Wednesday, March 23, 2011

Selepas SPM?

Assalamualaikum....

Memandangkan aku tengah cuti + kat Malaysia, kebetulan pulak kluar result SPM masa ini, terasa teringin nak share pengalaman aku swktu result SPM keluar...apa perlu buat?bidang apa?nak apply apa? jadi ni list yang spatutnya korang ambil perhatian supaya dapat plan dgan baik kerana benda ni penting untuk masa depan hidup korang jugak....



1)Pilih bidang ikut kelayakan result + MINAT
-mungkin xde masalah bagi yang dapat result cemerlang stret A dan sbagainya utk plih bidang yang dorang suka. Misalnya aku dapat 10 A, jd lbih mudah utk pilih bidang yang diminati. Bagi yang berminat dgn sesuatu bidang tp result x melayakkan, plih bidang yang agk2 ada kaitan sikit2 dgn bidang yang korg minat tu ,oleh itu SILA BUAT KAJIAN. Klau tidak, pilih 2 3 options yang lain yang korang agk berkenan, misalnya aku minat Mechanical Eng, tp ada gk options lain mcm pharmacy n chemical eng misalnya.

2)Jangan ikut budaya, cakap orang
-Yang ini paling penting. Biasanya klau dapat result gempak2, "Ambiklah medik". Budaya bangsa kita yang bila result ok je, medik, medik,medik. Klau minat betul2, xpe teruskan. Tapi klau rasa xconfident atau kurang minat, better jangan ambik. Lantak orang lain nk ckap apa, sebab nanti yang nak stdy benda2 tu ialah KITA, bukan orang yang cakap tu. Lagi 1, kalau dgar kata "bidang ini dah rmai sangat orang", "nanti kerja susah"....ya,mungkin ada kebenarannya di situ. Tapi percayalah, kalau korang betul2 minat dengan benda tu, insyaAllah korang xkan menyesal. Nasihat perlu didengar, tapi yang membuat keputusan adalah diri kita, jadi, ikut kata hati, kalau confuse gak, wat solat istikharah...insyaAllah ditunjukkan jalan...

3)Biasiswa
-Bagi yang dapat result ok, semestinya biasiswa yang bermacam2 menanti anda. JPA, MARA, Petronas, Bank Negara, Shell, TNB n pelbagai lagi. Klau nk tau, boleh check website2, suratkhabar n klau nk tau apa2 info tentang scholars, study n mcm2 lg, boleh lawat website ni http://www.recom.org/ . Dan semestinya, nak dapat scholar saingannya memang sengit dari tahun ke tahun. Tahun ni ada 9000 lebih dpat stret A, jd bayangkan susahnya nk dapat tajaan. Mulai skrang, cuba2 brlatih speaking, bina keyakinan diri, n start buat resume n susun sijil2 sekemas mungkin, insyaAllah aku akn cuba kongsi pengalaman beberapa interview dalam post akan datang. Wait n see! =D

4)Jadilah matang
-Mulai saat ini, korang akan start melangkah ke alam dewasa, bermula dr matrik,asasi,preparationn then university, seterusnya alam kerjaya...jadi jadilah seorang yang matang sesuai dengan umur korang. Benda tu penting kerana di alam ini bukan pointer atau result exam jd kayu pengukur, tp bgaimana korang expose diri korang, bgaimana korang menonjol dlam ssuatu organisasi atau kumpulan itu yang menentukan nilai diri korang nanti, dengan kata lain, softskill (communication skill, cooperation, leadership, liability, resilient n lain2) sgt penting trutama waktu interview nanti.

Jadi tu je kot. Ada lagi yang patut korang ambil perhatian tapi xsempt untuk kali ni, klau ada apa2, jgn segan silu tanya. InsyaAllah klau ada ksmpatan aku akan jwab. Tahniah untuk yang berjaya n bagi yang kurang, jangan putus asa, SPM itu hanya permulaan untuk kehidupan yang jauh lagi besar ruang untuk berjaya. Jangan kcewa, kjayaan yg lg besar mgkin datang pada masa akan datang. Teruskan usaha, doa n akhirnya tawakal. Semoga kita trus berjaya sama2...

Wassalam~

0 comments:

Post a Comment