Sunday, September 4, 2011

Berlalusudahsemingguini?

Assalamualaikum

Ok, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah dan silap, halal makan minum semua. (Lambat sikit tahun ni)

Ok, minggu ni minggu raya, actually bagi sesiapa yang berada di perantauan mesti akan ditanya soalan2 cepu2 emas ni


"Eh, raya kat perantauan, mesti sedih kan?"

"Sedih ke? jangan nangis2 tau"

Dan macam2 lagi.

Sejujurnya saya kata saya tidaklah berperasaan sebegitu sangat raya  kali ini. Sebabnya adalah seperti berikut : (saja tulis list bagi senang baca)

1)Kalau dari segi perasaan, saya lebih sedih kerana berlalunya ramadan tahun ni. Ya, ramadan di Jepun buat kali pertama ni memberi seribu macam kenangan bermakna bagi saya. Buat pertama sekali saya berpuasa tatkala semua manusia di sekeliling saya xpuasa. Kemudian dgn kelas yang pack sama macam masa xpuasa, mungkin mula2 agk susah tapi lama2 biasa. Dan kadang2 lawak jugak tengok reaksi kawan sekelas bila saya explain pasal puasa ;

"Pagi sampai malam xmakan? mati!" (translate dari nihongo)

Menjadi satu cabaran untuk saya tidak mnjadikan puasa tu alasan utk brtindak lesu, atau tidak brtenaga langsung dalam kelas. Saya akui waktu buat latihan EJU berterusan, kadang2 susah nak concentrate 100%, tapi cuba jugak yang terbaik.

Dari segi masa, banyak masa dapat dijimatkan dan xperlu fikir langsung pasal makanan (selain berbuka) Masa tu dapat diisi dengan baca Al-quran xpun study.

Dari segi bajet, mmg save banyak sbb kat sini tiada bazar ramadan. Mula2 mmg spent sikit untuk berbuka dgn beli lauk2 macam ikan, udang n etc tapi nak hujung2 ramadan lebih banyak brbuka di masjid yang makanannya lebih banyak dan free =)

Kemudian waktu paling best adalah berada di Masjid Otsuka =) kalau boleh nak spend semua masa kat sana tapi yalah, kebetulan ada jyuken (university entrance exam) xlama lagi, jd xdapat nk luang sepenuh masa di masjid. Di situ solat tarawih 20 rakaat, tapi buat 8 je sebab dh lewat kalau nk trus smbung sampai 20. Kerana subuh di sini dalam pukul 3 lebih gitu, maka nak xnk kena balik n tidur awal.

Kat masjid tu juga dapat kenal dgn rmai orang, kadang2 terjumpa dengan orang malaysia, kawan2 kat Intec dulu, dan ada yang dah bekerja, buat phd dan sebagainya, n dapat kenal orang2 dari mcm2 negara, pendek cerita wonderful experience la =)

Sebab itu, terasa berat hati nak meninggalkan kenangan ramadan yang indah ini

2) Ada jyuken Universiti Waseda. Sebenarnya baru je exam semalam n for sure, kena prepare betul2 sebelum tu. Sebab tu mmg xde masa nak fikir pasal raya, except malam before raya kteorang (geng2 muslim di ABK, 4 orang) bertungkus lumus mnyiapkan rendang sampai pagi untuk bagi student ABK rasa rendang Malaysia. Feedback alhamdulillah sedap katanya mereka tapi pedas sangat. Yang menulis ni pun terasa pedas, apatah lagi orang Jepun (lecturer) dan bdk2 negara lain yang xbrpa suka pedas lagi lah.

Berbalik kepada psal jyuken tu, sbb tu kalau orang tanya "xsedih ke beraya di perantauan?"

Sedih?tension nk exam adalah !

Bercerita pasal jyuken semalam, overall errmmm xtau nak cakap cmne. Mula2 gelak2 la masa exam, sebab exam English, xsusah mana pun, tapi bila sampai 2nd test, rika (physics n chemistry) wow! then test math, ermmm, ok? xok? no comment.

Apa2 pun saya hanya mampu berdoa jela. Saya tau sy dah buat terbaik, n banyak yang saya belajar lpas amek jyuken smalam. At least saya tahu apa itu jyuken, bgaimana rasa mnduduki jyuken tu dan bgaimana prsdiaan mghadapi jyuken, kena usaha brganda2 lebih lagi. Ia xsmudah revise n study apa yang ada belajar. Tapi lebih kepada study,revise,study,revise, exercise,exercise,exercise......exercise (kuasa 20). Kerana bgaimana genius nya sorang tu pun, belum tentu dapat jwab soalan jyuken kerana MASA.

Ada hikmah kalau sy lepas exam ni, dan ada juga hikmah kalau xlpas, apapun berserah segala-galanya kepada Allah =)


Ok, tamat pasal jyuken. Kmudian hari ni, sebgai kibuntenkan (change mood) pergi beraya rumah senior dgn kawan2. Dapatlah rasa rendang lagi, sembang2 n cerita macam2. Barulah dapat feel "beraya" yang sebenar hari ni. Hehe

Jadi akhir tinta, selamat maju jaya bagi kawan2 yang nk mula sem university esok. Smoga dipermudahkan study n berjaya hendaknya. Jangan lupa doakan kejayaan kita bersama. Korekara, ganbatte kudasai!!!









0 comments:

Post a Comment