Wednesday, March 24, 2010

MIT

artikel ni aku ambik dr webstite iluvislam.com....
very interesting experience...from an "only" malay student who study in one of top university in the world...da grad dh pon thun 2008...skrg sdang wat master kt timur tgah....

Nama : Hassan Mohamed
Bidang : Kejuruteraan Mekanikal
Tajaan : TNB
Bekas Pelajar : Maahad Hamidiah dan KISAS

ikutilah pengalamannya....

"Assalamu’alaikum kepada para pembaca. Kali ini saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang tempat pengajian saya iaitu Massachusetts Institute of Technology atau lebih dikenali sebagai MIT.


Penulis berbangsa Melayu. Cuba teka penulis yang mana satu?

Geografi

MIT, terletak di Bandar Cambridge(bukan Cambridge di United Kingdom), Amerika Syarikat. Universiti ini amat berhampiran sekali dengan Bandar Boston, yang hanya dipisahkan dengan sebatang sungai yang dinamakan Charles River. MIT ditubuhkan pada tahun 1861. Salah satu univeristi lain yang berhampiran ialah Universiti Harvard yang terletak sebaris jalan (Massachusetts Avenue) dengan MIT. Perjalanan dari MIT ke Harvard, hanya mengambil masa yang amat singkat iaitu 40 minit berjalan kaki atau 5-6 minit menaiki kenderaan. Untuk pengetahuan pembaca semua, di kawasan Boston dan sekitarnya, terdapat banyak pusat pengajian tinggi yang lain seperti Uni of Massachusetts, Harvard, MIT, Cambridge College, Boston University dan lain-lain lagi.




Cuaca

Seperti biasa terdapat empat musim. Musim luruh di awal September, musim sejuk di persekitaran Disember dan kemudiannya musim Bunga di sekitar bulan April dan yang terakhir musim panas di akhir bulan Mei atau pertengahan Jun.


Boston yang boleh dilihat daripada Killian Court. Bangunan tertinggi itu adalah bangunan Prudential.

Tempat-tempat menarik

1. Bandar Boston sendiri sudah cukup menarik. Bandar ini meriah di waktu pagi mahupun malam , hari minggu mahupun hari-hari biasa. Kemudahan awam yang selalu digunakan ialah tren bawah tanah (Subway, atau lebih dikenali sebagai 'T’ ).

2. Boston Common; satu taman yang besar dan indah. Menjadi tumpuan pelancong dan penduduk sekitar berjalan-jalan mahupun berlari-lari anak di waktu petang .

3. Quincy Market , tempat yang menjual barang-barang cenderamata Boston. Pasar ini adalah salah satu tempat tarikan di Boston dan merupakan pasar terlama di Boston.

4. Boston Harbor, di sini terletaknya pawagam 3D-IMAX dan Aquarium. Bagi sesiapa yang berminat melihat ikan dan hidupan liar laut, bolehlah berkunjung ke tempat ini. Malah, pada musim panas, luruh dan bunga, para pengunjung boleh menyaksikan Ikan Paus dengan mengikuti program Whale Watch yang diadakan di Aquarium .

5. Science Museum. Muzium Sains yang terbesar di Massachusetts. Mengandungi banyak sumber ilimiah yang amat menarik dan berinteraktif.

6. Fine Art Museum. Muzium Seni yang menjadi kunjungan orang ramai di waktu hujung minggu. Walaupun bayaran masuk sangat mahal, tempat ini tidak pernah lekang dengan pengunjung.

7. Fenway Park. Tempat ini merupakan stadium baseball yang tertua di US. Ia menjadi tuan rumah kepada pasukan Baseball Boston atau lebih mashyur dengan nama Red Sox. Anda boleh membeli pelbagai jenis jersey, cenderamata dan bermacam-macam lagi berjenama Red Sox di sini.



*Sedikit nota mengenai Boston , melawati tempat-tempat yang disebutkan di atas sangatlah mudah dengan adanya perkhidmatan 'T’ . Bayaran untuk satu kali perjalanan ialah sebanyak USD 2 , tanpa mengira destinasi terakhir anda. Murah kan?


Kampus

Kebanyakkan bangunan di MIT adalah bangunan baru. Hanya satu di bahagian tengah sahaja atau ’main building’ bercirikan bangunan klasik dengan tiang-tiang besar Greek.

Jikalau dilihat pada peta, susun atur kampus seolah-olah berbentuk segitiga. Di sebelah sayap kiri kampus MIT, adalah kebanyakannya tempat penginapan para pelajar. Di bahagian tengah dan kanan pula ialah tempat pentadbiran dan kelas dan dewan kuliah.


Subjek, Pembelajaran

Di MIT, kos yang paling menjadi kegemaran ramai ialah Kejuruteraan mekanikal ( Course 2) dan juga Kejuruturan Elektrikal & Sains Komputer (Course 6). Kelas-kelas pengajiannya amat berinteraktif dan praktikal. Ia lain daripada yang lain, contohnya berbentuk pertandingan dan kolabarasi.

Untuk ‘graduate’ purata kelas yang perlu diambil bagi setiap semester ialah 4 kelas yang mempunyai 12 unit bagi setiap satu. Jadi, jumlah purata unit bagi satu semester ialah 48 unit.. Untuk ijazah dalam apa-apa bidang sekalipun di MIT, masa yang diperlukan ialah 4 tahun ( 8 semester) .

Walau bagaimanapun, disebabkan sistem pembelajaran di sini yang fleksibel, anda boleh bijak menyusun kelas anda dan habiskan ijazah dalam masa tiga tahun atau kurang. Best tak?


Kelas-kelas wajib ambil bagi semua pelajar di MIT, tidak mengira bidang, ialah Fizik Klasik (mekanikal, 8.01) , Electro magnetic (8.02), Biologi (7.013 atau 7.012 atau 7.014) , Kimia (5.111) dan 8 kelas Social dan Humanities.

Untuk pengetahuan semua, nombor di sebelah nama mata pelajaran yang saya tulis di atas, ialah kod subjek tersebut. Di MIT, secara jujurnya, para pelajar dan pensyarah lebih suka menyebut kod dan nombor untuk menerangkan nama subjek mahupun nama kos/bidang. Sebagai contoh, saya mengambil bidang KejuruteraaMekanikal. Dan apabila salah seorang kawan saya tanya tentang kos saya, saya akan jawab , “ Saya kos 2 ". Kos 2 adalah kos untuk kejuruteraan mekanikal. Jadi sepanjang pembelajaran saya di MIT, saya akan mengambil semua kelas yang bernombor 2 di hadapanya. Contohnya , kelas Thermodynamics 1 (2..005) , Control and Dynamics 1 (2.003) dan lain-lain lagi. Sekarang anda boleh tahukan , apa kod untuk kos Fizik, Kimia dan Biologi. J (Hint : Lihat nama subjek di atas)


Bangunan Mari Stata Center. Salah satu bangunan unik yang terdapat di MIT.

Wajib Berenang



Untuk mendapat ijazah anda perlu lepas ujian berenang, Kalau tidak lepas, anda tidak boleh ‘graduate’ dan wajib mengambil kelas renang. Selain itu, anda diwajibkan mendapat 8 mata penuh untuk kelas fizikal (Physical Education , PE class).

Satu kelas mengumpul sebanyak 2 mata. Secara ringkasnya, anda ambil 4 kelas, anda lepas. Kelas PE banyak menawarkan pelbagai jenis sukan seperti memanah, menembak, aikido, karate, berkayak dan banyak lagi. Semua kelasnya adalah percuma. Secara jujurnya, terdapat banyak jenis sukan dan aktiviti lasak ditawarkan untuk kelas PE ini yang susah diperolehi di tempat lain.




Assignment


Oh ya, kerja assignment yang diberikan di sini, terkenal dengan nama Problem Set atau lebih mashur lagi dengan panggilan Pset ( Cara pronouncenya ialah, Pee Set ). Setiap minggu, anda akan wajib mendapat Pset dari setiap kelas yang anda ambli. Tarikh ‘dateline’ adalah selama satu minggu. Masa inilah anda akan merasakan , betapa pentingnya masa dalam kehidupan dan betapa berharganya masa daripada emas mahupun berlian.




Muslim di MIT

MIT Muslim Student Association, atau lebih dikenali sebagai MITMSA adalah salah satu persatuan yang aktif di MIT. Ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar dari pelbagai negara seperti Amerika sendiri, Pakistan, Iran, Iraq, Somalia, Malaysia, Palestin dan lain-lain lagi. Malahan kebanyakan Ajk tertinggi MITMSA ialah Muslim Amerika.

Setiap bulan Ramadahan, MITMSA akan menganjurkan ‘IFTAR Ramadhan’ di mana setiap hari dalam bulan Ramadhan, MITMSA menyediakan makanan percuma untuk semua Muslim yang hadir berbuka puasa di surau MIT. Selain daripada itu, aktiviti lain yang diadakan MITMSA ialah Halaqah (Lebih dikenali sebagai Usrah dikalangan pelajar Malaysia) pada setiap hari Jumaat atau Sabtu.

Pada bulan-bulan tertentu pula, MITMSA mengajurkan Minggu Kesedaran Palestin (Palestin Awareness week) dan juga Minggu Kesedaran Islam (Islam Awareness week).

Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan untuk merapatkan ukhuwwah sesama Muslim ialah beramai-ramai berjalan menunaikan Solat Raya di dewan besar, bermain bola sepak setiap minggu, BBQ, study break, jamuan musim luruh, bunga dan jamuan akhir semester.



Tempat Ibadah di MIT dan Boston
Jangan gusar dengan di mana tempat anda perlu menunaikan solat Jumaat sewaktu kelas. Di MIT, terdapat surau yang disediakan khas untuk pelajar dan umat Islam di Mit dan juga Boston untuk solat lima waktu dan juga Solat Jumaat. Surau ini terletak betul-betul di tengah MIT, antara kelas dan juga tempat penginapan pelajar.

Selain itu, jikalau sesiapa yang hendak solat di masjid, mereka boleh mengunjungi Islamic Society Boston (ISB) yang terletak tidak jauh dari MIT. Hanya lima ke lapan minit perjalanan dengan basikal. Di ISB, sewaktu bulan Ramadhan , akan diadakan iftar dan juga sahur. Pada setiap hari Selasa dan Jumaat pula selalu diadakan Kuliah selepas maghrib.

Komuniti Muslim di sini tidak lagi ‘invisible’. Anda boleh jumpa di mana-mana sahaja umat Islam di sekitar Boston, Cambridge dan juga MIT.


Malaysian di MIT dan Boston

Di MIT , setakat ini terdapat 8 ‘undergraduate students’ (2 Senior – Kaum Cina, 1 Junior- Melayu, 1 Sophomore - India dan 4 bakal Freshmen – 3 Cina dan 1 India, ) dan lebih kurang 5 ke 10 ‘graduated students’.

Persatuan Malaysia di MIT dikenali sebagai MIT Malaysian Student Association atau MITMASA. Antara aktiviti yang dijalankan ialah BBQ awal semester, Jamuan Akhir Tahun, berniaga sewaktu International Fair (iFair) dan Perjumpaan bersama dengan pegawai Malaysian Student Department.


Secara jujurnya, kami jarang membuat jamuan Hari Raya ataupun Hari Raya Haji, atau Chinese New Year kerana tidak ramai Malaysian di MIT dan sebab paling utama ialah ketiadaan masa dan kesibukan yang amat sangat. (Benar, anda akan menjadi sibuk sangat ketika di sini ketika semester berjalan. Lebih sibuk dan mencabar daripada waktu di sekolah menengah) Huisyh.. ^_^

Walaubagaimanapun, jikalau rindu masakan rendang, ketupat, dan kuah kacang, anda boleh sahaja menghadiri Jamuan Raya yang diadakan oleh Komuniti Malaysian Boston. Terdapat ramai juga keluarga Malaysian di Boston ini sebenarnya. Mereka semua sudah berkeluarga dan telah lama bekerja di sini selama beberapa tahun sebagai pegawai kerajaan, pensyarah dan ada yang sedang mengambil phD. Bila jamuan raya atau jamuan ‘gathering’, jangan lupa membawa beg supaya anda boleh membawa bekal makananan pulang ke kampus. Haha. Jadi, janganlah risau sekiranya terpilih belajar ke Boston, anda tidak akan sunyi kerana komuniti Malaysian sini amat kuat dan aktif. Kadangkala, setiap bulan, mereka akan adakan ‘gathering’ makan-makan. Sangat menarik!


Makanan Halal dan Cita rasa Malaysia

Secara serius, anda tidak perlu risau tentang makanan langsung. Di kampus sahaja, terdapat 3 tempat makanan halal bercita rasa ‘Middle East’ (nasi, kebab, dan lain-lain lagi). Semuanya sedap-sedap belaka dan harga berpatutan. Malah di tempat penginapan , dewan makannya juga ada menyediakan berbagai jenis pasta, atau nasi yang berencahkan daging lembu dan ayam halal. Selain itu, mereka juga turut sediakan burger ayam dan daging yang halal.

Di luar kampus dan tempat penginapan, terdapat lebih dari 5 restoran halal yang boleh anda kunjugi. Dari cita rasa Pakistan, India, Bangali, Timur tengah hinggalah ke Turki. Yummi..


Jikalau rindu dengan masakan Malaysia, jangan risau dan khuatir. Di Boston, terdapat tiga restoran Malaysia yang diusahakan oleh orang Malaysia juga. Restoran Rendang, Aneka Rasa dan Restoran Penang ada menyediakan juadah seperti mee goreng mamak, nasi lemak, nasi goreng ikan masin, kampung, Pulut Hitam, ABC dan lain-lain lagi. Jikalau anda malas pergi ke restorannya, anda boleh sahaja memesan makanan secara online (Cuba lihat www.campusfood.com, berbagai-bagai jenis restoran menawarkan perkhidmatan secara online). Dalam masa satu jam, makanan anda akan sampai di depan pintu anda.

Hendak membeli bahan mentah seperti ayam dan daging halal, sosej, daging burger, anda boleh pergi ke Kedai Al-Huda, yang sangat dekat dengan ISB ataupun anda boleh pergi kedai daging Al-Medina.

Hendak membeli bahan mentah dan masakan? Pergi sahaja ke kedai Super 88. Sebuah pasaraya besar yang terletak berdekatan dengan kampus, hanya 15 minit perjalanan dengan basikal, atau lebih singkat dengan menggunakan perkhidmatan ‘T’. Pasaraya ini terdapat pelbagai jenis bahan masakan Asia. Di sini anda boleh peroleh kicap Manis ABD, sos cili Thai, sweet cili, bawang goreng, rempah ratus, roti prata(ala-ala roti canai gitu), Indo mee, bihun dan lain-lain lagi. Berhampiran dengan kampus juga terdapat sebuah pasaraya besar yang menjual barang dengan harga yang murah. Hanya 5 minit perjalanan dari kampus hanya dengan berjalan kaki. Pasaraya itu dikenali dengan Shaw Market.

Pelajar MIT terkenal dengan aktiviti ‘berjaga –malam-membuat –pset’ . Oleh yang demikian, kedai-kedai ‘grocery’ di Pusat Pelajar (Bangunan W20) akan dibuka 24 jam. Manakala kedai di tempat penginapan akan di buka sehingga lewat malam (sehingga awal pagi lebih kurang pukul 3 pagi ) supaya pelajar-pelajar dapat mengisi perut mereka dengan makanan dan dapat membeli kopi.


in MIT library.U-N-I-Q-U-E.

Penutup dan Pesanan

Saya amat berharap kepada anda semua yang membaca dapat menambah pengetahuan dan minat tentang universiti ini dan juga persekitarannya. Setiap tahun saya berdoa dan berharap agar lebih ramai pelajar Malaysia, terutamanya Muslim untuk dapat bersama-sama belajar di sini dan menikmati pelbagai peluang pembelajaran, pengalaman baru, yang ada di sini. InsyaAllah sesiapa sahaja yang ada iman dan kesungguhan, anda mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke sini. Jadi, jom ke MIT ramai-ramai!! ^_^

4 comments:

  1. salam Zharif,

    Sy Halim, ada email pelajar nie tak? InsyaAllah saya nak kesana July tahun nie, nak tanya2 dia skit...email saya allemateh[at]yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  2. salam, boleh awak bagitahu tajuk artikel pelajar ini di laman web iluvislam

    ReplyDelete
  3. Hello, I would like to ask a few questions. I am going to attend conference in MIT next summer in July. If possible, I need to know some information to go there, place for short stay etc. or maybe contact information of organisation/someone who should I ask to?
    Thank You =)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete