Friday, March 11, 2011

Doakan kami...

Assalamualaikum.....

Baru semalam Jepun dilanda gempa bumi besar berdekatan area Sendai (bahagian timur-utara) sekuat 8.9 skala Ritcher. Hampir bahagian timur Jepun (termasuk Kantou) mengalami gempa bumi terutama bahagian laut. Gempa bumi yang kuat menyebabkan tsunami naik. Area Sendai teruk akibat tsunami, tambah2 bangunan2 yang runtuh disebabkan gempa.

Semalam, jumlah kematian ialah 55(setakat yang diketahui) dan 40 lbih masih hilang.

Alhamdulillah, area Tokyo cuma mgalami gempa sekuat 5.6 skala, cuma rasa gegaran tapi xmnyebabkan bangunan runtuh. Syukur.

Tapi baru pagi ni tengok berita, bahagian barat Jepun, especially Niigata pula kena gempa. Sekarang barat dan timur Jepun dua2 in alert mode. Maknanya, tiada tempat masih dalam keadaan 100% selamat. Berita pula fokus dgn Miyagi dan Fukushima yang kena tsunami. Yang mengejutkan, disebabkan tsunami mengejut, bilangan kematian dan hilang sekarang lebih 1000.

Jadi, gempa bumi dan tsunami kat sni masih belum berakhir. Ia boleh datang dan berlaku bila2 masa je dari sekarang.

So, buat rakan2 di Malaysia atau di mana-mana, saya mengharapkan doa daripada anda semua, semoga bala bencana dan musibah dari Allah ini x menimpa saudara2 seagama kita di sini,terutama bahagian yang kena teruk tsunami dan gempa bumi. Minta doakan agar bencana ini cepat berakhir dan tidak menjadi lebih teruk.

Amin Ya Rabbala'lamin.....

2 comments: