Friday, April 15, 2011

Sebuah Perkongsian : Interview Petronas

Assalamualaikum semua....



Difahamkan Educamp (kem khas untuk sesi interview biasiswa petronas) yang bertempat di UTP sudah pun berlangsung minggu ni. Jadi mintak maaf kalau lambat post pengalaman ni, mungkin berguna bagi yang akan interview esok xpun minggu depan, ataupun masa akan datang...=)

Sedikit pengenalan tentang biasiswa petronas, untuk makluman, untuk tajaan petronas, ia tidak lagi dinamakan BIASISWA sebaliknya PINJAMAN PENDIDIKAN PETRONAS. Senang cerita, bagi yang dapat tajaan petronas tidak lagi dapat biasiswa penuh, sebaliknya dapat pinjaman. Tapi xbermaksud ada apa2 perubahan dari segi jumlah wang yang ditaja, cuma nama dia je berubah. Scholar ni terdiri daripada dua yang utama, first Tajaan Program ke Luar Negara dan Kampus Tempatan, second Tajaan UTP untuk belajar di UTP. Bagi ke luar negara, bidang yang ditaja adalah mechanical,chemical dan petroleum bagi engineering, sementara bidang2 lain seperti geophysics,geology,geoscience,economics, dan business admin. Bagi di UTP pulak, sama seperti bidang ke luar negara kecuali economics, geology dan geophysics xde, dan tambah civil dan electric&electronics engineering.

Sebagai scholar Petronas, rasanya perlu jelaskan , janganlah beranggapan negatif dan dengar khabar2 angin yang ntah dari mana2 tentang petronas. Akibat dari itu, banyak kuota pelajar yang ditaja habis begitu sahaja. Seperti contoh, tahun saya lebih kurang 100 lebih yang ditaja ke luar negara, tapi yang terima tawaran hanya dlm lingkungan 70 saja.  Petronas xseperti scholar lain apabila sorang tolak tawaran, akan diganti dgn orang lain. Sebaliknya, jika anda dipilih, anda memang bertuah dipilih Petronas kerana mereka tidak offer kepada orang lain selepas tu. Jadi, tidakkah membazir kuota tu?30 banyak tu...=.=

Ok, mari kita bercerita tentang pengalaman...sebenarnya pengalaman saya tentang interview Petronas ni agak berlainan dengan yang lain.

Selepas Trial SPM, datang surat dari UTP untuk application masuk UTP bulan Januari. Masa tu dh excited, tapi, application tu hanya untuk kemasukan ke UTP awal Januari TANPA scholar. Ketika itu, ada jaminan bagi yang dapat masuk UTP bulan Januari, mereka akan dapat scholarship selepas result SPM keluar bulan Mac, selagi menepati syarat scholar. Masa tu apply la jugak, bersama beberapa rakan yang lain.Mula2 ingat nk gain experience je. Kemudian lepas habis exam SPM, datang emel dapat offer interview, masa tu ada lagi 3 orang kawan dari SEMESTI, semua dah pakat2 pergi nk gain experience je.

Fail Sijil?

Kemudian tiba hari interview, masa tu datang dengan tangan kosong je. Xde pulak bawak sijil tebal2, sebab xdisuruh bawak. Masa register tu, tengok orang lain semua pegang fail sijil, adehhh...xbawak la pulak. Pengajaran di sini, sewaktu dtg interview, xkira la suruh bawak fail sijil atau x, ingat wajib bawak.Lagi 1, sediakan salinan sijil2 seperti yang diminta dengan lengkap, susun dan kemas, beserta cop dan pengesahan pengetua.

Pakaian?

Educamp berlangsung selama dua hari, jadi kena bermalam di UTP. Ingat bawak baju kemeja dua helai, seluar dua helai bagi lelaki, bagi perempuan bawalah pakaian lebih 1 salinan. Tapi pastikan pakaian terbaik anda adalah pada hari ke-2 interview, kerana ketika itu adalah sesi interview yang sebenar. Hari 1st pakai buruk2 pun xpe sebenarnya (seeloknya pakailah kemeja, sekemas mungkin, kena halau kot kalau xpkai).

Hari pertama?

Pada hari pertama, seperti biasa register tempat menginap. Kemudian pergi sesi taklimat di chancellor hall yang cantik tu. Dinasihatkan take note apa maklumat penting yang diberitahu, terutamanya hal2 mengenai scholarship dan sebagainya, mana yang penting untuk masa depan andalah. Kemudian selepas makan tengah hari ada Test Math & Science, lebih kurang pukul 3 gitu. Topik2 adalah basic mod math,add math, physics, dan chemistry SPM. Waktu saya dahulu baru habis SPM, jadi ilmu2 tu masih fresh di minda, tapi bagi anda yang dh lama meninggalkan subjek2 tu, elok study sikit2. Biasanya xdelah susah mana pun. Bagi yang amek course non-engineering, rasanya xde test tu kot. Then, ada test English. Test English ni mostly comprehension questions, jadi baca dengan telilti dan pahamkan elok2. Masa pun rasanya cukup.

Untuk pengetahuan, oleh kerana saya apply guna result trial, jadi sewaktu educamp ada 2 test yang x ambil, iaitu IQ test dan critical reading test. Saya ambil test ni selepas apply sekli lagi untuk scholar petronas selepas result keluar. IQ test ni test pasal susunan gambar, maknanya nak uji tahap kecekapan anda menyusun gambar dengan cepat. Sebenarnya, sewaktu ambil test IQ tu, saya dah pernah buat pun waktu test untuk scholar PNB, sebijik lak tu. Haha, jadi bagi yang 1st time mungkin teruk kot. kebetulan sebelum test tu ada pulak orang bagi tips, memang untung la. Kemudian critical reading test, nak xnak kena baca secepat mungkin, fahamkan dan jawab, sebab masa memang xcukup.

Pada waktu malam, ada ceramah dari alumni UTP. Waktu saya dlu, yang bagi ceramah tu grad dalam bidang IT, dan sedang bekerja dengan syarikat Shell. Dengarlah pengalaman2, kejayaan2, walaupun xde la dengar sangat pun. Kemudian lepas tamat, mereka akan tampal senarai nama dan group untuk interview esoknya. Candidates akan dibahagikan 5 group besar, iatu A,B,C,D, dan E, dan setiap group besar akan dibahagikan dalam 15 group kecil, dalam 5-6 orang 1 group. Jadi, sila pastikan anda group mana dan waktu interview, supaya tidak terlewat. Group A biasanya awal pagi, diikuti group lain. Kalau boleh datang lebih awal lebih bagus.

Hari Kedua?

Waktu saya dulu dapat group B, group kecil xigt dh..=.= jadi masa untuk berkumpul lebih kurang 8.30 pagi. Sebab ingatkan boleh sampai tepat pada masa, rupanya tempat tu agak jauh dari penginapan dan terlewat beberapa minit. Masuk2 tengok semua candidates group B dah berkumpul di meja masing2, ikut group kecil. ketika itu, ada 5 orang ahli group, 3 laki trmasuk saya, dan 2 orang perempuan. Sebab ketika itu 1st time interview, ambillah masa sedikit brkenalan dengan ahli group, speaking2 ke.

Kemudian, setiap group kecil akan diberikan study case. Actually, semua group kecil dapat study case yang sama, cuma setiap orang dalam group dapat role yang berbeza. Misalnya waktu saya, tajuk study case ialah "air pressure" walaupun hakikatnya content lebih kepada masalah global warming. Kemudian setiap ahli group dapat role yang berbeza, misalnya saya dapat role sbagai government, groupmate pulak dapat role businessman, activist dan sbagainya. Kemudian, mereka akan beri masa dalam 20 minit untuk prepare isi2 dan idea, dengan syarat x boleh berbincang dengan ahli group. Kemudian mereka akan panggil 1 group 1 group masuk bilik menunggu.

Bilik menunggu

Duduk atas kerusi ikut susunan yang ditetapkan. Mereka akan panggil masuk ikut giliran. Waktu ni, prepare untuk individual interview. Sebenarnya saya xprepare sgt pun, cuma prepare personal details, pastu achievement dan jawatan gempak2 waktu kat sekolah dlu, dan isi dan idea presentation for study case td. Sebab wktu individual interview nanti ada 2 sesi, sesi pertama pasal diri sendiri,dan sesi kedua present study case.

Individual Interview

Selepas dipanggil, baca bismillah dan masuk dengan tenang. Disebabkan ni pengalaman first time, memang cuak habislah. Tapi cuba untuk tenang. Ketuk2 pintu dan beri salam kemudian masuk. Interviewer saya masa tu dua2 laki, nampak ok je, haha. kemudian salam kedua2 interviewer tu dan mintak izin duduk. Kemudian start mcm biasalah, "Explain about yourself" kemudian soalan2 mcm achievement dan sebgainya. Pastikan anda tidak trtinggal apa yang anda rasa penting untuk smpaikan, tapi janganlah berjela-jela sangat.

Kemudian start bincang pasal study case, dan sesi ini saya anggap antara sesi terpenting. Kalau anda dapat interviewer yang jenis banyak soal, prepare untuk pertahan pendapat anda. Kadang2 penat lelah explain, last2 dia tanya soalan yang buat kita confuse. Kebetulan interviewer saya ketika itu xbanyak soal sangat, mereka cuma nk dgar bgaimana kita explain. Saya pun present isi dan idea, dan *secret tips* dari saya, cuba untuk bagi idea2 baru dan lain dari lain. Maksudnya cuba create 1 idea yang memang orang lain xtrfikir. Kebetulan masa tu study case brkaitan cara2 mgatasi global warming, antara idea2 yang saya bagi adalah melahirkan lebih ramai enviroment engineer, dan paling pelik, "for our world future preparation, how about we gather all brilliant scientists and engineers all over the world, under a project, to create new human-made layer to replace ozone layer, if this crisis cannot be solved anymore"...masa cakap idea ni, interviewer tu siap kata "Wow!" lagi, tapi tu la kan, kita sharusnya brfikir out of box.

Selepas bentang solution tu, ada sesi Q&A. Masa tu tanyalah soalan yang relevan. Seperti bila result keluar, apa peluang kerja dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang bertanya.

Group interview

Selepas selesai individual interview bagi setiap ahli group, interviewer akan panggil semua masuk bilik balik untuk sesi study case presentation. Masa ni mereka akan lihat bagaimana anda brtindak sbgai ahli group, how u contribute to discussion dan ur character. Antara tips :

1)Jangan diam saja - luahkan pendapat supaya dpat contribute to discussion.
2)Beri idea yang bernas - mesti dah prepare idea dan isi bernas2 kan?try to express that.
3)Beri peluang orang lain cakap - jangan conquer discussion, asyik kita je cakap, xbagi peluang orang lain. Interviewer akan deduct marks.
4)Jangan potong orang lain cakap - sewaktu orang lain sedang bercakap, jangan kita mnyampuk sehingga dia selesai beri pendapat.
5)Be a leader - kalau ada groupmate yang jenis pendiam dan xbyk bersuara, cuba cakap, "I think u have good idea, can u share with us?", interviewer akan nampak peranan kita sbgai discussion leader
6)Beri respon kepada pendapat groupmate - contohnya groupmate dh selesai beri pendapat, "I think that is good idea", nmpak kita mghormati pendapat orang lain.
7) Be tolerate - walaupun kita nk pertahan pendapat kita, cuba pertahan dgn cara baik, macam " I think ur opinion is right, but I think is better if..."

Kemudian ada sesi Q&A, tanyalah apa yang patut dan tamat. Boleh balik lepas tu...=)

Akhirnya.....
Selepas interview, saya dapat tawaran ke UTP untuk kemasukan bulan Januari for chemical engineering, tapi saya tolak. Kemudian selepas keluar result SPM, saya apply sekali lagi untuk scholar program ke luar negara, dan xperlu pergi interview sekali lagi, tapi perlu hadir balik ke UTP untuk test IQ dan Critical reading, to complete the application. Pada awalnya lepas tolak tawaran UTP, dh fikir "dah xde la jodoh dengan petronas ni", kemudian sewaktu apply saya pun xmengharap sangat, tapi rezeki Allah, saya ditawarkan program ke Jepun. 3 bulan preparation di Malaysia dan setahun setengah preparation di Jepun, sambung degree 4 tahun, overall 5 tahun setengah di Jepun. Alhamdulillah, kini sedang berjuang di Jepun, doakan kejayaan bersama ye...=)


5 comments:

  1. perkongsian menarik..teruskan perkongsian utk generasi masa kini

    ReplyDelete
  2. 3 bulan je preparation di Malaysia???? tawaran apa ye ni? Monbukagakushou desu ka????

    ReplyDelete
  3. hahaha..eyh..smalam interview UTP..memang giler la soklan dye..tp alhamdulillah..disebabkan saya dapat [anel yang gila2..jadi..idea yang saya utarakan juga adalah gila2..hurm..hopefully dpt ke sana..i'allah,,,

    ReplyDelete
  4. Salam bagi pihak Petronas.saya ada beberapa soalan UTK Petronas dlm sukan pemotoran MotoGP.mengapa ditamatkan kerja sama dgn pihak (srt)?dimana semangat tolong menolong,bantu-membantu antara warga negara dan bumi putra itu sendiri?ok la katakan mulut d'razlan itu lancang sangat yang boleh menjatohkan repotasi orang malaysia dan Petronas itu sendiri.mungkin selepas ini d'razlan boleh belajar dari apa yang telah berlaku sebelum ini dari tutur kata beliau.sehingakan ada pihak mengatakan hmm,Rossi telah melunaskan dendam nya pada (srt).saya cuma ingin pihak Petronas yang(mengeluarkan,yang memberikan,yang meluluskan)dana bagi pihak(vr46)dan perilaku ini seharusnya tidak terjadi bagi ketiga-tiga belah pihak.bagi (srt)seharusnya ditinggalkan dengan begitu rupa,sungguh menyedihkan.bagi (vr46)seharusnya tidak perlu diberi tajaan apapun.jika diukur dengan kemampuan team itu sendiri,dari segi penggunaan jenama motosikal,(ducati).ducati telah pun mempunyai racing team mereka sendiri.ducati juga telah mempunyai 3 team setelite mereka.pada tahun 2022 akan di tambah satu lagi teman setelite yang mengunakan motosikal ducati Juga dan ducati telah pun mempunyai 4 team setelite dan 1 team factory racing mereka.setiap team mempunyai 2biji motosikal didalam pelumbaan jika 5 team jadi nya 10 biji motosikal yang mengunakan jenama ducati.pada tahun 2022 Aprellia factory racing team akan turut menyertai pelumbaan di motogp pada tahun pertama mereka yang belum lagi mempunyai sponsor utama mereka.petronas seharusnya mengintai,menilai peluang yang ada didalam persaingan untuk meletakkan nama dan jenama yang telah terunggul di mata dunia.kini di motogp juga akan diungguli menjadi juara dunia 2022 bersama team (aprillia factory racing team)bukan nya bersama (vr46) yang bukan berstatus factory racing team.ini juga berlaku pada f1(Petronas Mercedes AMG F1 racing team).jika Rossi masih lagi menggunakan jentera yamaha mungkin boleh berbincang dahulu dengan sebaik-baiknya kesemua pihak dahulu dan bukannya menendang sahaja (srt)dengan begitu rupa yang sangat mengejutkan para peminat MotoGP umumnya.pihak Petronas seharusnya kaji semula dibursamotogp ini.

    ReplyDelete
  5. interview memang ckp fully eng kan?

    ReplyDelete