Friday, April 29, 2011

"Yakin" itu....



Seperti yang semua tahu, gambar atas adalah Naoto Kan, Perdana Menteri Jepun yang kini dalam keadaan tertekan menghadapi krisis bencana alam di di sini. Ramai yang beri komen yang tidak elok, malah mendesak supaya Kan cepat letak jawatan. Kalau tengok sekitar kawasan saya, kerap juga tengok kereta yang meronda2, siap bawa sepanduk lagi, berkempen untuk parti pembangkang untuk pilihan raya akan datang. Di parlimen sendiri, majoriti 70 peratus memilih untuk undi tidak percaya. Tindakan pihak kerajaan dikatakan lembap, tidak efisien dan mementingkan diri sendiri, rata-rata jadi manifesto parti pembangkang di sini.

Secara peribadi, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Bagi saya, Kan mungkin sudah cuba buat yang terbaik, tapi mungkin cara atau polisi yang diaturnya tidak berkesan. Tapi di sebalik kisah gempa bumi,tsunami dan radiasi yang melanda Jepun, kesannya mungkin jauh lebih teruk. Antara poin yang menarik minat saya adalah, pihak kerajaan sudah menimbang untuk membina semula loji nuklear, tapi di tempat yang lebih selamat, kerana nuklear menjadi antara sumber utama tenaga di Jepun. Tapi semestinya ramai, terutama penduduk2 yang menentang, kata mereka kerajaan sudah tidak peduli nyawa rakyat? Namun, jika sumber tenaga beralih kepada minyak petroleum, sumber alternatif yang ada, sudah semestinya memakan duit berganda-ganda lebih banyak, seterusnya menjatuhkan ekonomi Jepun. Jadi untuk memilih cara jauh lebih sukar dan berisiko.

Sungguh besar dugaan pemimpin, untuk memilih dan menentukan satu tindakan yang begitu banyak risiko, semestinya banyak tentangan dan dugaan. Tetapi, sampai suatu masa keputusan perlu dibuat, tidak kira apa jua hasilnya, pokoknya keputusan perlu dibuat.

Dan untuk membuat keputusan, satu perkataan yang sinonim, "Yakin" dengan keputusan yang dibuat.

Contoh yang diberi di atas mungkin konteksnya besar dan luas, yalah, pemimpin negara, suatu resolusi yang dicadangkan perlu berfikir berkali-kali ganda.

Mari kita pergi ke konteks lebih kecil, iaitu dalam kehidupan kita seharian. Pengalaman saya waktu bersekolah di Semesti dahulu. =)


Minggu Exam. Esoknya subjek susah2. Ada subjek Physics,Chemistry dan Biology, tiga2 paper susah2.

"Aduih, banyak lagi tak baca ni. Mana nak sempat..."

Selepas habis exam hari ini, BM dan PI, boleh katakan biasa2 la, semua terus ambil buku Physics, Chemistry dan Biology, ulang kaji secepat mungkin. Setiap detik, masa amat berharga. Kalau waktu prep selalu tidur, jadi tak tidur. Kalau waktu takde homework, siap sembang2 lagi, usik2 kawan la, tapi bila minggu exam, semua dah tak ingat semua tu.

Prep petang tu sempatlah ulangkaji topik Physics dan Chemistry, Biology tak sempat, padahal Biology la paling banyak benda kena hafal, faham. Exam ini cuma Ujian Penilaian 1,topik2 yang keluar cuma beberapa topik, biasanya chapter 1. Tapi kalau tengok Biology, chapter 1 pun dah berjela panjang, nak study 1 malam memang takkan cukuplah.

"Ish...prep dah habis, sambung malam jela ada..." terfikir sendirian.

Petang tu ramai tak turun riadah, sama sekali la join. Baca biology yang berlambak xcover lagi ni. Kemudian sampailah waktu maghrib. Mandi dan siap2 terus ke surau.

Selesai je solat maghrib, semua berpusu2 keluar surau. Terutama yang upper form. "Masa dah takda. Mana boleh tunggu lagi." Saya duduk, melihat rakan-rakan berpusu-pusu keluar, adik2 junior yang sama exam pun laju je keluar. Tinggal beberapa orang je di surau. Yang lain? Bergegas supaya dapat study secepat mungkin.

Saya berdiri, dan cuba tenangkan diri, walaupun hati ada bisikan, "eh, banyak benda xstudy lagi, mana ada masa ni, habis buang masa je kat surau ni." Bisikan itu saya tolak semahu mungkin, terus saya buat solat hajat, mohon diberkati masa yang singkat ni. Mohon supaya dipermudahkan study, mudah faham bila study, dan dapat keputusan yang cemerlang. Kemudian sambung dengan baca Al-Quran, ayat2 lazim, berdoa moga diterangkan hati untuk study. Dan tidak semena-mena, itu memakan masa 10-15 minit.

Kemudian masuk ke kelas. Tengok rakan2 lain tengah khusyuk study. Ada yang siap buat discussing, latihan dan ajar-mengajar. Saya ketika itu, baru sampai kelas, buku pun tak sentuh lagi, biology baru baca 2, 3 page. 10-15 minit saya rugi masa study. Macam mana ni?

Saya pun ambil buku biology dan mula ulangkaji. Baca setakat mana yang mampu, dan selebihnya berserah kepada-Nya. Alhamdulillah, exam walaupun markah takdalah tinggi sangat, tapi dapat juga A1, A2.

Kalau ada orang minta tips, saya bukanlah seorang yang jenis kuat study, ada schedule, dan tak lekang dari buku. Yang saya boleh beri hanya 1, "Yakinlah kepada Allah..."

Dalam hidup ini, sesiapa yang yakin kepada Allah, akan merasai keajaibannya tersendiri. Kadang2 suatu benda yang kita anggap gagal,rugi, Allah akan beri keajaiban melalui jalan yang tak disangka-sangka.

Misalnya pengalaman saya tadi, saya boleh memilih untuk "baik aku keluar cepat, boleh sempat cover study", tapi alhamdulillah dengan izin Allah, hati terbuka untuk meluang 10-15 minit untuk bermunajat,memohon dan bertawakal kepada Allah, di waktu orang anggap sebagai "rugi masa".

Jadi dalam hidup ini, kadang2 kita berdepan dengan situasi ini, mungkin dalam perkara lebih besar, tidak salah untuk kita menilai secara logik dan realiti, "kalau xbuat rugi ni", "masa xdelah nak buat", "habis duit aku" dan sebagainya, mungkin, tapi jika kita memilih untuk yakin kepada Allah, insyaAllah, jalan akan mudah dengan izin-Nya.

Janganlah kita anggap masa yang kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai masa yang rugi. Sebaliknya, kita telah menggunakan masa sebetulnya kerana matlamat kita adalah Allah, bukan yang lain. Allah juga berkuasa menggantikan "masa yang rugi" itu dengan masa yang jauh lebih berkat, tenang dan sentiasa dalam lindungan dan peliharaan-Nya. Oleh itu, belajarlah dan berusahalah untuk yakin kepada Allah, insyaAllah anda akan tahu kemanisannya. =)

Wallahualam =)







2 comments:

  1. like this post...hurm, kekadang kita rasa macam tak sempat hape kan tapi yakinlah..insyallah everything will be ok :)

    tengah exam ni...rasa bermotivasi sikit..thankx~ >_<

    ReplyDelete