat Jepun, mereka lebih selesa bergerak sama ada jalan kaki, berbasikal ataupun naik tren. Xrmai yang memiliki kereta kerana sewa parking yang mahal, + cukai n macam2 lagi. Sebab itu di kota metropolitan Tokyo sekalipun, xde jammed berjam2 sperti mana di Malaysia, sbb kereta pun xbanyak.

Bullet train...lama dh xnaik

Malaysia
Walaupun ada tren, tapi boleh dikatakn masih tidak mcukupi untuk memudahkan pergrakan. Kalau kat KL, saya berpuas hati dengan perkhidmatan LRT putra, kerana kekerapan dan klajuan yang memuaskan. Tapi kat KL jela. Kat tempat lain still megharap kepada bas tabung yang kena tggu berjam2, teksi yang mahal nk mampus dan KTM yang dah nazak. Hari Sabtu yang lepas dah membazir masa berjam2 sebab tunggu KTM yang sangkut. Terasa sangat seksa tambah dgn orang yang pack dlm tren mcm sardin. Lembab lak tuh. Xsalah orang yang ramai tu, tapi skurang-kurangnya kalau tren tu lagi laju n lebih kerap, lagi selesa rasanya.

Bagila laju sikit...=.=

3) Beratur
Jepun
Masyarakat Jepun terkenal dengan sifat disiplin, dan ia lebih mgkagumkan semasa gempa bumi yang melanda baru2 ni. Waktu masing2 dalam keadaan ketakutan dan klam kabut, mreka masih dapat beratur dgn cantik wlaupun berkilometer panjng, xda siapa2 yang berebut2 atau nk potong2, waktu beli makanan mhupun beratur nak naik tren. Ia sangat menyentuh hati, masing2 memahami hak orang lain dan bagi mereka, semua perlu dapat hak yang sama. Xda sikap pentingkan diri dan mereka cuba sedaya upaya nak bantu orang yang susah, meskipun mereka pun tengah susah.


Malaysia
Hari Sabtu yang lepas jugaklah. Masa KTM tengah nak datang tu, masing2 berpusu2 nak naik tren, bertolak2 lah, sampai orang nak keluar pun xboleh. Semua orang fikir "asal aku dapat masuk, sudah", itu baru contoh di tren, samalah jugak di bas, ataupun di mana2 saja, kat sekolah dlu sama je kot. Bila semua pentingkan diri, masing2 nak lepas masalah sndri, x fikir orang lain, sampai bila kita nk jadi "masyarkat maju", yang berdiri sama tinggi, duduk sma rendah? Ni baru waktu biasa, kalau dah kena gempa (nauzubillah), macam mana jadi ntah.


4) Hormat

Jepun
Bagi orang Jepun, menghormati orang lain adalah sangat penting. Sebab itu, wujudnya "Keigo" atau maksudnya istilah2 tertentu yang diucap sebagai menghormati dan mmuliakan seseorang itu, seperti sensei, senpai , boss syarikat mahupun pelanggan2 di kedai atau di supermrket. Termasuklah waktu interview kerja nanti, kalau x pandai guna "keigo" susah la nak dapat kerja. Cara mereka melayan pelanggan adalah sangat teratur, tertib dan bersopan (ikut pengalaman setakat ni). Seperti contoh di kolej saya, wlaupun seorang sensei, bahasa yang digunakan untuk mngajar pelajar begitu sopan, sehingga rasa dihormati. Kalau berbincang atau pun ada masalah, sensei tu akn cuba sebaik mungkin utk tolong kita. "Manner" atau adab susila sangat penting di sni. Kalau x jaga, kita akan dipandang seorang yg kurang ajar, xkirala hebat mana pun.

Haik!

Malaysia
Saya akui budi bahasa budaya kita. Tapi xcukup dengan slogan, praktik nya juga penting. Kalau nak mintak order makan, kadang2 mcm nak tak nak je ambil order. Pastu lambat, kdang2 orang yang datang lambat dapat lagi awal makanan, jadi sakit hati pulak. Pastu kat jalan raya pulak, ntah mana hilang rasa hormat. Kalau jammed tu semua nk hon, potong2, lagi tension jadinya. Semua x lain xbukan disebabkan sikap yang saya sebutkan tadi, "pentingkan diri".

Teruknya jammed

5) Well-prepared

Jepun
Jepun adalah negara yang cukup bersedia dalam mghadapi bencana alam, termasuk gempa bumi, tsunami baru2 ni. Saya ingat lg waktu kena gempa bumi di tempat saya (Tokyo), tengok2 orang Jepun kelihatan tenang, xkelam kabut, masing2 pakai safety helmet n berkumpul di kawasan lapang dalm keadaan teratur. Nampak sgt well-trained. Budak2 sekolah rendah smua pkai mcm protector kat kepala dan berjalan dgn tenang pergi sekolah. Itu hanya satu contoh. Hakikatnya, mereka bersedia dari semua aspek dalam kehidupan seharian. Kalau berlaku apa2 emergency, brang2 berharga dan dokumen penting sperti passport, IC dah siap2 dalam 1 beg. Itu waktu emergency. Contoh lain yang saya nampak ialah sensei saya sendri, sebelum mengajar dh siap sedia dgn bahan mgajar, handout atau slideshow. Kalau masa mengajar 1 jam, mereka dh siap plan apa yang nk diajar dlam masa sejam tu, xlebih atau xkurang masa.

Bdk sekolah rendah pakai protector kat kepala 

Malaysia
Budaya last minute sgt popular di kalangan masyarakat Malaysia. Last minute study, wat assignment, tutorial, presentation n macam2 lagi (termasuk diri sndri ni) dh jadi budaya kita. Kalau terus begini, macam mana nak dapat result cemerlang, kerja berkualiti dan mantap. Fikiran "ala, banyak masa lgi", "esoklah buat" atau "budaya bertangguh" yang merebak dalam masyarakat kita membuatkan kita ketinggalan jauh brbanding masyarakat maju lain, termasuk masyarakat Jepun yang sangat menitik beratkan kepentingan masa dlam kehidupan seharian. Walaupun Malaysia jarang dilanda masalah bencana alam seperti di Jepun, bukankah bersiap-sedia itu lebih baik dari tidak berbuat apa2, mana tahu satu hari nanti (nauzubillah) sekali ditimpa bencana, sekurang-kurangnya kita dah bersedia.


Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi. Berdasarkan pengalaman, walaupun xdelah lama dan banyak mana pun, cukup untuk membuatkan saya cukup menghormati dan mengagumi masyarakat Jepun, kerana sikap dan kualiti mentaliti yang dipamerkan sememangnya layak digelar "masyarakat maju" dan "masyarakat minda kelas pertama". Kerana saya sayangkan masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Islam yang indah dengan akhlak2 terpuji, sepatutnya kita lebih baik dan lebih indah akhlak dari mereka kerana kita ada Islam, tapi kita sendri x mgamalkan, jadi xhairan kita jd lebih rendah dan hina dari mereka hari ini.

"Japanese's mentality of always been prepared proving its worth today"

Let's Pray for Japan and Muslims in Middle East...

Wallahualam.


0 comments:

Post a Comment