Friday, December 30, 2011

2011 - Di manakah aku? ; 2012 - Ke manakah aku?

Assalamualaikum....


2011 bakal berlabuh tirai, dan semestinya ramai orang mempersiapkan diri untuk masuk ke pintu 2012, yang terkandung 1001 rahsia, baik atau buruk, yang bakal terbuka beberapa jam lagi. Dalam masa yang singkat ini ramai juga yang mengambil kesempatan bermuhasabah diri tahun ini, dan berazam dengan beraneka azam untuk tahun depan. Bagus, jika anda salah seorang daripadanya. Kerana amalan muhasabah penting untuk menilai sejauh mana diri kita, "di mana diri kita?" sehingga 31 Disember 2011 ini.

Oh ya, pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada bapak saya =D istimewa tarikh 31 Disember ini.



Ok, berbalik pada tahun baru. Seperti anda semua, saya juga mempunyai azam untuk tahun depan, dan saya rasa azam ini praktikal dan tidak terlalu tinggi untuk dicapai. Tetapi andai tercapai, saya cukup berpuas hati dan bersyukur.

1) Kurangkan lagha, tambah ilmu

Mungkin tabiat saya yang suka online lama2, scroll facebook sampai bosan ataupun 'idle' dan tak tau nak buat apa. Ataupun buat perkara2 lagha lain seperti menonton video Youtube ataupun tidur. Kerana terasa sangat membazir masa, lebih baik masa itu diisi dengan benda lain, misal baca artikel iluvislam, baca buku, buat latihan math ataupun sekurang-kurangnya dengar radio IKIM (kat jepun pun boleh dengar pe). Bagi saya masa yang diisi tanpa ada sebarang manfaat ini sangat merugikan, benarlah pepatah "masa itu emas". Hilang masa, terasa kerugian amat.

2) Jadikan membaca sebagai hobi

Saya amat respect mereka yang menjadikan membaca sebagai hobi. Kerana amalan membaca menambah ilmu dan mematangkan fikiran. Mungkin ter'motivated' melihat orang2 jepun kat sini yang sanggup baca buku sambil berdiri dalam train mahupun di mana2. Tapi yela, saya rasa perlu jadikan membaca sebagai amalan diri, supaya sentiasa berfikir dan mematangkan diri.

3) Senyum

Part yang paling susah untuk saya yang susah senyum ni. Rupanya lebih mudah senyum berbanding bermasam muka. Xpercaya cuba senyum dan berkerut,mana lagi susah? Sebab ketika senyum, urat yang digunakan lebih sedikit berbanding ketika bermasam muka. Tu yang jadi senyum sebagai awet muda, tambah2 jadi sedekah. Jadi jom senyum ramai2 ! =D (senyum sorang2 pun xpe, asal senyum =p)


Jadi itu 3 azam ringkas saya tahun depan. Memang kalau ikut banyak yang saya ingin capai, tapi biarlah 3 azam ini lebih saya tumpukan kerana nampak mudah, tetapi susah nk buat. InsyaAllah.

Tahun 2011? Biarlah buku ditutup untuk kenangan dan pengajaran diri sendiri. InsyaAllah saya menerima segala yang saya hadapi tahun ini adalah terbaik buat diri saya.


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Surah Al-Baqarah 2: 216)"


よいお年お

0 comments:

Post a Comment